Wednesday 28 March 2012

BINA PASUKAN, BUKAN KUMPULAN

BINA PASUKAN, BUKAN KUMPULAN: SALLEH

KOTA BELUD: Pemimpin dan ahli Umno perlu membina sebuah pasukan dan bukannya membentuk kumpulan demi menjamin kekuatan parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Pada masa sama, katanya, pemimpin dan ahli parti perlu mempopularkan pasukan itu supaya ia terus kuat dan mempunyai ramai penyokong.

"Dalam rangka menguatkan parti, kita harus membina sebuah pasukan, bukannya membentuk sebuah kumpulan. Sebuah pasukan yang popular dikuatkan oleh para pemainnya, justeru pemimpin bukan sekadar perlu mempopularkan diri, tetapi juga mempopularkan parti.

"Ini kerana seseorang individu tidak boleh membentuk kerajaan tanpa parti. Hanya parti yang kuat dan popular dapat membentuk kerajaan," katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini hari ini.

Dalam ucapannya yang bertemakan `Umno tunjang BN: Populariti parti keutamaan bersama', Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata populariti seseorang pemimpin dan sesebuah parti banyak mempengaruhi sokongan rakyat.

"Sementara kita mempopularkan diri menerusi perjuangan di atas landasan parti, kita hendaklah menentukan populariti parti mengatasi populariti diri kerana yang membentuk kerajaan bukannya individu, tetapi yang membentuk kerajaan adalah parti," katanya.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata kekuatan Umno Sabah sekarang terhasil daripada dua kunci utama, iaitu kesetiaan ahli kepada parti dan pembangunan berterusan yang memenuhi aspirasi rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh ahli parti memberi sokong padu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, supaya dapat meneruskan agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

"Sebagai Nombor Dua dalam kepimpinan Umno negeri, tugas dan tanggungjawab saya adalah untuk menyokong `Our boss' selaku pemimpin Nombor Satu demi kelangsungan kekuatan parti dalam jangka panjang," katanya.

Dalam hal ini, katanya, Umno Bahagian Kota Belud menyatakan pendirian terbuka menyokong penuh dan tidak berbelah-bahagi kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di peringkat negeri.

Salleh juga menegaskan pentingnya Umno tampil sebagai ejen perubahan sikap, budaya dan sosial demi kelangsungan perjuangan parti.

Katanya, pengurusan dan pentadbiran yang cekap, cepat dan tepat hendaklah menjadi amalan, baik dalam pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan politik.

"Justeru, barangkali wajar diambilkira konsep `decentralisation' dan `delegation' dalam hal-hal tertentu supaya sesuatu keputusan boleh dibuat cepat tanpa menunggu rujukan ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ini penting memandangkan Sabah cukup unik dan istimewa keadaannya berbanding Umno di negeri-negeri lain.

KEMAJUAN TAMADUN BANGSA

SOKONGAN KEPADA PIMPINAN PRASYARAT KEMAJUAN TAMADUN BANGSA


Ketika lawatan ke Sabah baru-baru ini, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyeru seluruh lapisan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada pimpinannya di peringkat Persekutuan dan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di peringkat negeri.

Alasannya, bukan saja untuk menentukan Barisan Nasional (BN) terus membawa pembangunan untuk rakyat, seterusnya menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Bagi saya, mesej yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri itu cukup jelas. Sokongan padu kepada kepimpinan merupakan prasyarat bagi kemajuan sesebuah tamadun bangsa.

Lanjutan daripada itu, Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat (Mubarak) Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Musa beberapa hari lepas dan dalam kunjungan tersebut telah menyatakan secara terbuka ikrar sokongan Mubarak kepada Ketua Menteri.

Langkah tersebut adalah pengiktirafan terhadap pimpinan YAB Datuk Musa sebagai peneraju yang telah banyak mengubah landskap pembangunan dan politik negeri ini di bawah payung UMNO sebagai parti dominan BN Sabah

.Hal ini turut saya tekankan sewaktu saya merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud, di mana saya mengajak semua lapisan rakyat, khususnya ahli UMNO memberi sokongan padu kepada kepimpinan YAB Datuk Musa, demi kelangsungan perjuangan parti sebagai pembela nasib rakyat.

Malahan, dalam mesyuarat tersebut, UMNO Kota Belud telah menyatakan pendirian terbuka menyokong penuh dan tidak berbelah-bahagi kepemimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, sementara di peringkat negeri pula, berdiri teguh di belakang YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno.

Sokongan itu kita nyatakan atas kesedaran dan prinsip mahu menjadikan Umno sebagai satu-satunya wadah politik, demi perjuangan membela nasib rakyat di bumi bertuah.

Dalam ucapan saya pada mesyuarat tersebut, saya telah menyatakan pendirian "Sebagai Nombor Dua dalam kepimpinan Umno negeri, tugas dan tanggungjawab saya adalah untuk menyokong `Our boss' selaku pemimpin Nombor Satu demi kelangsungan kekuatan parti dalam jangka panjang."

Justeru, saya menyatakan kepada mereka harapan ikhlas agar seluruh ahli UMNO dapat memahami dan menghayati perjuangan sebenar ini.

Kita sebagai pemimpin perjuangan bangsa harus menampilkan nilai-nilai dan moral politik yang luhur, telus dan ikhlas. Amalan politik “lempar batu sembunyi tangan” hendaklah dielakkan kerana ia boleh melahirkan “parasit” yang akan membunuh seluruh sistem perjuangan.

Sejarah telah membuktikan, sikap berkelompok-kelompok mudah mewujudkan fitnah dan boleh mencetuskan perpecahan dan kehancuran.

Apabila kita mengharapkan sokongan dari orang lain, kita juga harus terlebih dahulu atau sedia menyokong orang lain.

Umno harus tampil sebagai ejen perubahan sikap, budaya dan sosial. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, cepat dan tepat hendaklah menjadi amalan, baik dalam pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan politik.

Justeru, saya melontarkan persoalan kepada perwakilan untuk dihayati. Saya katakan bahawa untuk menentukan survival perjuangan UMNO di bumi Sabah, barangkali wajar diambilkira konsep "decentralisation" dan "delegation" dalam hal-hal tertentu supaya sesuatu keputusan boleh dibuat cepat tanpa menunggu rujukan ke Kuala Lumpur.Saya katakan demikian kerana Sabah ini cukup unik dan istimewa keadaannya.

Biarpun sebagai adik bongsu dalam keluarga besar, UMNO Sabah nyata memainkan peranan besar lagi signifikan, menjadi penentu dan pengimbang majoriti kemenangan dalam pilihanraya umum, sebagaimana terbukti dalam PRU-12 dahulu.

SUDUT RENUNGAN (MUHASSABAH DIRI)



BAJET MEMPERKASA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: SALLEH


KOTA KINABALU: Bajet negeri 2011 diyakini dapat membantu memperkasa pembangunan kawasan luar bandar berikutan penyediaan peruntukan yang besar untuk agenda luar bandar serta program pembasmian kemiskinan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.
Beliau berkata penyediaan peruntukan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membela nasib rakyat di luar bandar, bertujuan merapatkan jurang pembangunan dengan kawasan bandar.
"Yang penting bagi merealisasikan matlamat ini ialah sistem penyampaian hendaklah menentukan pelaksanaanya menepati sasaran," katanya mengulas pembentangan Bajet negeri 2011 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman di DUN Sabah pada Jumaat.
Dalam Bajet 2011, sejumlah RM162.12 juta diperuntukkan untuk menyediakan peruntukan khas untuk pembiayaan projek-projek kecil luar bandar. Ia antara lain bagi melaksanakan program yang berpotensi menaikkan taraf dan kualiti hidup masyarakat luar bandar termasuk golongan mudah miskin, miskin, dan miskin tegar.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, penyediaan peruntukan itu membuktikan keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat di luar bandar yang majoritinya masih dibelenggu kemiskinan.
Katanya, antara aspek yang perlu diberi perhatian dan penekanan ialah penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, selain membaiki kemudahan seperti jambatan, balai raya dan seumpamanya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengamalkan dasar pembangunan seimbang, berusaha merapatkan jurang kemajuan di bandar, seiring gagasan 1Malaysia mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Sambil memuji Bajet negeri 2011 yang disifatkan sebagai bajet prihatin, Salleh optimis matlamat dan sasaran mampu dicapai oleh jentera penyampaian kerajaan di mana anggota perkhidmatan awam turut diberikan bantuan khas yang boleh menjadi pendorong bagi memberikan khidmat terbaik.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat bekerjasama menjayakan agenda dan matlamat Bajet negeri 2011.
Ini, katanya, termasuk mengenal pasti projek kecil luar bandar yang perlu diberi keutamaan dengan memastikan ia benar-benar dapat membawa perubahan kepada masyarakat.

 

 

MANFAATKAN KEMAHIRAN MENJADI SUMBER PENDAPATAN

"TUAN Speaker naik Firefly?" satu suara menegur saya ketika saya menunggu penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Ya...bukan perjalanan rasmi, tapi urusan peribadi. Tambang sendiri," saya menjawab ringkas pertanyaan lelaki itu yang kemudian menghulur tangan dan bersalam dengan saya.

Lelaki itu juga dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu. Dia seorang warga Australia, tapi telah menetap di Sabah selama lebih 20 tahun dan telah berkahwin dengan orang Lahad Datu.

Sementara menunggu penerbangan, saya pun berbual-bual dengan lelaki itu. Bertanya tentang pengalamannya. Dan ternyata ceritanya sungguh menarik dan boleh dikongsikan bersama.

Menurut cerita lelaki itu, kerjanya hanya membaiki piano dan pendapatan dianggap `okay'. Dia menyediakan ruang di rumahnya sebagai bengkel membaiki piano. Dia mempunyai senarai klien. Selain membaiki kerosakan, dia juga melakukan `tuining' piano pelanggan-pelanggannya.

Kerja yang dilakukannya itu memerlukan kepakaran tersendiri. Bukan sembarangan orang boleh melakukannya. Ia kerja specialise. Justeru, dia turut melatih anak-anak tempatan dan ada antara mereka yang sudah pun boleh berdikari.

Saya merisik rahsianya bagaimana dengan hanya bekerja membaiki piano, dia boleh `survive' dan anak-anak pula belajar di luar negara dan ada yang telah mendapat ijazah. Sesekali pula membawa keluarga bercuti di negeri kelahirannya.

"Asal kita ada kemahiran, boleh hidup di mana-mana. Semua orang ada kemahiran tertentu dan mereka perlu mengilap kemahiran itu untuk menempuhi kehidupan," kata lelaki itu, yang menyifatkan negeri Sabah cukup bertuah, indah dan unik kerana kaya dengan khazanah alam yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Menurut cerita lelaki itu, banyak peluang boleh diteroka di negeri ini oleh generasi muda tanpa perlu berhijrah jauh. Tapi sebahagian peluang itu tidak direbut dan tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Saya setuju dengan pendapatnya. Yang penting setiap orang memanfaatkan kemahiran yang dimiliki. Ada yang berkemahiran sebagai mekanik, sebagai tukang elektrik, tukang cat, tukang ukir dan sebagainya.

Kemahiran itu hendaklah dijadikan sebagai sumber pendapatan. Kerana dalam konteks masyarakat yang maju sekarang, semua orang perlukan perkhidmatan yang baik dan cepat.

Misalnya dalam majlis perkahwinan di kampung-kampung. Kini semakin jarang diadakan gotong royong membuat khemah. Ada yang mengambil jalan mudah menyewa khemah.

Khemahnya pula lebih canggih sekarang, warna putih dengan kipas angin sekali. Ada pembekal kemudahan ini dan ia merupakan satu bisnes yang boleh diterokai.

Demikian juga hidangan makanan kenduri perkahwinan di kampung-kampung, ramai orang tidak lagi menyembelih kerbau dan lembu, sebaliknya mendapatkannya menerusi perkhidmatan katering. Dan ini juga merupakan suatu bisnes yang terbentang luas untuk diterokai.

Sebenarnya setiap insan yang dilahirkan ada kemahiran tersendiri. Yang penting ialah bagaimana mengilap dan memanfaatkan kemahiran itu.

Kalau lelaki warga Australia itu boleh survive selama 20 tahun di negeri kita dengan hanya bekerja membaiki piano, kenapa anak-anak generasi muda kita tidak boleh berdikari di negeri sendiri sehingga sebahagiannya terpaksa pula berhijrah ke tempat lain mencari pekerjaan?

 

 

BERKONGSI KISAH KEHIDUPAN PENJAJA

Bergambar bersama ahli jawatankuasa PPBPBS selepas majlis perasmian mesyuarat agung persatuan itu.

BARU-BARU ini, saya telah merasmikan mesyuarat tahunan Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Sabah (PPBPBS). Persatuan ini memang aktif sejak dulu. Ahlinya penjaja kecil-kecilan. Berasal dari berbagai pelosok daerah. Mereka terdiri daripada peniaga yang menjalankan berbagai jenis perniagaan, daripada berjualan buah-buahan hingga kepada pemasaran kraftangan. Semuanya produk tempatan.

Menariknya, persatuan ini dipimpin oleh seorang wanita. Presidennya, Puan Lipah Haji Mad, telah berjaya memimpin dan meletakkan asas kewangan persatuan dengan kukuh untuk faedah ahli-ahlinya. Kepimpinannya diterima, malah mendapat sokongan kuat ahlinya yang berjumlah hampir 600 orang.

Saya menerima jemputan mereka untuk merasmikan mesyuarat itu kerana kisah kehidupan penjaja sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. Walaupun mereka cuma penjaja dan peniaga kecil, tapi peranan mereka besar. Mereka adalah pembekal utama hasil produk kampung, misalnya buah-buahan seperti pisang, kelapa dan tembikai.

Tempat mereka berniaga menjadi tumpuan penduduk dan pelancong. Hasil perniagaan kecil mereka turut sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Mereka merupakan penggerak dan nadi penting kepada ekonomi.

Dalam ucapan saya pada hari itu, saya nyatakan kepada mereka bahawa mana-mana negara atau negeri yang saya lawati, saya pasti ke kawasan penjaja berniaga. Saya berasa seronok ke tempat-tempat seperti itu kerana di situ mencerminkan suasana masyarakat setempat.

Saya pernah membuat catatan mengenai pengamatan saya tentang kegigihan peniaga dan penjaja di Bukit Kayu Hitam, sempadan Malaysia-Thailand (ketika lawatan saya bersama Yayasan Kebajikan Suria), juga tentang kebijakan peniaga di China tawar-menawar menggunakan `calculator' memujuk pembeli (ketika lawatan saya bersama Kelab Golf dan Rekreasi Kota Belud) dan bagaimana peniaga wanita di Tanah Abang, Jakarta berbahasa menawarkan kain borong kepada pelancong (ketika lawatan saya bersama jawatankuasa Usbo).

Tempat atau kawasan penjaja berniaga mempunyai peranan penting. Kerana ia menjadi tumpuan pelancong meninjau barangan untuk dibeli, maka secara langsung ia memberikan imej negeri dan masyarakat kita. Persepsi orang luar terhadap masyarakat tempatan bermula di situ. Bagaimana sikap dan penampilan, layanan dan cara berkomunikasi kita, maka demikianlah gambaran orang luar terhadap kita.

Oleh yang demikian, saya berpesan kepada para penjaja yang hadir pada hari itu, supaya sentiasa berdedikasi dalam mencari rezeki. Selain bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga, para peniaga dan penjaja kecil hendaklah memberikan refleksi yang sebaik-baiknya.

Soal kebersihan, kesihatan dan keselesaan kepada pengunjung juga harus diberi keutamaan oleh para penjaja dan peniaga pada premis perniagaan masing-masing. Tempat yang bersih boleh menarik kedatangan pengunjung berulang.

Kepada persatuan itu, saya nyatakan kepada mereka betapa kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, sentiasa bersikap prihatin terhadap kebajikan golongan peniaga dan penjaja kecil di negeri ini.

Justeru, yang penting bagi persatuan berpandangan jauh dan terbuka, melihat peluang dan potensi yang boleh diceburi bagi memajukan ekonomi keluarga. Satu daripada cadangan yang saya lontarkan hari itu ialah supaya dikaji kemungkinan melantik Majlis Penasihat bagi persatuan untuk memberi nasihat, idea dan input bagi memajukan lagi persatuan penjaja ke arah yang lebih cemerlang.

Majlis Penasihat tersebut boleh dianggotai oleh agensi berkaitan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga(Tekun) yang boleh menunjuk ajar, membimbing dan membantu golongan penjaja.

Apapun, sumbangan golongan peniaga dan penjaja kecil mempunyai signifikan besar kepada imej dan ekonomi negeri mahupun negara keseluruhannya.

Pemimpin BN Harus sentiasa mendampingi Rakyat

KHABAR GEMBIRA LAWATAN PM KE SABAH


LAWATAN YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah pada Rabu dan Khamis lepas membawa makna cukup signifikan untuk Sabah. Ia membawa khabar gembira untuk rakyat. Dan lebih penting, pengakuan dan keyakinan Perdana Menteri betapa Sabah akan terus kekal sebagai `fixed deposit' bagi Barisan Nasional.

Tiga daerah dilawati Perdana Menteri dalam kunjungan kali ini. Bermula di Kota Kinabalu, kemudian ke Kemabong di pedalaman dan ke Sipitang di pantai barat selatan sebelum kembali ke ibu negeri. Di Kampung Likas, beliau sempat bertemu waris penduduk yang pernah dikunjungi ayahanda Perdana Menteri lebih 45 tahun lalu, kemudian `walk about' di pekan Inanam dan singah minum petang di sebuah restoran di situ.

Khabar gembira itu tentunya pengumuman kelulusan peruntukan pembangunan dan kemudahan asas. Di pedalaman Kemabong, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk jalan raya dan rumah panjang masyarakat Murut. Di Sipitang, diumumkan RM32.7 juta peruntukan untuk bangunan ibu pejabat polis daerah dan gerai kekal pengusaha sate. Dan di Inanam pula, diumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan dewan untuk kegunaan masyarakat setempat.

Semua projek yang diluluskannya itu adalah berimpak tinggi untuk rakyat. Misalnya, jalan raya di pedalaman merupakan kemudahan paling diperlukan ribuan rakyat. Ia kemudahan untuk memasarkan hasil pertanian. Demikian juga gerai untuk peniaga sate di Sipitang, kemudahan itu paling dinantikan peniaga. Sipitang sememangnya dikenali dengan keistimewaan satenya.

Saya turut bersama Perdana Menteri dalam hampir kesemua programnya sepanjang dua hari lawatannya itu, bersama-sama dengan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman dan pemimpin Umno serta komponen BN yang lain.

Bermula pada jamuan teh bersama pemimpin komponen BN sejurus ketibaannya, kemudian ke Padang Merdeka untuk menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia pada sebelah malamnya.

Ucapan Perdana Menteri di Padang Merdeka secara terbuka mengakui rasa gembira dan senang hati dengan kemajuan negeri Sabah serta perpaduan dan keharmonian rakyatnya. Biarpun terdiri dari berbilang kaum dan fahaman, namun tetap padu dan bersatu, sekaligus memberi kekuatan kepada kerajaan BN.

Dalam nada yang positif, Perdana Menteri menyatakan keyakinan bahawa Sabah akan terus dan tetap menjadi `fixed deposit' bagi BN. Gandingan dalam pimpinan kerajaan telah berjaya meletakkan negeri Sabah ke tahap yang membanggakan sekarang, dan tidak mungkin dapat dipertikaikan oleh pembangkang.

Di bawah kerajaan BN yang diterajui Umno, negeri Sabah telah mengalami transformasi ekonomi dan politik yang membawa kesejahteraan untuk rakyat jelata.

Datuk Seri Najib yakin rakyat di Sabah yang beliau sifatkan sebagai contoh terbaik konsep 1Malaysia akan terus bersama-sama pimpinan dan kerajaan. Melihat keadaan itulah, maka beliau optimis Sabah akan kekal di tangan BN dan menjadi fixed deposit menjelang pilihan raya akan datang.

Ini kerana, kata beliau, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan dan perubahan yang ternyata memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Keesokan harinya di Kemabong, jauh ke pedalaman Sabah, Perdana Menteri sekali lagi menyatakan keyakinan sama dan mengajak rakyat Sabah termasuk komuniti Kadazandusun/Murut supaya terus menyokong agenda pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan dan mengelakkan terjebak dengan politiking golongan berkepentingan tertentu.

Hasil pengamatannya mengenai politik dirangkumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Sipitang pada sebelah tengah hari, dengan menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan pemimpin-pemimpin BN Sabah supaya meneruskan usaha-usaha yang dapat mengukuhkan lagi kekuatan BN di negeri ini.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa beliau telah meminta semua pemimpin BN untuk sentiasa mendampingi rakyat dan dalam menjalankan usaha-usaha tersebut, semuanya hendaklah berpaksikan rakyat, seiring gagasan 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

BELANJAWAN SABAH

BELANJAWAN SABAH DIBENTANGKAN 18 NOV

Salleh menurunkan tanda tangan pada plak sebagai simbol perasmian premis baru PNMB cawangan Sabah di KKIP, sambil diperhatikan oleh Izham.

KOTA KINABALU: Belanjawan 2012 negeri Sabah akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 18 Nov ini.
Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sesi perbahasan belanjawan itu akan berlangsung selama empat hari bermula 21 Nov.
"Setakat ini pihak kami belum dimaklumkan sama ada terdapat rang undang-undang yang akan dibawa ke sidang DUN tetapi biasanya ada. Begitu juga dengan usul, saya belum menerima apa-apa usul yang dikemukakan oleh mana-mana ahli dewan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis baru Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Taman Perindustrian Kota Kinabalu hari ini.
Mengenai ura-ura Parti Maju Sabah (SAPP) untuk menghantar permohonan bagi membolehkan usul Amanah Saham Sabah (SAS) dibawa ke persidangan itu, Salleh berkata semua anggota Dewan berhak berbuat demikian.
"Kita tidak melarang mana-mana pihak sama ada daripada SAPP, DAP atau anggota kumpulan penyokong kerajaan, kerana mengikut peraturan tetap sedia ada, mereka mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk mengemukakan usul.
"Bagaimanapun, Speakar juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk meneliti usul tersebut dan sudah tentulah saya akan meneliti apa juga usul yang dikemukakan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya," kata beliau.

TIADA MOTIF POLITIK

BANTUAN RM100 SETIAP MURID TIADA MOTIF POLITIK: SALLEH

Salleh menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid sempena majlis berkenaan.

KOTA BELUD: Pemberian bantuan tunai RM100 bagi setiap murid menerusi Bajet 2012 tiada motif politik, sebaliknya ia bermatlamat meringankan beban ibu bapa dalam menyedia pembelajaran kepada anak-anak, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Sebab itu, kata beliau, bantuan berkenaan diberi kepada semua murid yang layak tanpa mengira kedudukan dan kepercayaan politik ibu bapa mereka.

"Justeru, kita berharap agar wang bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk persekolahan dan tujuan pembelajaran bagi meringankan beban," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Program RM100 1Murid SK Pekan Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud di sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah, Ahmad Bahkrin Yusof.

Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta.

Sementara bagi daerah Kota Belud saja, seramai 21,000 murid layak menerima bantuan berkenaan dan membabitkan peruntukan RM2.1 juta.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata kehadiran pemimpin politik parti pemerintah dalam majlis penyerahan bantuan tersebut bukan bermaksud untuk berpolitik atau kepentingan kepartian.

"Tetapi kehadiran pemimpin politik termasuk kalangan YB adalah untuk menjelaskan matlamat program ini agar tiada salah faham dan skim bantuan ini tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa pemberian bantuan kewangan adalah bukti keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kerajaan membantu rakyat, terutama dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, pemansuhan yuran sekolah mulai tahun depan juga bermakna bahawa pendidikan kini diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada seluruh rakyat, justeru alasan ketiadaan kewangan ibu bapa tidak lagi boleh diterima sebagai faktor tidak dapat memberikan pembelajaran kepada anak-anak.

Katanya lagi, seiring dengan tujuan itu, kerajaan juga menerusi Bajet 2012 turut mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

SIJIL ANAK NEGERI

SIJIL ANAK NEGERI, APA MANFAATNYA DI SABAH?



Dua isu paling dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa NCR telahpun lama dibatalkan.

Pemilikkan Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh dimanipulasikan.  Lihat kenyataan Media ini :

KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tuesday 27 March 2012

JASAMU TETAP DIKENANG (TOLERANSI KEPIMPINAN)

YB DATUK KARIM BIN HJ. BUJANG
ADUN N.23 BONGAWAN
TIMBALAN BAHAGIAN UMNO PARLIMEN KIMANIS

SANGAT DIKENALI DAN DISENANGI
SERTA MUDAH BERDAMPINGAN DENGAN RAKYAT PELBAGAI SUKU KAUM TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA



TANGGUNGJAWAB DALAM PARTI





WAKIL RAKYAT YANG PRIHATIN






KETRAMPILAN DAN KERJASAMA















"KERANAMU BONGAWAN, UNTUKMU BONGAWAN"

MASALAH KAMPUNG KAWASAN N.23 BONGAWAN

NAIKTARAF JALAN KAMPUNG
LOKASI KG. GADONG KIMANIS
WAKIL PENDUDUK: OSMAN BIN SALLEH




MASALAH JAMBATAN LALUAN KERETA/MOTORSIKAL MENYEBERANGI SUNGAI
KG. KUALA LUMAGAR BONGAWAN
WAKIL PENDUDUK: ZAINI (PENGERUSI JKKK)


MENAIKTARAF JALAN MASUK KE KG. KUALA LUMAGAR





MASALAH JAMBATAN DAN JALANRAYA KE KG. TARAP DUA
WAKIL PENDUDUK: KAMARUL ARIFFIN DURAIM



Monday 26 March 2012

AKTIVITI KEAGAMAAN MEMUPUK PERSAUDARAAN

TANPA MENGIRA KEFAHAMAN DALAM AGAMA KITA TETAP BERSAMA


SIKAP TOLERANSI KEPIMPINAN

Kerajaan Bani Umaiyyah Di Spanyol


Kerajaan Bani Umiyyah di sepanyol boleh dibahagikan kepada 4 tahap:
1) Tahap penubuhan dan pembinaan - 756-852 M
2) Tahap krisis dan pemberontakan  -  852-912M
3) Tahap kegemilangan                    -  912-976M
4) Tahap kelemahan dan kejatuhan  -  976-1032M

Didalamm tahap 1 terapat 4 khalifah atau amir yang memerintah iaitu :
Abdul Rahman I al-Dakhil                   756-788M
Hisham  I                                            788-796M
Al-Hakam I                                        796-822M
Abdul Rahman II                                822-852M

Keempat khalifah ini bertanggung jawab didalam perbentukan dan penubuhan Kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Berlakunya pemberontakan selama 60 tahun, tetapi dapat dipulihkan oleh Khalifah Abdul RahmanIII pada tahun 912M yang mendapat gelaran Amir al-Mu`minin.
Abdul Rahman I juga dikenali sebagai Al- Dakhil ( yang masuk, yakni orang yang memasuki sepanyol atau andalusia). Ia juga merupakan orang pertama yang yang bertanggung jawab menubuhkan kerajaan Islam di andulusia.

Kisah pembukaaan Kerajaan Islam di Andulusia bermula apabila kerajaan Bani Abbasiyyah menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyyah di Damshik. Ramai ahli keluarganya terkorbar. Abdul Rahman ketika itu berusia dalam lingkungan 20 th.  Abdul Rahman satu satunya keluarga Bani Umaiyyah yang terselamat, Khadamnya membawa Abdul Rahman ke palestin, seterusnya ke mesir dan ke maghribi. Abdul rahman mengutuskan khadamnya untuk mendapatkan pertolong di sepanyol pada mulanya, bagi menjauhkan ancaman dari Bani Abbasiyyah. Abdul Rahman mendapat sokongan yang padu dari pada bekas tentera-tentera Ummaiyah dai sepanyol. Sampai sahaja di sepanyol beliau dapat banyak sokongan dari  kaun Arab Yaman dan Kaum Barbar.

Abdul Rahman telah berjaya menewaskan suku Qais yang memerintah ketika itu.Maka jatuh lah Kerajaan Andulasia kepada seorang pemuda yang berumur 20thn  yakni Abdul Rahman. Kerajaan baru Bani Ummaiyyah yang baru ditubuhkan oleh Abdul Rahman mempunyai wajah, semangat cita-cita yang baru. Sebelum ini andalusia cuma jajahan Bani Ummaiyyah yang berpusat di Damshik

Peristiwa ini juga mencatat sejarah yang buat kali pertamanya sebuah kerajaan islam diwujudkan duluar kawasan tanah arab dan empayar islam yang lain yang lagi besar. Selama 32 tahun Abdul Rahman memerintah Andulusia, banyak perubahan yang dilakukan dam pembangunan yang dilakukan. Lebih penting lagi ialah dari segi pembinaan dan pengukuhan kerajaan sehingga menjadi terkenal dan maju, malah lahir beberrapa tokoh didalam bidang seni bina dan kejuruteraan.

Masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Bani Ummaiyyah Di Andulusia


1) Kerajaan Abbasiyyah kurang senang dengan kebangkitan kerajaan Ummaiyyah di Andulusia. Pemerintah
    Abbasiyyah telah mengarahkan peperang dengan menghantar tentera sebanyak 7000 org malah mendapat
    sokongan dari kaum Qais. Peperangan ini dapat di tewaskan oleh Abdul Rahamn.

2) Masalah orang kristian dan Kaum Pemberontak Arab.Kaum kristian berasa kurang senang dengan
    tertubuhnya kerajaan Islam Andalusia. Mereka berusaha menjatuhkan pemerintahan Abdul Rahman I.
    Orang Kristian dengan pemimpin mereka iaitu Raja Charlemagne dari perancis, telah cuba meluaskan
    empayarnya ke perancis. Terapat beberapa pemimpin arab dari kaun Qais menyertai raja perancis
    tersebut. Peperangan yang terbesar berlaku di Saragossa, Abdul Rahman dapat menewaskan musuhnya
    walaupun di serang dari bahagian utara dan selatan.

3)Perpecahan masyarakat yang berbilang di sepanyol. Terdapat 2 kaum di sepanyol iaitu kaum bukan islam
   dan kaum islam. Kaum islam berbpecah dari segi kedudukan mereka. Yang telah tinggal lama dan stabil
   akan mengenepikan yang baru berhijrah. terapatnya penduduk tempatan yang bertukar agama ke agama
   islam. Jumlah mereka semakin hari semakin besar jumlahnya. Penduduk bukan islam yang menyokong
   pemerintahan islam dan tertatik dengan budaya islam. Mereka juga mengamalkan budaya arab dan
   mempelajarinya. Mereka ini tergolong dalam yang berbangsa Yahudi dan Kristian. Kepelbagaian ini telah
   sedikit sebnyak menimbulkan masalah kepada Abdul Rahman I.

Langkah-Langkah Yang Diambil
- Menubuhkan satu pasukan tentera bertaraf profesional, Tentera ini adalah dari golongan hamba yang diperolihi dari utara Pyreness.Kedudukanya akan terselamat. kerana tentera ini bukan dari rakyatnya. tetapi menjadi masalah kepada amir selepasnya

-Menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dan agama menerusi islam. Ini merupakan langkah jangka panjang yang tidak dapat dilihat  kesanya dalam jangka masa yang singkat.

-Menjalankan perintahan dengan dasar yang tegas, dan mengambil tindakan serta merta terhadap sesiapa yang mengugat kestabilan negara.

-Mendirikan markas markas tentera yang kuat bagi tujuan mempertahankan negara dari serangan dalaman dan luaran negeri.

-Mengadakan pembangunan dari segi fizikal dan intelektual, serta meninggikan taraf ekonomi negara menerusi  projek-projek pertanian dan perdagangan. Maka bermulalah era seni bina di dalam zamam pemerintahan islam yang amat menggaungkan yang masih kekal sehingga hari ini, pelbagai teknologi yang dibina, yang melampaui zaman, wujudnya pancuran air yang menakjubkan, dan masih wujud sehingga sekarang. Lahirnya golongan ilmuan yang mencipta pelbagia teknologi untuk pertanian.

-Melantik pemimpin yang berkalibar.Pada zaman Abdul Rahman I , bermula lah era penyebaran agama islam meluas kepelosok eropah dan ilmu pengatahun berkembang pesat. Sikap tolenransi yang diamalkan pemerintahnya amat di gemari oleh rakyatnya.


RUANG PERKONGSIAN ILMU



Kisah Seorang Wali dalam Alquran



Tentu di antara Anda ada yang pernah mendengar kisah “kesaktian” para wali atau habib. Ada yang bercerita kepada saya tentang seorang wali yang membangun masjid di tengah laut, seorang habib yang rumahnya tidak dimasuki air padahal satu kota kebanjiran, atau seorang habib yang “menggeser” sebuah masjid dengan cara menendangnya.
Kesaktian para wali tersebut memang di luar akal. Karena itu banyak di antara kita (juga tanpa akal) langsung menghormati para wali tersebut dengan meminta air darinya, menciumi tangannya, demi keberkahan dari kekasih Allah tersebut.
Dari mana kesaktiannya itu? Jika memang waliullah, tentu berasal dari Allah karena keikhlasannya dalam beribadah, tanpa memandang mazhab. Banyak wali-wali dari ahlusunah, tapi juga tidak sedikit wali berasal dari mazhab Syiah. Intinya, keikhlasan dalam beribadah. Tohdi akhirat kita tidak akan ditanya dari mazhab apa kita berasal.
Walaupun demikian ada sebagian “wali” yang merasa lebih suci dari kelompok lain menganggap mengambil berkah (tabarruk) dari para waliullah atau habib itu sebagai bidah dan pelakunya musyrik. Ini tema lain yang butuh postingan baru lagi. Inti postingan ini bukan disitu. Tapi mengenai kisah seorang wali dalam Alquran. Siapakah dia?
Namanya Ashif bin Barkhiya. Ia adalah murid dari Nabi Sulaiman as. Apa kesaktiannya? Bagi yang sering baca Quran atau kisah-kisah para nabi tentu tahu, yakni, memindahkan singgasana Ratu Bilqis dengan singkat, sangat singkat, mengalahkan kecepatan dan kesaktianjin Ifrith.
Ifrith dari golongan jin berkata, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu. Sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.” (QS. An-Naml : 39)
Kemampuan jin Ifrith itu sebenarnya sudah sangat luar biasa. Tapi masih kalah dengan kemampuan sang wali, Ashif bin Barkhiya, yang mengatakan, “Tutuplah kedua mata Anda, dan kemudian bukalah, niscaya singgsana itu sudah ada di hadapan Anda.” Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab, “Aku akan membawa singgsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” (QS. An-Naml : 40).
Inilah contoh nyata dan tak terbantahkan dari Alquran mengenai kebenaran akan kemampuan orang-orang yang mempunyai “kesaktian” karena ikhlas beribadah karena Allah. Ikhlas mempelajari ilmu-ilmu Allah (dalam Al-Kitab) dan patuh akan perintah Nabi Allah.
Imam Jafar Shadiq as. berkata, “Ilmu Ashif bin Barkhiya, dibandingkan dengan Alquran dan dibandingkan dengan ilmu kami tak ubahnya seperti setetes air di lautan.” Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad. Wallahualam.


Dosa-Dosa Besar



Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhamad s.a.w bersabda dengan membawa maksudnya : "Jauhilah tujuh kebinasaan". kata mereka (sahabat) :"Wahai Rasullulah apa dia? Sabdanya" Iaitu syirik kepada Allah, Sihir,Membunuh diri yang diharmakan oleh Allah melaikan dengan hak. Makan riba, makan harta anak yatim, berpaling atau lari dari medan perang dan menuduh wanita-wanita mukmin yang baik (hadis riwayat Syaikhan)

Pada dasarnya dosa besar ini mengikut pendapat ulama ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membahagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat.

Dosa terbahagi kepada 2 iaitu dosa besar dan kecil

Dosa Besar : Kesalahn yang diberikan amaran oleh Allah dengan azab yang keras di Akhirat atau kesalahan yang diperuntukan hukuman yang tertentu di dunia.Balasan yang diterima akibat melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanya

Dosa Kecil : Kesalahn yang tidak diberikan amaran azab yang kerasdi Akhirat dan tidak diperuntukan hukuman yang tertentu didunia




Faktor-faktor yang mendorongkan manusia melakukan Dosa Besar:
1-Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
2-Ingin hidup bebas tanpa batasan agama
3-Sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabiar karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa . Dosa-dosa  yang dimaksudkan adalah:

1-Menyukutukan Allah
2-Membunuh orang dengan sengaja
3-Sihir
4-Meninggalkan Solat fardu
5-Enggang membayar zakat
6-Tidak berpuasa di bulan ramadan tanpa alasan yang dibenarkan
7-Enggang menunaikan haji walau berkemanpuan
8-Derharka kepada kedua ibu-bapa
9-Memutuskan silaturahin
10-Zina
11-Homoseksual
12-Riba
13-Memakan harta anak yatim dengan cara yang zalim
14-Dusta
15-Melarikan diri dari peperangan
16-Pemimpin yang menipu rakyat
17-Berlaku sombong
18-Menjadi saksi palsu
19-Meminum minuman keras
20-Judi
21-Menuduh zina pada perempuan baik
22-Khianat dalam harta rampasan perang
23-Mencuri
24-Merompak
25-Sumpah palsu
26-Berlaku zalim
27-Membantu membuat zalim
28-Memperolihi kekayaan dengan cara haram
29-Bunuh diri
30-Suka Berdusta
31-Hakim yang dusta
32-Melakukan rasuah didalam menegakkan keadilan
33-Perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya
34-Mengajar keluarga untuk melakukan dosa
35-Berkahwin dengan dasr cinta buta
36-Sisa kencing yang tidak dibersihkan
37-Riak
38-Menymbunyikan ilmu
39-Khianat
40-Mengungkit-ungkit pemberian
41-Mengingkari takdir
42-Menyelidiki rahsia orang
43-Mengadu domba
44-Mengutuk orang muslin yang lain
45-Menginkiri janjji
46-Percaya kepada dukun dan tukang ramal
47-Nusyuz seorang perempuan terhadap suaminya
48-Mengumpul patung dan makhluk hidup yang lain
49-Meratapi orang mati
50-Berperangai buruk
51-Zalim terhadap orang yang lemah
52-Menyakiti hati jiran
53-Menyakiti dan memaki hamun orang islam yang lain
54-Derhaka terhadap hamba Allah yang lain
55-Bangga diri dan sombong dengn berkaian yang lebih lebihan
56-Menyembelih binatang untuk dipuja
57-Hamba shaya yang melarikan diri dari tuanya
58-Memalsukan keturunan
59-Menentang Kebenaran
60-Enggang memberikan kelebihan air
61-Mengurangi Timbangan
62-Berbuat dosa tetapi merasa amandari kemurkhan ALLAH
63-Meninggal kan solat jumaat
64-Menipu didalam berwasiat
65-Tipu daya
66-Mencaci orang islam dengan membongkarkkan rahsianya
67-Makan dan minum daripada peralatan yang dibuat daripada emas dan perak
68-Mencela para sahabat
69-Buang air besar di tempat berteduh
70-kencing di tempat air untuk mandi
71-Nifak : yakni sifat yang berbeza antara zahir dan batin
72-Lupa kepada Allah
73-Kedekut
74-Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, babi, darah dan binatang yang disembelih selain
     menyebut nama Allah
75-Kufur kepada Allah


Terapai Mujarab Untuk Mengelakan kan Melakukan Maksiat dan Dosa

1-Anggaplah dosa mu
Abdullah bin Mas`ud r.a berkta," orang beriman melihat dosa-dosanya seolah-olah ia duduk di bawah gunung, ia takut gunung itu jatuh menimpanya. Sementara orang fajir (melakukan dosa) dosanya seperti lalat singgah diatas hidungnya
2-Jangan Meremehkan Dosa
Rasullulah s.a.w bersabda :"Janganlah kamu meremehkan dosa, seperti kaum yang singgah diperut lembah.Lalu sesorang datang membawa ranting dan seorang lainya lagi datang membawa ranting sehingga mereka membakar roti mereka. Bila shaja orang yang melakukan dosa menganggap remeh suatu dosa, maka itu akan membinasanya."( riwayat ahmad dengan sanad yang sahih)
3-Jangan Mujaharah (menceritakan Dosa)
Sabda Rasullah :"Semua umatku dimaafkan kecuali mujahirun (orang yang berterus terang). Termasuk Mujaharah ialah sesorang yang melakukan suatu amal (kebutukan) pada malam hari kemudian pada pagi harinya ia membeberkannya, padahal Allah telah menutupinya, ia berkata, "Wahai si fulan, tadi malam aku telah melakukan demikian".Pada malam hari tuhannya telah menutupi kesalahanya tetapi pada pagi harinya ia membuka takbir allah yang menutupnya. (Riwayat Bujhari dan Muslim)
4-Taubat Nasuha Yang Tulus
Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat merupakan Rahmat Allah yang diberikan kepada hambanya agar mereka dapat kembali kepdanya. Agama islam tidak memandang manusia bagai malaikat tanpa kesalahan dan dosa, sebagaimana islam tidak membiarkan manusia berputus asa daripada ampunan Allah. Betapa pun dosa yang telah diperbuat oleh manusia. 
firman Allah : "Bersegeralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luas seluasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang takwa iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun didalam kesempitan dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginaya diri sendiri mereka ingat kepada Allah.Lalu memmohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan sesiapa yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbutan kejinya itu sedang mereka mengetahui".

5-Jika Dosa berulang, maka ulangilah bertaubat
Sering mengigati Allah supaya kita tidak melakun dosa dan maksiat, beristigfar selalu. Jika masih melakukan dosa, minta lah pengampunan pada Allah, kerana Allah sentiasa menerima taubat hambanya.
6-Jauhi Faktor Kemaksiatan
Orang yang bertaubat harus menjauhi situasi yang biasa ia temui pada saat melakukan kemaksiatan, serta ,menjauhi darinya secara keseluruhanya dan sibuk selainya.
7-Senangtiasa Beristigfar
-ketika melakukan dosa
-Setelah melakukan ketaatan
-dalam zikir-zikir harian
-setiap saat
8-Jangan berpisah dengan orang-orang yang baik-baik
-Bersahabat dengan orang-orang baik adalah amal salih
-mencintai orang salih menyebabkan sesorang bersama meraka, walaupun ia tidak mencapai kedudukan meraka didalam amal
-Mencintai manusia itu ada 3 golongan:
a)Golongan yang membawa dirinya dengan takwa dan mencegahnya dari kemaksiatan. ini adalah golongan terbaik
b)Golongan yang melakukan kemaksiatan dalam keadaan tajut dan menyesal. Ia merasa dirinya berada dalam bahaya yang besar, dan ia berharap suatu hari dapat berpisah darikemaksiatan tersebut.
c) Golongan yang mencari kemaksiatan dan bergembira dengan nya dan menyesal dengan hilang hal itu
-Penyesalan dan penderitaan kerana melakukan kemaksiatan hanya dapt dipetik dari persahabatan yang baik
- Tidak ada alasan untuk berpisah dengan orang-orang yang baik
9-Jangan Cela orang lain kerana perbutana dosanya
Rasullulah menceritakan kepada para shabat bahawasanaya sesorang berkata,"Demi Allah tidak akan mengampun si Fulan." Allah Berfirman,siapakah yang bersumpah dengan atas namaku bahwa aku tidak mengampuni si fulan? Sesungguhnya aku telah mengampuni dosanya dan aku telah menghapus amalan mu (riwayat Muslim)




"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan kamu masukkan ke tempat yang mulia (syurga)" ,
 (surah An Nisa ayat 31)



(sumber : Iluvislam,virtual friends,sabah.edu.com, cattatanlepas, kitab Sabiilun Najah Min Syu`mil Ma`shiyyah)




Salinan Bible asal dijumpai menyatakan kenabian Nabi Muhamad s.a.w


Ditemui di Turki, satu salinan asal, Alkitab ditulis dalam bahasa Aramaik dan kembali ke tahun-tahun pra-1500, menunjukkan bahawa agama kristian telah meramalkan kemunculan as Nabi Muhammad saw selepas Nabi Isa
 
Acara ini masih berjalan Vatican, telah dipanggil Paus Benedict XVI pratonton buku, yang telah berada di bayang-bayang kebanyakan 12 tahun yang lalu, mengikut Mail Harian "akhbar British.
 
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Gunay Ertgoul Turki: "Nilai buku dianggarkan pada $ 22 juta, yang mengandungi nubuatan Kristus, kemunculan Nabi Muhammad, tetapi gereja Kristian meneruskan untuk menyembunyikan alih tahun yang lalu untuk keserupaan teruk dengan apa yang datang di dalam al-Quran mengenainya.
 
Dan sepadan dengan kandungan versi ini Alkitab dengan iman yang Islam, yang menggambarkan Nabi Isa sebagai 1 manusia dan tidak tuhan 1 untuk menyembah, Islam menolak yang Triniti Suci dan penyaliban Kristus, dan bahawa Isa meramalkan dengan kemunculan Nabi Muhammad selepas dia , dan datang dalam Alkitab bahawa Yesus memberitahu imam bertanya siapa penggantinya, beliau berkata: ". Mohammed namanya diberkati"

 
Gunay berkata bahawa Vatican telah secara rasmi meminta pratonton buku, yang menjadi milik pihak berkuasa Turki, selepas kehilangan beliau pada tahun 2000, Mediterranean di Turki, dan kemudian menuduh geng penyeludup kesan yang dicuri melalui penggalian haram dan dibicarakan sekarang.
 
Al-Quran mengatakan dalam ayat 6 Surah Gred: (Seperti berkata Isa anak Maryam, kanak-kanak Israel sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada anda mengesahkan tangan Taurat dan petanda seorang Rasul yang akan datang selepas saya, yang dinamakan Ahmad apabila dia membawa mereka dengan keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata).
 
Kata Syed Ihsan Ozbek akhbar "Zaman" Turki "salinan Alkitab sejak kepada salah satu pengikut St Barnabas mereka menulis pada abad kelima atau keenam, manakala Wah Barnabas tinggal di abad pertama Masihi untuk menjadi salah saturasul Kristus. "
 
Seperti yang dijelaskan Profesor Teologi Umar Farooq, Hermann: "Pemeriksaan saintifik akan membolehkan kami mengesan hampir dengan usia sebenar salinan itu akan menentukan sama ada sebenarnya ditulis oleh St Barnabas, atau salah satu pengikut-pengikutnya."
 
Patut diberi perhatian bahawa manuskrip Alkitab di Syriak Kristus, dan bernilai $ 2.4 juta, akan dipaparkan dalam Alonthogravea Muzium di Ankara.
 
Pihak berkuasa Turki memutuskan untuk memindahkan muzium untuk mengekalkan dan peliharalah mereka dari kerosakan kerana menjadi salah satu aset budaya, dan manuskrip mengandungi ekstrak dari Alkitab yang ditulis dalam surat emas pada kulit


(sumber  : http://www.moheet.com)



SISTEM EKONOMI NEGARA
 




Pada Dasarnya Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran. Ini dibuktikan dengan pelbagai sistem ekonomi yang dijalankan. pihak swasta mahu pun pihak kerajaan berganding bahu membangunkan ekonomi Malaysia ini.
Pada Amnya sistem ekonomi ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi komunisme,sistem ekonomi campuran

Sistem Ekonomi Kapitalis


Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kepada pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa ganguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. takrif individu disini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetpi juga termasuk organisasi atau pun sekumpulanindividu. sistem ekonomi kapitalis digerakan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan . pengkrtik sistem kapitalis ini mewujudkan jurang perbezaaan yang ketara antara kekayaan dengan miskin. sistem yang bertentangan dengan ideologi ini adalah komunisme dan sosialisme. kapitalisme berasal dari perkataan inggeris capital: yang bermaksud modal. istilah kapitalis mula diperkenalkan pada abab ke 19 oleh karl marx, pengasas komunisme untuk menerangakan ekonomi moden bukan komunis
amalan ekonomi kapitalis mengukuhkan di england diantara abad ke 16 dan ke 19 masehi. walaubagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamnya dikalangan saudagar zaman pertengahan, kapitalis menjadi dominan dibarat semenjak berakhirnya era Feudalisme. dari england kapitalis merebak keseluruh eropah dan pada abab ke 19 dan 20 ia menjadi sistem ekonomi dunia yang menyumbang besar didalam dunia perindustrian


Ekonomi Sosialisme
Adalah satu sistem perekonomian yang memberikab kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melakukan kegiatan ekonomi tetapi dengan campurtangan pemerintah. pemerintah masuk kedalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan perekonomian negara serta jenis jenis perekonomian negara serta jenis perekonomian yang menguasaia hajat hidup orang banyak dikuasai oleh negara negara seperti air , electrik telekomunikasi, gas dan lain lain

Ekonomi Komunisme
Komunisme adalah satu sistem perekonomian dimana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber kegiatan ekonomi. setiap orang tidak berhak memiliki kekayaan peribadi sehinggalah nasib mereka ditentukan oleh pemerintah dengan tujuan pemerataan dan persamaan ekonomi . namaum tujuan sistem ekonomi komunisme ni belum lagi menunjukan sebarang kejayaan ketahap yang lebih maju, banyak negara telah meninggal amalan ekonomi ini.

Ekonomi Campuran
Ekonomi Campuran  adalah sistem ekonomi yang mengabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi lazimnya ekonomi campuran mengandungi unsur unsur ekonomi kapitalis dan sosialisme dan ada juga mengunakan kaedah enam jenis ekonomi itu  contohnya negara Malaysia.
Tiada satu definasi untuk ekonomi campuran , tetapi aspek paling penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian ( termasuk permilihan industri secara persendirian ) bercampur aduk dengan ekonomi terancang ( termasuk campurtanganuntuk kebajikan sosial , pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan asset atau sumber pengeluran oleh negara.
dari segi praktik nya banyak negara sebagai contohnya Amerika mengamalkan system ekonomi campuran ini,. Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalan kesemua jenis ekonomi ini atau pun 2 atau 3 jenis ekonomi . contohnya Malaysia pada asalan penubuhan Felda dan Fecra adalah mengamalkan sistem ekonomi Komunisma . dimana tanah dan rumah adalah hak milik kerajaan sepenuhnya, keadaan ekonomi ini bertukar dari satu kaedah kesau kaedah ekonomi dari ekonomi komunisme bertukar kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalis , yang mana pada masa sekarang tanah dan rumah di felda telah menjadi hak milik penoroka. Kejayaan Felda untuk menaik tarah kan ekonomi peneroka telah membuka luas negara-negara luar dengan sistem ekonomi campuran yangtelah diamal kan di malaysia.antara sysytem ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia adalah :
1) ekonomi Komunisme ---->2)ekonomi Sosialis ---->3)ekonomi kapitalis------->4) ekonomi islam

Untuk menjadi sebuah negara maju , kebanyakkan negara mengamalkan dasar ekonomi campuran, terutamnya didalam pelbagian teknologi yang makin berkembang pesat.

Ciri-ciri ekonomi campuran


1) Kegiatan ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta
Kerajaan - mengeluarkan barangan yang gagal disediakan oleh makanisma harga - meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan keuntungan.

2)Pilihan
pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluran yang mereka miliki
kerajaan membuat pengawalan dipasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barangan yang memberi manafaat kepada pengguna

3)Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal
Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang, supaya kegiatan ekonomi, tidak menghasilkan kesan luaran negatif

4)Keputusan Ekonomi
-semua keputusan ekonomi di tentukan oleh kerajaan dan makanisma harga, kerana sumber ekonomi dimilki oleh pihak kerajaan dan swasta
-keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebakjikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntugan.
-Firma bebas bersaing tetapi dikawal oleh phak kerajaan
- Frima bebas menentukan jumlah barangan yang akan dikeluarkan, kaedah pengeluaran dan sasaran bagi barangan yang hendak dikeluarkan.
- Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan makanisma harga.
- Kerajaan mengeluarkan barangan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
- idividu, pihak swasta dan pihak kerajaan bersama membuat keputusan

Kebaikan ekonomi campuran
1) Kegiatan ekonomi yang stabil
2)Agihan pendapatan yang lebih setara
3)Menyediakan barangan awam

Kelemahan Ekonomi Campuran
1)Karenah Birokrasi kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta
2) Kesukaran menetukan dasar yang sesuai
3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam

Sistem ekonomi campuran di Malaysia
1) Peraturan dan undang-undang
2)Pengawalan harga barangan dan perkhidmatan
3)Sistem Percukaian
4)Subsidi
5)Pemilikan kerajaan

(sumber : tesis USM, UM)

 

 

7 Keajaiban Dunia Islam




7 Keajaiban Dunia versi dunia sudah sering kita dengar dan baca. Bagaimana dengan 7 keajaiban versi Islam? Berikut daftarnya.


1. Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".



Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka hewan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Hewan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]



Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,



"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]



2. Pohon Kurma yang Menangis



Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- Berkata



"Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: "Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut" .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]



Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,



3. Untaian Salam Batu Aneh



Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,



Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang".[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].



4. Pengaduan Seekor Unta



Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada hewan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.



Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik onta ini, Onta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.



Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,



“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahwa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]



5. Kesaksian Kambing Panggang



Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:



Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,



"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, "Angkatlah tangan kalian, karena kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahwa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu". Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,"Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]





6. Batu yang Berbicara



Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita pikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Karena Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.



Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,



"Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]



Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, "Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat".[Lihat Fathul Bari (6/610)]



7. Semut Memberi Arahan



"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Karena (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS.An-Naml: 16-19).



Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh karena itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin.



(sumber : www.roabaca.com, hadis nabi, sejarah ketamaduan islam)

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang hewan-hewan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fantasi belaka ataupun cerita kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,




"Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]




Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

 

Kejuruteraan Islam



Definasi Kejuruteraan adalah salah satu cabanng sains gunaan yang melibatkan teori asaa rekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Dalam definasi lainya adalah kepandaian atau pembutan mereka bentuk sesuatu jentera. Manakala Jurutera adalah seorang terlatih didalam mereka, membuat dan mengunakan jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan.

Pada awalnya cendiakawan islam terdahulu mendapati bahawa terdapat dua prinsip asas islam terdapat didalam bidang kejuruteraan, yang pertama konsep kesetaraan (mizan), dan yang keduanya konsep kesimbangan (tawazun). 




Allah telah menetapkan ukuran bagi perbutan baik dan mungkarnya manusia adalah al-mizan. Didalam sistem kejuruteraan prinsip Al-Mizan membawa maksud tiap-tiap sesuatu itu berada di kedudukan yang betul didalam sistem keseimbangan yakni Tawazun. Bagi mengekalkan keadaan kesuluruh sistem itu diperlukan bagi mengekalkan kedudukan tersebut.

Prinsip Al-Mizan digunakan didalam kejuruteraan kimia dan termodinamik bagi mengkaji dan memahami bahan dan aliran tenaga.  Begitu juga dengan kejuruteraan awam dan mechanical dimana tindakan dan daya momen mengunakan prinsip yang sama malah didalam kejuruteraan prinsip kesetaraan (tawazun) digunakan didalam pada cas elektrik.

Teknologi kejuruteraan islam yang mula di perkenalkan dan dipalsukan oleh pihak barat adalah sumbangan kejuruteraan mechanical dimana terciptanya alat mengangkut air pagi pengunaan pengairan,perumahan,industri dan lain-lain lagi. Alat mengankut air yang pertama di cipta adalah di Mesir dan Syria yang dipanggil  Shaduf. Alatan ini masih digunakan sehingga hari ini kerana ianya murah dan mudah. Manakala dua lagi alatan penguk air adalah saqiya dan nau`ra. Saqiya  digerakan oleh tenaga binatang, manakala nau`ra digerakakn oleh kuasa air. Al-jazari dan Taqi Al-Din merupakan tokoh kejuruteraan islam pada kurun 12M. Mereka berjaya mengubah Shaduf dan menerangkan penggunaannya didalam kitab-kitab karangan mereka.Alat pengepam air dengan mengunakan roda berskoop diterangkan didalam kitab-kitab karangan Taqi Al- Din. Apa yang menakjubkan didalam karangan Taqi Al-Din bagaimana iadapat mencipta selinder berpiston bagi mengepam air. Selindir ini dicipta bagi mengahasilkan satu daya paduan bagi tolakan mengepam air. Kaedah ini juga digunakan didalam penciptaan kereta.

Mesin yang menggunakan bantuan air dan angin telah berjaya diciptakan oleh Musa bersaudara. Mesin ini digunakan untuk menghancurkan jagung , menghancur gula sekaligus mengepam air. meraka juga pelopor sistem automatik dengan tercipta bajana automatik yang mana bajana automatik yang boleh mengisi bajananya dengan sendiri.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul aziz, telah tercipta terusan sepanjang 10km bagi mengalirkan air sungai Furat ke basrah bagi mengelakkan kekeringan akibat kemarau. kaedah ini adalah kejuruteraan  hidrologi. Terusan lain yang dibina adalah terusan yang menyambungkan sg. Nil dengan laut Merah sepanjang 100km bagi mempercepatkan perjalanan berbanding dengan jalan darat. Sistem Qanat telah dimulakan di Isfahan bagi mengalirkan air sg Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan. yang takjubnya adalah penciptaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air sungai tersebut. Pembinaanya telah kan oleh seorang ahli matematik parsi yang bernama Al-Karaji. Kaedah ini amat penting bagi mengelakan penguapan di padang pasir.

Didalam kurun ke 8M-12M merupakan tercetusnya penemuan didalam teknologi islam. Ini adalah kerana faktor ajaran islam yang merupakan daya dorongan yang tinggi didalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contonhnya ayat perama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w adalah surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud : 
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuainya" 

kejayaan initelah berjaya membentuk tamadun islam yang amat digeruni pada masa itu.Menerusi kejayaan ini lah. Para ilmuan islam dan saintis islam telah bebas bergeak mengembara keseluruh pelusuk dunia untuk dikembangkan ilmu ini dan mendapat manafaat. 
Dapat disimpulkan disini bahawa, jika kita benar mengamati islan dan ajaranya dan mempelajari Al-Quran, maka banyak lah ilmu yang terkandung didalam Al-Quran itu, terutamanya dalam bidang sains dan kejuruteraan ini. Dengan ini membolehkan kita memahami dan berkeyakinan dengan kekuasaan Allah dan kegaungannya. Bahawsanya Al-Quran itu adalah merangkumi perkara yang sebelum , sedang dan perkara yang akan berlaku. kesemuanya telah diterangkan oleh allah didalam Al-quran. Oleh itu umat islam perlulah berusaha melengkaokan diri dengan ilmu manafaat dan menguasainya, sehingga sekali lagi kita mampu bangun untuk mencapai zaman kegemilangan islam.
(sumber ikim, tamadun islam

 

 

Ibnu Sina



Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M

Sejarah Dan Latar Belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik matematik, sains fiqh dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengatahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru  ilmu perubatan.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selapas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nuh Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan ini tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru pertama)


Sumbangan
Kemasyhuranya melangkaui wilayah dan negara islam. Dalam bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialaih bahasa kedalam bahasa inggeris dengan judul Precpts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak kedalam 15 buah bahasa. Pada abab ke 17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asaa di universiti di itali dan Perancis. Malahan sehingga abab ke -19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.


Ibnu Sina juga telah mengahasiljan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit nersama dengan cara mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebanarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi, syair, prosa dan agama.
Penguasaannya didalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak iaitu puncak kecermelangan tertinggi didalam bidang yang diceburinya.

Disamping menjadi puncak didalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki yang tetinggi didalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang amat terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku yang berjudul al-Najah yang menbicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan permikiran Aristotale. Oleh itu pandangan perubatan Ibnu Sina turt di pengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasakan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir, hempedu kuning, dan hempedu hitam. Menurut teori ini, kesihatan sesorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat usur tersebut. keempat-empat unsur tersebut itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka sesorang akan dapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula kesimbangan yang berlainan. Miskipun teori ini didapati tidak tepat, tetapi telah meletakan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang mengjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada usur yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semulajadi dalam tubuh  manusia untuk melawan penyakit. jadi selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan, itu manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga didalam bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahwa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seupama inipernah dikemukan oleh ahli falsafah yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan ini maka imam AL-Ghazali telah menyifitkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya Ibnu Sina tidak menolak kekuasaan Tuhan yang maha esa. Dalam bukunya An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai WAJIB al-WUJUD ialah satu. Dia tidak berbebtuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apacara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud terbit daripada Wajib al-Wujud yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidak kah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajid al-Wujud untuk melingpahkan atau menerbitkan segala yang wujud disebabkan kesempurnaan dan ketinggianya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhannaya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu sina telah menimbulkan Kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al-Falasifah( tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi
Antara percangahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasada manusia dengan perasaan kebahagian dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau bagaimana pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembagan falsafah islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai  orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidanga falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi

 


 



Kehebatan Herba dan buah yang di sebut Didalam Al-Quran








Buah Zaitun
-Kandungan Vitamin : A,B1,B2,C,D,E,K dan besi
-Digunakan untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran, merupakan syarat utama untuk gaya hidup utama.
-Digunakan untuk pembuatan produk kecantikan kerana ciri-ciri yang boleh memlembutkan kulit
-Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding dengan lemak
-Minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran.
-Vitamin E dalam minhak zaitun merendahkan kolestrol LDL, tekanan darah dan risikko sakit jantung koronari
-Vitamin K menghalang darah dari melekit dan membeku
-Mengurangkan penaykit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akaibat penuan.

Menurut Ulamak Zahbi , minyak zaitun boleh menguatkan rambut dan badan. boleh dijadikan tonik bagi melambatkan proses penuan.

Ibnu Qayyin ianya merupakan penyeri wajah.Menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut.Berkesan untuk bisul, ruam lamping, gatal-gatal dan ulser yang kronik.Dapat melegakan penyakit gusi dan gigi jika disapau pada tempat yang sakit.

Dalam kajian saintifik didapati bahawa minyak zaitun dapat meghalang pembentukan kanser kolon.



Cara Pengambilan :
1) Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan
2) Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu t
    Teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam , cuci)
3)Menghilangkan parut pada anggota badan yang lain (ratakan campuran yg diterangkan diatas pada 
   anggota terlobat biarkan selama 2 jam

Buah Kismis

Kandungan kismis setiap 100g
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11mg
Vitamin C 1.3 mg

Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan
memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur)
Melawaskan pembungan air besar
Melindungi hati
Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi

Kelebihan Kismis
-Kismis adalha satu manisan asli ciptaan ALLAH SWT. Ia juga merupakan buah-buahan kering yang berkhasiat dimuka bumi ini.

-Tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. membekalkan tubuh dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnisium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

-Serat zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. Seratnya juga kaya dengan anti-oksida (anti penuan)

-Mengandungi fruktosa yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
-Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir.





Kurma
-Mengandungi zat galian sperti potasium, kalsium, fosforus, odium, Vitamin A dan Vitamin C, dan niasin  dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.
-Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 
-Kandungan gula 50 hingga 57 peratus glukosa

Khasiat Buah Kurma
-Mencegah penyakit kronik seperti Penyakit jantung dan kencing Manis. Menyihatkan sel darah merah. mampu memanaskan badan dan kesehatan wanita  dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga
-Membantu kecedasan minda dan membantu proses tumbesaran. 
- Membina keperibadian yang mulia seperti penyabar, bersabar dan cerdas pemikiran. 
-Makanan yang paling sempurna.
-Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula didlam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi
-Biji kurma yang dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan dijadikan teh.
-Menambahkan tenaga seksual dan batin.
-Membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsanagkan selera makan.
-Melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripada penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pangaliran darah semasa kelahiran
-Membunuh kuman dalam badan
-Mencegah penyerapan kolestrol LDL dalam usus.
-Kalium dalam kurma adalah kompenen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stoke.
Friman Allah : "Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung,






Buah Tin
Kandungan buah tin adalah :
Proten 4.3 gm, lemak 1.3 gm, mineral 2.4 gm, serat 5.6 gm, karbohidrat 63.4 gm,tenaga 274 kcal, kalsium 126 mg, fosforus 77mg, zat besi 3 mg, vitamin C 1mg.

Khasiat Buah Tin
-Menyingkirkan keracunan (toksin) , mencairkan kahak tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan. membersihkan hati, jantung dan juga membersihkan lendir dalam usus. 
-Bermanafaat untuk yang mengidap penyakit buasir dalam dapat membantu mengurangkan bengkak dan mengecutkanya.
-Melawaskan kencing dan merawat sakit sakit badan.
Menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.


Buah Delima

Buah delima mengandungi sodium dan unsur nutrien seperti riboflavin, tamin, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosfurus.Kandungan vitamin A,B1,B2,B3dan C


Kelebihan
-Mengandungi antioksida yang unggul , diterajuai oleh asid ellagik, yang berupaya melindungi kelenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
-Memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser dari merebak.
-Menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam saluran darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolestrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolestrol baik.
-Menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. 
-Mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzhemier
-Menccegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
-Baik bagi ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
-Menghalang pembentukan sel kenser, mencantikan kulit
-memberi tenaga
-Elok untuk pesakit yang menghadapi tekanan darah tinggi dan rendah.
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan-
-Memperelokan rahim




Halia

Mengandungi banyak atsiri, damar mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol, zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, Vitamin A, B1,c dan protein

Khasiat
-Membantu untuk menghadamkan makanan.
-Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederharana.
-Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah
-Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
-Membuang angin yang terdapt didalan usus besar dan kecil.
-Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum,
-Menghilangkan bau busuk mulut
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
-Memebuang kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum panas akan menghilangkan bau busuk mulut.
-Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapt pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum
Firman Allah : "Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campuranya dari halia"



Madu
Firman Allah : "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada demkian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan: (surah Al-Nahl :69)

Kandungan :
Madu mengandungi glukosa dan fruktosa, sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Mengandungi Vitamin B1,B2,C,B6 dan B6 komposisinya berubah ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsusikan oleh lebah. Didalam madu juga terdapat tembaga,yodium dan seng dalam jumlah yang kecil dan beberapa jenis hormon.

Khasiat madu:
1-Kaya bahan anti oksida yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan  kanser.
2-Antara sumber tenaga asli tubuh yang terbaik, meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan.
3-Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa
4-mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan.
5-Boleh merawat penyakit mata
6-Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan
7-Mengambalikan kekuatan tubuh
8-Merangsang tenaga Batin
9-Membersih dan menambah darah
10-Membantu pertumbuhan janin bayi
11-Menghilangkan rasa kebas kebas dan lenguh
12-mengeluarkan lendir didalam badan bayi dan menguatkan minda
13-Menambahkan kejelitaan rupa paras
14-Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda
15-Mestabilkan kandungan gula dalam darah
16-Mengelakkan dari kegemukan yang tidak terkawal
17-mempermudahkan proses penghadaman yang tidak terkawal
18-Memulihkan penyakit berpanjangan
19-Menguatkan jantung , buah pinggang dan melawas buang air besar
20-Menyembuh penyakit didalam perut
21-Mempercepatkan kesan luka dan pembedahan sembuh
22-Menghindari badan letih dan lesu
23-Mengurangkan kesakitan bila datang haid
24-Membantu secara khusus dalam pertumbuhan fizikal dan mental janin

Cara mengunakan Madu
1-Tukar atau kurangkan pengunaan gula kepada madu dalan penyedian minuman harian
2-Campur sedikit madu kedalam air suam sebagi minuman
3-Campurkan madu didalam segala persedian membuat kuih/masakan.Keharuman madu akan menawan 
   selera 
4-Jika batuk dan lelah, minum satu atau dua sudu madu, jangan dicampur denga air
5-Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kamung dengan sedikit madu.Dikacau dan kemudian 
   diminum.
6-Campurkan sedikit madu kedalam minuman kanak-kanak, mereka akan lena dan nyenyak
7-Untuk kesegaran sepanjang hari minum sesudu besar bersama segelas air suam
8-Bagus untuk penyakit mata, titiskan sedikit madu pada mata
9-Sapu pada gigitan atau sengatan serangga berbisa

Antibiotik 
-Sapu pada luka bagi memberhentikan darah dengan segera, bagi melindungi dari jangkitan kuman
-Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain lain.
-Kudis kurap dan lain lian penyakit kulit
-Sakit mata titiskan madu kedalam mata



Habbatus Sauda'

Kandungan Habbatus Sauda' mengandungi Fixed oil, minyak minyak asa (sterol, thymohydroquinone,carvone, limonine,cymene) Alkaloids, saponin dan asid amino.
Kaya dengan : 
Monosaccharide glukosa,xylosa
Polysaccharide
Fatty acid yang tidak tepu( unsaturated essential fatty acids, efa) EFA tidak boleh dihasilkan olehbadan kita
Amino asid yang bentuk protein
Karotene iaitu sumber vitamin A
Kalsium, zat besi

Khasiat:
-Antiinflamasi, mengubati perih/radang tengorok
-Antiarthritis,mengubati reumatik
-Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala
-Aktiviti hormon, mengatur haid dan meningkatkan aturan susu
-Antiseptik, mengubati deman dan flue
-Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim
-Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal
-Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelak penyakit
-Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diere, kejang konstipasi dan empedu
-Nematocidal, mengubati cacing pita
-Respiratory tract, mengubati sesak nafas.



Zaffaran
Raja segala rempah adalah kerana keberkesananya dalam menyumbang penyelesian masalah kesihatan dan harga yang mahal dan senilai dengan emas.

Kandungan
Mengandungi carotenoid,glycoside, gentioglucoside, y-Crocetin,trans crocetin isomer, 13-cis- acarote, Beta-carotene,lycopene, zeaxanthin dan mangicorocin, asid amino, protein, kanji, galian

Khasiat :
-Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
-Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
-Melegakan sakit kepala, asma muntah-muntah dan penyakit buah pinggang
-Penyakit gila babi atau sawan, suakr tidur malam
-Memudahkan penghadaman dan bau mulut
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
-Menambahkan tenaga zahir dan batin
-Masalah mati pucuk, sembelit
-Pertumbuhan akal danfizikal bagi bayi dan kanak-kanak
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing
-mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak yang baru nak tumbuh gigi
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
-mengutkan ingtan dan menghilangkan keletihan
-Menyembuh sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

"Dan mereka-meraka(yang beriman) sentiasa mengigati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau baring. Dan mereka berfikir tentang segala penciptaannya sama ada di langgit ataupun di bumi. Mereka berdoa: |Wahai tuhan kami, tidak satupun (kejadian di langit dan bumi) yang engkau ciptakan secara sia -sia .Maha suci engkau , selamatkan kami dari neraka"
(surah Ali-Imran :191)

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99) 


"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (ar-Ra'd [13]: 4) 



"Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum, dan bersenang hatilah...." (Maryam [19]: 24-26) 
(sumber: panduanpercuma,zihan,universiti of zegreb -crotia,universiti of waikato-new zeland,universiti of cardiff- wales, AL-Quran)