Himpunan Ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis Mengenai Solat Subuh
Aku menasihati diri sendiri dan berkongsi dengan pembaca budiman
sekelian (sekiranya ada), semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat
Subuh agar kita sentiasa berada di dalam jaminan Allah SWT, sepertimana
yang dijanjikan Allah SWT dan hadis-hadis Rasullullah SAW, seperti di
bawah:
1. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”(Surah al-Kahfi, ayat 28)
2. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).(Al-Israa, ayat 78)
3. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?."(Al-Huud, ayat 81)
4. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, "(Al Falaq, ayat 1)
5. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur*.(Ali 'Imran, ayat 17 )*Sahur: waktu sebelum fajar menyingsing mendekati subuh.
6. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan telah Kami wahyukan kepadanya (Luth) perkara itu, yaitu bahwa mereka akan ditumpas habis di waktu Subuh. "(Al Hijr, ayat 66)
7. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya'. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."(An Nuur, ayat 58)
8. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu Subuh, "(Ar Ruum , ayat 17)
9. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka apabila siksaan itu turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu*. "(Ash Shaaffaat , ayat 177)
*Yang dimaksud dengan pagi hari ialah bukan waktu pagi tetapi sebarang waktu di mana orang-orang yang menyerang itu melakukan serangannya sebelum waktu subuh; maka orang-orang yang kalah menderita kekalahannya pada waktu pagi.
10. Allah SWT berfirman maksudnya:
"dan Subuh apabila mulai terang. "(Al Muddatstsir , ayat 34)
11. Allah SWT berfirman maksudnya:
"dan demi Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, "(At Takwiir , ayat 18)
12. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang, "( Thaahaa , ayat 30)
13. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya). "(Qaaf , ayat 39)
14. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa laki-laki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka."(HR Bukhairi dan Muslim).
15. Rasullullah SAW bersabda:
"Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala, sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hambaKu semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang.(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a )
16. Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya:
“Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ketempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan Baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang Subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran”. *(Al-Bukhari dan Muslim)
*Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.
17. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)
18. Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
19. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”(Hadis riwayat Muslim)
20. Rasulullah SAW bersabda sebagaimana disebutkan:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”(Hadis riwayat Imam At-Termizi)
21. Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”(Hadis riwayat Muslim).
22. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”(Hadis riwayat Bukhari).
23. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud dari riwayat Bukhari dan Muslim :
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
24. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

No comments:
Post a Comment