Monday 9 April 2012

SUDUT PERUSAHAAN TANI

Ternakan ayam kampung

Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban. 
ayam-kampung-reban.jpg
ternakan ayam kampung dalam reban terbuka
Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

reban terbuka bagi ternakan ayam kampung
contoh reban terbuka bagi ternakan ayam kampung



Potensi Penternakan Ayam Kampung Ori


Penternakan ayam kampung ori secara serius sejak lebih setahun yang lalu mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Pada mulanya aku cuma ada 10 ekor induk yang aku beli pada umur sebulan lebih dari orang kampung aku…induk yang 10 ekor tu aku biarkan bertelur, mengeram dan membesarkan anak dengan sendiri.
Beberapa bulan lepas tu pulak, aku beli tambah lagi 10 ekor induk dari jiran rumah sewa aku, waktu tu aku menyewa rumah di Alor Setar.
Beberapa bulan yang lalu pulak, aku beli tambah lagi 20 ekor ayam betina jenis sabung. Sekarang aku ada lebih kurang 40 ekor induk.
Sekarang, telur-telur ayam tu dikutip tiap-tiap hari, dikumpul dan di masukkan ke dalam inkubator pada hari ke-5. Tunggu 21 hari, insyaALLAH menetas.
Sejak aku iklankan pasal anak ayam ni, memang ramai yang dok booking sampai ratus-ratus hingga ribu-ribu ekor sampai aku pun tak mampu nak supply anak-anak ayam tu kat depa.

Memang ayam kampung ori ni ada pasaran setiap masa sebab orang nak makan hari-hari. Hari-hari mau makan.
Untuk mencapai target dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin hangat, aku nak stop dulu penjualan anak ayam kampung ori ni sebab semua anak ayam yang dok ada ni aku nak bela sampai besar untuk buat induk. Bila induk dah banyak, dah beratus-ratus, baru boleh bertelur banyak, maka penetasan pun banyak. Bila dah banyak, aku akan supply semula anak-anak ayam ni kepada penternak-penternak yang berminat.

InsyaALLAH, mungkin hujung tahun ni, aku boleh supply hingga ribu-ribu ekor pada satu-satu masa.


USAHAWAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG BERJAYA


Semalam 27hb Mac, Sabtu satu hari yang cukup baik, memuaskan dengan cuaca yang memang baik serta pemandangan di sekeliling yang cukup menakjubkan - ceria dan segar tanpa kelam-kabut. Saya telah membuat temujanji dengan seorang penternak ayam kampung melalui seorang teman yang juga seorang pengguna inkubator keluaran Niche, iaitu En Tarmizi. Sebelum terlupa, En. Tarmizi juga adalah seorang penternak ayam kampung yang juga beroperasi di sekitar Bandar Kuantan. Boleh tahan juga keluasan tanah kepunyaan En. Tarmizi.

(Berbaju oren ialah En Azlan dan berbaju biru adalah En Tarmizi) Penternak yang saya lawati tersebut ialah En. Azlan. Seorang yang bersahaja dan memang senang untuk diajak berbual. Apa sahaja. Bijak orangnya bertutur kata, boleh disesuaikan dengan pelbagai topic. Sejak awal perkenalan melalui telefon lagi beliau memang suka bersembang. Tapi sembang beliau sembang berisi. Beliau zahirkan kata-kata beliau dengan keujudan perniagaan beliau yang tak pernah lagi saya temui sebelum daripada ini. Penampilan Azlan memang berbeza dengan apa yang saya boleh bayangkan walaupun saya diberitahu beliau adalah seorang pengurus ladang milik PKNP, anak syariakt milik kerajaaan Negeri Pahang. Satu syarikat yang memang diujudkan khusus untuk penternakan ayam Pedanging untuk KFC Malaysia.

Beliau bijak menguruskan masa beliau. Walaupun beliau merupakan pekerja sepenuh masa dengan anak syarikat milik PKNP itu, tetapi beliau juga mampu menjalankan urusaniga penternakan ayam kampung ori secara besar-besaran, berskala komersial. Bukan calang-calang. Beliau kini telah memiliki 3 reban ayam kampung yang berkapsiti 5,000 ekor setiap satu reban. Konsep penternakan ayam beliau ialah sistem kurung sama seperti penternakan ayam pedaging. Namun yang amat menghairankan tetapi sesuatu yang menakjubkan juga ialah berkaitan dengan kebersihan reban ternakan beliau. Ternyata amat berbeda dengan kebanyakan reban-reban yang saya pernah lawati.

Persekitaran di dalam reban itu adalah amat bersih dan kering tanpa bau, di sepanjang masa. Anak-anak ayam hidup dalam situasi yang begitu segar sekali. Beliau memang cekap tetapi saya merasakan disebabkan kerana berliau bersifat amanah dalam melaksanakan tanggung-jawab tanpa sedikit pun rasa leka terhadap tugas beliau sebagai perkerja disebuah organisasi. Maka, kata beliau, setelah berunding ditambah pula memang hasrat PKNP untuk memajukan penternak bumiputra, maka beliau telah berjaya diberikan tapak kosong seluas lebih kurang 5 ekar kesemuanya secara percuma untuk tujuan penternakan (bukan milik kekal beliau). Lokasinya tidak jauh dari Ladang Milik PKNP yang berkapasiti 26,000 ekor ternakan ayam pedanging untuk setiap reban. Untuk rekod, sekarang ini anak syarikat PKNP ini telah mempunyai 10 reban "Close System" yang dapat menampung keluaran ayam daging untuk KFC sebanyak 260,000 sebulan. Malah PKNP akan menambah bilagan reban terbukanya dalam masa yang terdekat dan En Azlan adalah key-player dalam melaksanakan tugasan pengurus ladang milik PKNP.

(Di sebelah ialah reban ayam pedanging untuk KFC milik Anak Syarikat PKNP) Berbalik kepada cerita En Azlan. Dia sendiri tidak pernah memberikan saya apa-apa "name card" kepunyaan perniagaan beliau sendiri, melainkan yang diberikan adalah kad namanya sebagai pekerja di organisasi milik PKNP. Tetapi beliau sempat menceritakan kaedah bagaimana beliau boleh mencapai ketahap yang beliau ada sekarang. Di samping menggajikan pekerja sepenuh masa seramai 2 orang dengan disediakan rumah "kongsi", beliau mempunyai pandangan dan konsep perkongsian keuntungan dengan beberapa rakan perniagaan beliau. Cekap sungguh beliau dan memang praktikal kaedah yang beliau perkenalkan. Sesiapa yang nak tahu bolehlah bertemu beliau untuk khidmat nasihat percuma.

Kalau tak silap saya, kos untuk pembinaan reban tetap berstukturkan "mild-steel" yang berkeluasan 60 kaki x 100 kaki berjumlah RM20,000 (anggaran) termasuk bumbung dan pukat. Beliau menjangkakan sekiranya beliau dapat membuat 20 pusingan ianya sudah amat memadai kerana setiap pusingan hanya memerlukan sehingga 48 hari sahaja tempohnya. Kebiasaannya ialah 45 hari. Cukup singkat. Dalam sebulan, beliau dapat membuat  sekurang-kurangnya 6 - 7 pusingan. Cukup senang penjagaan yang beliau lakukan, semuanya hampir automatik sepenuhnya dengan air minuman yang mengandungi "EM" buatan sendiri yang memang betul-betul bagus dalam menghindarkan dan pencegahan bau & penyakit. Tidak nampak langsung najis tinja ayam di dalam reban. Kering sekali. Cuma sedikit rintangan yang beliau hadapi ialah berkaitan dengan kepayahan untuk mendapatkan bekalan air bersih. Tiada bekalan air paip yang standard.

Dari segi pemasaran, sehingga sekarang beliau tidak nampak apa-apa rintangan untuk memasarkan ternakan keluaran beliau. Malah beliau masih berupaya mendidik beberapa kenalan beliau di kawasan yang berlaianan termasuk membuat pemasaran sekali. Jelas dari apa yang beliau maksudkan ialah, beliau menghendakan kawan-kawan beliau juga bijak menguruskan aspek pemasaran sendiri dan belajar untuk mengurangkan kebergantungan kepada beliau semata-mata.

Cuma apa yang menjadi sedikit masalah kepada beliau ialah untuk mendapatkan bekalan anak-anak ayam kampung yang berkualiti dan harga yang terbaik. Untuk pembelaan sekarang ini, bekalan adalah diambil dari Negeri kedah termasuk untuk tempahan kawan-kawan beliau. Maka dengan yang demikian beliau berhasrat untuk melakukan penetasan sendiri dalam waktu yang terdekat ini menggunakan induk-induk keluaran beliau sendiri.

Semoga En Azlan menjadi penternak yang berjaya dalam bidang penternakan ayam kampung ori ini dan saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi peluang untuk saya mempelajari sesuatu yang baru dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Semoga juga hasrat beliau untuk menambah beberapa reban lagi akan menjadi kenyataan suatu hari nanti 






Pedoman Praktis Beternak Ayam Kampung Pedaging

Mengubah sistem beternak ayam kampung dari sistem ekstensif ke sistem semi intensif atau intensif memang tidak mudah, apalagi cara beternak sistem tradisional (ekstensif) sudah mendarah daging di masyarakat kita. Akan tetapi kalau dilihat nilai kemanfaatan dan hasil yang dicapai tentu akan menjadi faktor pendorong tersendiri untuk mencoba beternak dengan sistem intensif. Untuk mendapatkan hasil yang optimal dalam usaha beternak ayam kampung, maka perlu kiranya memperhatikan beberapa hal berikut :

1. Bibit

Bibit mempunyai kontribusi sebesar 30% dalam keberhasilan suatu usaha peternakan. Bibit ayam kampung (DOC) dapat diperoleh dengan cara : dengan membeli DOC ayam kampung langsung dari pembibit, membeli telur tetas dan menetaskannya sendiri, atau membeli indukan untuk menghasilkan telur tetas kemudian ditetaskan sendiri baik secara alami atau dengan bantuan mesin penetas. Kami tidak akan menguraikan sisi negatip dan positif cara mendapatkan DOC ayam kampung karena akan memerlukan halaman yang panjang nantinya. Secara singkat DOC ayam kampung yang sehat dan baik mempunyai kriteria sebagai berikut : dapat berdiri tegap, sehat dan tidak cacat, mata bersinar, pusar terserap sempurna, bulu bersih dan mengkilap, tanggal menetas tidak lebih lambat atau cepat.

2. Pakan

Kita ketahui bersama bahwa pakan mempunyai kontribusi sebesar 30% dalam keberhasilan suatu usaha. Pakan untuk ayam kampung pedaging sebenarnya sangat fleksibel dan tidak serumit kalau kita beternak ayam pedaging, petelur atau puyuh sekalipun. Bahan pakan yang bisa diberikan antara lain : konsentrat, dedak, jagung, pakan alternatif seperti sisa dapur/warung, roti BS, mie instant remuk, bihun BS, dan lain sebagainya. Yang terpenting dalam menyusun atau memberikan ransum adalah kita tetap memperhatikan kebutuhan nutrisi ayam kampung yaitu protein kasar (PK) sebesar 12% dan energi metabolis (EM) sebesar 2500 Kkal/kg.

Jumlah pakan yang diberikan sesuai tingkatan umur adalah sebagai berikut :

* 7 gram/per hari sampai umur 1 minggu
* 19 gram/per hari sampai umur 2 minggu
* 34 gram/per hari sampai umur 3 minggu
* 47 gram/per hari sampai umur 4 minggu
* 58 gram/per hari sampai umur 5 minggu
* 66 gram/per hari sampai umur 6 minggu
* 72 gram/per hari sampai umur 7 minggu
* 74 gram/per hari sampai umur 8 minggu

Sedangkan air diberikan secara ad libitum (tak terbatas) dan pada tahap-tahap awal pemeliharaan perlu dicampur dengan vitamin+antibiotika.

3. Perkandangan

Syarat kandang yang baik : jarak kandang dengan permukiman minimal 5 m, tidak lembab, sinar matahari pagi dapat masuk dan sirkulasi udara cukup baik. Sebaiknya memilih lokasi yang agak rindang dan terhalangi oleh bangunan atau tembok lain agar angin tidak berhembus langsung ke dalam kandang.

Penyucihamaan kandang dan peralatannya dilakukan secara teratur sebagai usaha biosecurity dengan menggunakan desinfektan yang tepat dan tidak membahayakan bagi ternak itu sendiri. Banyak pilihan jenis desinfektan yang ditawarkan oleh berbagai produsen pembuatan obat.

Ukuran kandang : tidak ada ukuran standar kandang yang ideal, akan tetapi ada anjuran sebaiknya lebar kandang antara 4-8 m dan panjang kandang tidak lebih dari 70 m. Yang perlu mendapat perhatian adalah daya tampung atau kapasitas kandang. Tiap meter persegi sebaiknya diisi antara 45-55 ekor DOC ayam kampung sampai umur 2 minggu, kemudian jumlahnya dikurangi sesuai dengan bertambahnya umur ayam.

Bentuk kandang yang dianjurkan adalah bentuk postal dengan lantai yang dilapisi litter yang terdiri dari campuran sekam, serbuk gergaji dan kapur setebal ± 15 cm. Model atap monitor yang terdiri dari dua sisi dengan bagian puncaknya ada lubang sebagai ventilasi dan bahan atap menggunakan genteng atau asbes.

Pemeliharaan ayam kampung di bagi dalam dua fase yaitu fase starter (umur 1-4 minggu) dan fase finisher (umur 5-8 minggu). Pada fase starter biasanya digunakan kandang bok (dengan pemanas) bisa bok khusus atau juga kandang postal yang diberi pagar. Suhu dalam kandang bok biasanya berkisar antara 30-32°C. Pada fase finisher digunakan kandang ren atau postal seperti model pemeliharaan ayam broiler.

4. Manajemen Pemeliharaan

Manajemen atau tatalaksana pemeliharaan memegang peranan tertinggi dalam keberhasilan suatu usaha peternakan yaitu sekitar 40%. Bibit berkualitas serta pakan yang berkualitas belum tentu memberikan jaminan keberhasilan suatu usaha apabila manajemen pemeliharaan yang diterapkan tidak tepat. Sistem pemeliharaan pada ayam kampung bisa dilakukan dengan 3 cara yaitu :

* Ekstensif /tradisional (diumbar), tanpa ada kontrol pakan dan kesehatan
* Semi intensif (disediakan kandang dengan halaman berpagar), ada kontrol pakan dan kesehatan ternak akan tetapi tidak ketat
* Intensif (dikandangkan seperti ayam ras), ada kontrol pakan dan kesehatan dengan ketat

Model pemeliharaan ayam kampung secara intensif lebih disarankan dari yang lainnya terutama dalam hal kontrol penyakit. Sebenarnya masih banyak lagi manfaat dari cara beternak secara intensif, akan tetapi kami tidak dapat menguraikannya di sini.

5. Pengendalian Penyakit

Hal yang tak kalah pentingnya adalah pengendalian penyakit. Kita semua akan setuju dengan statement “mencegah lebih baik daripada mengobati”. Pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan tindakan antara lain :

1. Menjaga sanitasi lingkungan kandang, peralatan kandang dan manusianya
2. Pemberian pakan yang fresh dan sesuai kebutuhan ternak
3. Melakukan vaksinasi secara teratur
4. Pemilihan lokasi peternakan di daerah yang bebas penyakit
5. Manajemen pemeliharaan yang baik
6. Kontrol terhadap binatang lain

Berikut kami uraikan sedikit beberapa jenis penyakit yang kerap menyerang ayam kampung :

a. Tetelo (ND)
Penyebab : paramyxivirus
Gejala : ngorok dan batuk-batuk, gemetaran, kepala berputar-putar, kelumpuhan pada kaki dan sayap, kotoran berwarna putih kehijauan.
Pencegahan : vaksinasi secara teratur, sanitasi kandang, terhadap ayam yang terkena ND maka harus dibakar.
Pengobatan : belum ada

b. Gumboro (gumboro disease)
Penyebab : virus
Gejala : ayam tiba-tiba sakit dan gemetar serta bulu-bulunya berdiri, sangat lesu, lemah dan malas bergerak, diare putih di sekitar anus.
Pencegahan : vaksinasi teratur dan menjaga sanitasi kandang
Pengobatan : belum ada

c. Penyakit cacing ayam (worm disease)
Penyebab : Cacing
Gejala : pertumbuhan terhambat, kurang aktif, bulu kelihatan kusam.
Pencegahan : pemberian obat cacing secara berkala, sanitasi kandang yang baik, penggantian litter kandang secara berkala, dan mencegah serangga yang dapat menjadi induk semang perantara.
Pengobatan : pemberian obat cacing seperti pipedon-x liquid, sulfaquinoxalin, sulfamezatin, sulfamerazin, piperazin dan lain sebagainya

d. Berak kapur (Pullorum)
Penyebab : Bakteri Salmonella pullorum
Gejala : anak ayam bergerombol di bawah pemanas, kepala menunduk, kotoran melekat pada bulu-bulu disekitar anus
Pencegahan : mengusahakan induk terbebas dari penyakit ini, fumigasi yang tepat pada mesin penetas dan kandang
Pengobatan : noxal, quinoxalin 4, coxalin, neo terramycyn atau lainnya

e. Berak darah (Coccidiosis)
Penyebab : protozoa Eimeria sp.
Gejala : anak ayam terlihat sangat lesu, sayap terkulai, kotoran encer yang warnanya coklat campur darah, bulu-bulu disekitar anus kotor, ayam bergerombol di tepi atau sudut kandang.
Pencegahan : mengusahakan sanitasi yang baik dan sirkulasi udara yang baik pula atau bisa juga dengan pemberian coccidiostat pada makanan sesuai takaran
Pengobatan : noxal, sulfaquinoksalin, diklazuril atau lainnya

6. Pasca Panen dan Pemasaran

Pemasaran ayam kampung pada dasarnya mudah karena disamping jumlah permintaan yang tinggi, harga ayam kampung masih tergolong tinggi dan stabil, sedang produksi masih terbatas. Ayam kampung dapat dijual dalam bentuk hidup atau sudah dipotong (karkas). Rumah tangga, pengepul ayam, pasar tradisional, warung, supermarket sampai hotel berbintang membutuhkan pasokan ayam kampung ini. Harga ayam kampung hidup berkisar antara Rp 19.000 - Rp 22.000/ekor di tingkat peternak.

7. Pengelolaan Produksi

Sebagai seorang peternak yang profesional maka perlu untuk menjaga agar produksi yang kita lakukan dapat memenuhi standar kualitas dan kontinuitas produk. Maka diperlukan pengelolaan atau pengaturan produksi agar usaha kita dapat berproduksi secara kontinyu. Untuk kekontinuitasan usaha perlu pengaturan dan penjadwalan secara teratur kapan DOC masuk dan kapan ayam di panen, karena hal itu lebih disukai oleh pengepul atau mitra kerja kita daripada hanya sekali panen dalam jumlah banyak. Tapi perlu diingat juga bahwa pengelolaan produksi sangat terkait dengan modal, ketersediaan kandang, jumlah ketersediaan DOC, dan jumlah permintaan ayam siap panen.

Mudah-mudahan uraian di atas dapat menambah pengetahuan kita dalam hal beternak dan menjadikan cara beternak kita lebih baik. Saran dan kritik selalu kami nantikan untuk kemajuan kita bersama. Semoga kesuksesan selalu menyertai kita bersama. Aamiin… [source]

Usaha Sampingan Halal





Pedoman Singkat Beternak Bebek

Bebek mudah di ternakkan dan dipelihara. Banyak sekali sumber daya yang bisa kita ambil dari bebek ini, ada telurnya, dagingnya bahkan kotorannya bisa di jadikan pupuk. Penggemar daging dan telur bebek sekarang semakin banyak, karena rasa dari dagingnya yang sangat lezat. Telurnya pun bisa dibikin telur asin yang tak kalah lezat dengan dagingnya. Kebutuhan akan ketersediaan daging dan telur bebek ini sangatlah tinggi, nah inilah kesempatan Anda karena bisnis ini masih sangat potensial untuk dijalankan.

Umumnya usaha peternakan bebek ditujukan untuk bebek petelur. Namun peluang bebek pedaging juga bisa diambil dari bebek jantan atau bebek betina yang sudah lewat masa produksinya. Selain itu bisa juga pebisnis mengambil bagian pembibitan ternak bebek sebagai fokus usaha.

Namun sebelum seorang peternak memulai usahanya, harus menyiapkan diri dengan pemahaman tentang perkandangan, bibit unggul, pakan ternak, pengelolaan dan pemasaran hasil. Misalnya bagaimana pemeliharaan anak bebek (5-8 minggu), pemeliharaan bebek Dara (umur 8-20 minggu ke atas) dan pemeliharaan bebek petelur (umur 20 minggu ke atas).

Masa produksi telur yang ideal adalah selama 1 tahun. Produksi telur rata-rata bebek lokal berkisar antara 200-300 butir per tahun dengan berat rata-rata 70 gram. Bahkan, bebek alabio memiliki produktivitas tinggi di atas 250 butir per tahun dengan masa produksi telur hingga 68 minggu.

Pemeliharaannya tidak membutuhkan waktu yang lama, dimana hasil sudah bisa dipetik dalam waktu 2-3 bulan. Hal tersebut disebabkan karena pertumbuhan dan perkembangan tubuhnya relatif lebih baik daripada bebek betina. Berat badan sampai saat dipotong tidak kurang dari 1,5 kg. Dengan memanfaatkan bebek jantan, dalam waktu yang relatif singkat sudah dapat dicapai berat yang lebih dibutuhkan. Pemotongan pada umur yang relatif muda, menghasilkan daging yang lebih empuk, lebih gurih dan nilai gizinya lebih tinggi.

* Bebek Siap Telur = Rp 39.000,- S/d Rp 42.000,-
* DOD Betina = Rp 3700,-
* DOD Jantan = Rp 3200-
* Bebek Potong 1,2 kg s/d 1,3 kg = Rp 19.500,-
* Telur Tetas = Rp 1250,-
* Telur Konsumsi = Rp. 900,-

Usaha peternakan itik di Indonesia telah lama dikenal masyarakat. Agar usaha ini dapat memberikan keuntungan yang optimal bagi pemiliknya maka perlu diperhatikan beberapa hal yang menyangkut Manajemen pemeliharaan ternak itik, antara lain :

1. Seleksi Bibit

Bibit itik di Indonesia dibagi dalam dua kelompok yaitu :

a. Itik Lokal

1). Itik Tegal (Tegal).

* Ciri-ciri : warna bulu putih polos sampai cokelat hitam, warna paruh dan kaki kuning atau hitam.

2). Itik Mojosari (Mojosari Jawa Timur).

* Ciri-ciri : warna bulu cokelat muda sampai cokelat tua, warna paruh hitam dan kaki berwarna hitam.

3). Itik Alabio (Amuntai Kalimantan Selatan).

* Ciri-ciri : badan lebih besar dibandingkan dengan itik Tegal.

4). Itik Asahan dikembangkan di Tanjung Balai, Sumatera Utara.

b. Itik Persilangan

2. Pakan

a. Jenis Pakan : jagung, dedak padi, bungkil kedelai, bungkil kelapa, dll.

b. Pemberian Pakan :

* Umur 1 – 2 minggu 60 gr/ekor/hari.
* Umur 3 – 4 minggu 80 gr/ekor/hari.
* Umur 5 – 9 minggu 100 gr/ekor/hari.
* Umur 10 minggu 150-180gr/ekor/hari.

3. Perkandangan

a. Lokasi Kandang

* Jauh dari keramaian.
* Ada atau dekat dengan sumber air.
* Tidak terlalu dekat dengan rumah.
* Mudah dalam pengawasan.

b. Bahan kandang bisa terbuat dari kerangka kayu atau bambu, atap genteng dan lantainya pasir atau kapur.

c. Daya tampung untuk 100 ekor itik :

* Umur 1 hari – 2 minggu 1 -2 m.
* Umur 1 – 2 minggu 2 – 4 m.
* Umur 2 – 4 minggu 4 – 6 m.
* Umur 4 – 6 minggu 6 – 8 m.
* Umur 6 – 8 minggu 8 – 10 m.

Itik dara sampai umur 6 bulan 5 – 10 ekor/m.

4. Tatalaksana Pemeliharaan

a. Secara ekstensif yaitu pemeliharaan yang berpindah-pindah.

b. Secara intensif yaitu secara terus-menerus dikandangkan seperti ayam ras.

c. Secara semi intensif yaitu dipelihara di kandang yanga ada halaman berpagar.

Perbandingan jantan dan betina (sex ratio) adalah 1 : 10 dan dipilih ternak itik yang berproduksi tinggi.

5. Kesehatan

a. Penyakit Berak Kapur.

Penyebab : Bakteri Salmonella Pullorum. Tanda-tanda : Berak putih, lengket seperti pasta.

Pencegahan: Kebersihan kandang, makanan, minuman, vaksinasi, dan itik yang sakit dipisahkan.

b. Penyakit Cacing.

Penyebab : Berbagai jenis cacing.

Tanda-tanda : Nafsu makan kurang, kadang-kadang mencret, bulu kusam, kurus, dan produksi telur menurun. Pencegahan: Kandang harus bersih, kering tidak lembab, makanan dan minuman harus bersih dan sanitasi kandang.

c. Lumpuh.

Penyebab : Kekurangan vitamin B.

Tanda-tanda : Kaki bengkak dibagian persendian, jalan pincang dan lumpuh, kelihatan ngantuk, kadang-kadang keluar air mata berlebihan.

Pencegahan : Pemberian sayuran / hijauan dalam bentuk segar setiap hari.

6. Pasca Panen

a. Telur itik dapat diolah menjadi telur asin, telur pindang, dll.

b. Bebek dapat diolah menjadi bebek panggang dll

c. Bulu dapat diolah menjadi kerajinan tangan

d. Tinja/kotoran itik dapat menjadi pupuk.




Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli

Salam semua,

Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum ini.. Ianya berkenaaan permakanan ayam dari jenis ayam yang berbeza baka dan apa yang menyebabkan kerugian kepada penternak itu sendiri.

Mengikut pengalaman teman sendiri, rata 2 penternak kecilan yang menternak ayam kampung kacuk suka memberikan ternakan mereka makan dari bahan2 yang kurang tepat bagi mengurangkan kos makanan ternakan mereka. Mereka juga beranggapan yang ternakan ayam kampung asli dengan ayam kampung kacuk adalah sama dan mempunyai kadar pengambilan makanan yang sama. Teman ada beberapa hujah yang nak dikongsi bersama.. Kalau ada yang tak bersetuju teman tak kisah sebab buah fikiran tiada yang salah kerana ianya kalau dibincangkan dengan mendalam akan menjadi satu ilmu atau pedoman yang berguna kelak.

1. Ayam kampug kacuk adalah kacukan ayam kampung biasa dengan baka ayam kampung yang lebih besar saiznya ( keyword dia adalah "lebih besar" bukan lebih cepat membesar). oleh itu kalau dibandingkan kedua2 jenis ayam ini side by side pasa usia yang sama kita akan dapat perbezaan yang sangat ketara dari segi berat dan saiz terutama apabila ayam mula memasuki umur 2 bulan dan keatas.

2. Penternak ayam kampung kacuk selalunya mensasarkan ternakan ayam ini patut dijual pasa usia 90 hari atau ketika ayam ini berusia 3 bulan. Berat sasaran adalah ternakan boleh mencecah berat lebih dari 1.5 kg pada masa jualan. Untuk mencecah berat dan tempoh masa yang dianggarkan, penternak perlu memberi makanan yang secukupnya dari segi kuantiti dan kandungan zatnya. Kesilapan yang sering kita lakukan adalah menganggap bila ayam tersebut telah besar atau melebihi berat 1 kilo maka makanan biasa atau makanan dari olahan sendiri yang kurang nutrisi serta zatnya boleh kerana ayam tersebut telah besar. Padahal ayam tersebut masih lagi berada dalam tahap pembesaran anak ayam yang sangat memerlukan makanan tinggi protein dan sebagainya.

3. Berat ayam mengikut usia ( anggaran- mungkin berubah mengikut baka yang anda gunakan dan diambil semasa teman menternak dahulu)

 -Usia satu bulan:
Kacuk : 350-500g
Asli : 100-150g

 -Usia 2 bulan:
Kacuk: 700-900g
Asli: 200-300g

 -Usia 3 bulan:
Kacuk: 1000-1200g
Asli: 400-500g

-Usia 4 bulan:
Kacuk: 1500-1700g ( kebanyakan ayam dijual pada usia ini )
Asli: 600-700g

-Usia 5 bulan:
Kacuk : 2000-2200g
Asli : 900-1000g

-Usia 6 bulan:
Kacuk : 2500-2700g ( mungkin berbeza ikut jantina) Berat matang bagi seekor ayam
Asli: 1200-1500g

-Usia 7 Bulan:
kacuk : 2.8kg-3.0kg ++
Asli: Perubahan yang sedikit berlaku selepas matang

Apa yang kita dapat lihat dari data diatas adalah ayam kampung kacuk juga memerlukan usia sehingga 6 bulan sebelum mencapai kadar matang iaitu mula menunjukkan keboleh untuk reproduksi iaitu mengeluarkan telur dan mengeluarkan benih untuk pejantan. Ini bermaksud bukannya ayam kacuk ini cepat besar tetapi beratnya pada usia 3 bulan sudah hampir dengan berat matang bagi seekor ayam kampung asli. Mungkin dari sinilah kita beranggapan yang ayam kacuk pada usia ini sudah besar( iaitu hanya 3 bulan) dan kita sudah boleh memberi makan seperti ayam dewasa.

Namun pada hakikatnya ayam ini masih diperingkat membesar dan perhatian yang sama patut diberikan seperti anak ayam kampug asli yang berusia 3 bulan.

4. Kita mula melepaskan ayam kacuk untuk mencari makan sendiri atau kita memberi makan makanan ayam dewasa sejak dari ayam ini berusia 2 bulan lagi. Tetapi untuk ayam asli kita pula masih mengurungnya sbb susuk badan masih kecik dan kita beri makan yang secukupnya. Tindakan inilah yang membuatkan penternak kacuk mendapati ayam yang sepatutnya boleh dijual pada usia 3 bulan tidak dapat dijual dan kos permakanan dan operasi menjadi lebih meningkat. 




Peringkat pembesaran anak ayam,




Salam,

Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perolehi didalm kelas teman, Bagi mereka yang betul2 baru dalam penternakan ayam kampung, perlu anda mempelajari ternakan seperti ini. Kalau dulu teman tiada langsung peluang untuk belajar tentang tenakan ayam ini, kini teman pula menjalankan tugas kepada mereka yang memerlukannya dengan kelas teman. Perlu diingatkan yang teman adakah adalah kelas dan bukannya khursus, Ini kerana ianya hanya dilakukan didalam rumah teman sendiri dan pembelajarannya terus direban. Kalau anda inginkannya seperti khursus, mungkin suatu hari nanti teman akan melakukannya dengan tempoh mungkin 2 hari dan dilakukan disatu kawsan yang lebih baik dan sesuai.

Sekiranya anda ingin menternak anak ayam dari usia seawal baru menetas, a
nda perlu tahu yang tugasan anda adalah menjadi ibu gandi kepada anak ayam tadi sehingga anak ayam itu mampu untuk berdikari sendiri. Oleh itu, anda perlu tahu apakah tugas bagi seekor ibu ayam terhadap anaknya. Kalau anda dapat memahaminya, Insyallah dengan izin tuhan kita dapat memastikan anak ayam kita terus membesar dengan baik.

Secara amnya ayam yang selain dari ayam pedaging, membesar sehingga mencapai usia matang. Ini bermakna ayam tersebut akan berubah dari keseluruhan stuktur biologi dan fizikalnya dari anak ayam sehingga ke ayam dewasa.Perubahan ini mungkin ada sedikit perbezaaan dari segi tempoh masa mengikut jenis ternakan yang anda ternak. Bagi ayam kampung asli biasa tempoh matang bagi seekor betina adalah 6 bulan dan bagi seekor ayam jantan antara 8-12 bulan. Ciri kematangan seekor jantan dapat dilihat dengan jelas apabila mencapai peringkat matang.

Bagi mereka yang menternak untuk jualan daging, terdapat banyak lagi faktor yang diambil kira sebelum menjual ayam tersebut. Ini kerana untuk jualan daging, jumlah berat sesuai untuk jualan adalah perkara pokok yang dipertengahkan berbanding usia ayam tersebut. Namun untuk ayam kampung asli khasnya, bukan berat yang diambil kira tetapi kematangan ayam tersebut. Ciri2 ayam kampung yang telah matang mempunyai keistimewaan sendiri dari segi rase dan tekstur dagingnya. Ini yang digilai pengemar ayam kampung asli ini. Oleh itu sekiranya anda seorang penternak yang sangat mementikan penjualan mengikut jadual dan jumlah berat, maka anda boleh menternak ayam kampung hibrid atau kacuk. Jika anda lebih kepada jualan ayam yang lebih istimewa dan mementingkan rase dan kualiti, pililah ayam kampung asli.

Dari perkiraan tadilah anda perlu tahu peringkat pembesaran ayam ini. Untuk ternakan kacuk, ayam tersebut hanya sempat menjalani peringkat kedua dalam hidupnya dek kerana tempoh penternakan yang pendek. Oleh itu anda hanya perlu tahu atau pelajari sehingga peringkat kedua sahaja dalam pembesaran anak ayam ini. Namun untuk yang asli, anda perlu mempelajar ke3-3 step yang ada untuk memastikan ayam sihat sentiasa.

3 peringkat tersebut adalah diperingkat anak ayam, peringkat ayam remaja, dan ayam matang. Biasanya dalam ternakan ayam asli, setiap peringkat mengambil masa 2 bulan setiap satu. Ini bermakna untuk peringkat anak ayam, biasanya anak ayam akan digelar begitu sehingga mencapai usia 2 bulan. Oleh itu kalau anda menjual ayam kacuk yang dibaah usia 2 bulan, ianya bermakna anda menjual ayam diperingkat anak ayam, Dari sinilah kita akan perasan yang daging ayam ini sedikit tawar serta masih lembut disebabkan usianya yang masih dianak ayam.

Kemudia diperingkat remaja pula ayam aan berada dalam fasa berpisah dengan ibunya sekiranya ayam ini diternak dengan cara tabie dan mula berdikarai untuk membesar. Peringkat ini juga agak kritikal bagi penternakan tabie kerana anak ayam terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Jika anda perhatikan, anak ayam yg baru melalngkah kealam remaja, biasanya mudah terdedah kepada penyakit dan mati akibat kekurangan upaya untuk menyesuikan diri hidup berasingan dengan ibunya. Setelah ayam remaja ini berjaya mengharungi usia 2 bulan keduanya, ayam ini akan melangkah keperingkat kematangan. Pada ketika ini semua perbuatan simatang akan ditirunya seperti muk belajar berkokok, mula belajar "mengorat" dan sebagainya. Dengan cara ini ayam remaja dapat mempersiapkan diri untuk menjadi ayam matang.

Pemakanan adlaah perkara yang penting untuk diketahui jenisnya dalam menternak ayam mengikut peringkat pembesarannya. Secara ammya, anak ayam peringkat pertama memerlukan jumlah protien yang tinggi dan berkurangan dalam semua peringkat pembesarannya. Ini kerana ketika ini anak ayam perlu membina tubuh badannya dan membantu membesarkan mengikut usia. Oleh itu pemakanan sesuai seperti mempunyai diet yang tepat perlu. Jika kita tarus memberi mekanan berprotien tinggi tanpa makanan tambahan lain dalam pembesaran anak ayam, biasanya anak ayam akan mengalama beberapa sindrom pembesaran tak seimbang dan sebagainya.

Jika soalan mengenai mengapa ayam kacuk ini sangat kuat makan dedak dan kurang menerima makanan lain selain dedak, kaapannya sangat senang. Ayam yang anda ternak itu sebenarnya masih berada dalam peringkat anak ayam iaitu 2 bulan pertama. oleh itu anak ayam sentiasa berada dalam keadaan "lapar" untuk makanan yang tinggi protien. Kalau anda memberi makanan tambahan seperti duanan serta ubi atau sayuran lebih, pastinya anak ayam akan menolak sbb makanan tersebut rendah kansungan protiennya. Anak ayam yang kita kata kuat mengketedarah tu sebenarnya bukanya pelahap seperti yang anda sangka. Ini kerana saiznya yang berkali ganda dengan ayam kampung asli menyebabkan mereka mekan lebih banyak sesuai dengan berat badan mereka.

Sebagai contoh, anda ambil anak ayam asli dengan anak kacuk bersebelahan. bela serentak untuk membuat kajian. Anda akan perhatikan pada peringkat awalnya, anak ayam ini mempunyai saiz yang tak ketara perbezaaanya, iailah kedua2 masih boleh digengam dengan tangan. Kemudian anda perhatikan pemakanan dan pembezaan mereka. Caranya anda letakkan makanan secara berterusan tanpa benarkan mereka berlapar atau lebih tepat dikatakan makanan sentiasa ada. Kira jumlah makanan yang diambil dan berat ayam ini setiap bulan. Perhatikan yang ayam kacuk sangat tinggi penggunaan makanan dedaknya walaupun masih berada diusia yang sama. Anak ayam asli juga makan selahap ayam kacuk tadi tetapi disebabkan tembolok atau kantung makanna serta saiznya yang kecil, anak ayam ini hanya makan sesudu atau 2 setiap kali makan. Ini berbeza denagn ayam kacuk yang mempunyai kantung makanan yang lebih besar.

Anak ayam in iakan sentiasa bergantung kepada penggunaan dedak sehingga berusia 2 bulan samaada kacuk atau asli. Kalau anda beri makanan lain yang lebih kurang kandungan protiennya, maka anda akan perhatikan pembesaran mereka terbantut. Bagi jualan ayam kampung kacuk ianya sangat merugikan. Oleh itu nak taknak anda terpaska memberikan makanan penuh dedak sehingga berusia 2 bulan. Kalau ada orang kita yang menukarnya dengan harapan kos makanan dapat dijimatkan, saya yakin beliau tak dapat memasarkan ayam mereka dalam tempoh 2 bulan setengah seperti mana pengusaha lain. Oleh itu kesimpulnya, bukan ayam kacuk ini kuat melantak tetapi keperluan mereka terhadap makanan untuk membesar. Skala yang membezakan. Bagi kita orang asia, semestinya hanya satu hidangan sepinggan sudah cukup untuk sarapan. Tetapi berbeza bagi mat salleh yang memerlukan makanan 2 kali ganda dari itu.

Oleh itu untuk berjaya dalam penternakan ayam kacuk, anda perlu ada kekuatan kewanagn untuk emmbeli dedak untuk peringkat 2 bulan pertama. Kemudian apabila ayam anda mencapai sahaja berat 1.3-1.5 anda terus perlu menjualnya sebagai ayam untuk makan. tahap kritikal keanagn yang akan anda terima bukannya dikira mengikut minggu tetapi lebih kepada kiraan hari. Sehari anda lewat menjual, maka jumlah keuntungan anda akan berkurangan. Dari sinilah diukur kekuatan jaringan marketing anda atau sekuatmana anda sebagai peniaga. paka ketiak inilah ornag kita ramai yang tercicir. "ter"ternak ayam ini sehingga 3 bulan malah ada yang lebih dari itu. Bila tiba masa mengira keuntungan maka barulah sedar jumlah jualan RM lebih rendah dari kos yang telah dikeluarkan walaupun jumlah duit ditangan ada puluhan ribu. Jika berterusan maka teman pasti poket anda akan semakin nipis. Ingat bukan ikut kepandaian anda menjimatkan makanan yang harus diberi pujian tetapi kekuatan anda memasarkannya. itulah Keyword dalam penternakan ayam kacuk ini.

Untuk anda mempelajari lebih banyak tentang ternakan dan peringkat pembesaran ayam kampung ini, and aboleh datang kekelas teman kerana ketika dalam kelas lebih mudah teman bercerita dan berkongsi pengetahuan dengan anda. Untuk menulis, setakat mana teman mampu mengadapnya. Dan untuk makluman semua, teman tidak akan mengadakan kelas pada bulan 6 dan mungkin tak berkesempatan untuk melakukannya juga pada bulan 7 kerana dah mula bekerja sebagai sukarelawan pembanci untuk 2010. Kalau kena bertugas sehingga hujung minggu, teman tak pasti adalah teman mampu untuk mengadakan kelas lagi sehingga bulan 10. kalau tak bertugas pada hari ahad, Insyallah kelas akan diadalan pada setiap ahad pertama awal bulan baru. Itu sahaja makluman untuk anda kali ini.

p/s: teman dah cuba masukkan iklan dalam blog, hehe.. nak bagi gempak sikit blog teman nie. Dah lama kaan2 suh buat tetapi teman tak yakin kerana blog teman terlalu sederhana sehingga boleh menarik pengiklan untuk masuk, Alhamdulilah ada beberapa pengiklan yang sudi, kalau ada iklan yang menarik perhatian anda, anda boleh klik pada banner tersebut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.




Ayam Kampung

Salam Buat Semua

Sejak kebelakangan ini aku banyak berkecimpung didalam arena penjualan ayam dara. market Trading ni sebenarnya lebih baik dari menternak, tetapi ia juga mempunyai masalah tersendiri.Tetapi aku tidak bermakna yang meneternak ayam kampung tidak bagus. Kedua dua perkara ni sebenarnya ada peranan masing masing. 2 tahun lepas aku hanya tumpukan pada Penternakan, walaupun aku ada membuat pemasaran sendiri tetapi aku tidak terlalu focus kepada pasaran. Kerana kesibukan menjaga ayam. Setelah aku menutup ladang ayam yg pertama aku ada byk masa utk mencari pasaran. Sekarang pasaran yang bergitu menggalakan. Jadi kedua2 peranan sebagi penternak dan  pemasaran bergitu penting. Kalu kita buat pasaran tapi x de ayam. Mcm mana nak jual.Kalu ada ayam x de pasaran pun x boleh jual.Jadi kedua2nya penting sekali.Semasa tidak aktive dlm ternakan.Aku banyak membeli ayam dari kawan2 penternak yang aku pernah kenal. Dengan cara ini aku dpt membantu mereka. Jadi sama2 boleh membuat penjualan.Kini aku telah pun dapat tanah baru untuk aku mulakan semula aktivi penternkan yang agak lama aku tinggalkan. Kekadang tu aku rindu mendengar bunyi ayam,itik,ayam mutiara dan lain lain.Tanah ini kepunyan seorang kenalan aku yang satu ketika dulu kami sama sama membela ayam.Skg ni kami telah pun  bersepakat untuk membuat bersama2.Masa hari raya kedua anak ayam yang aku masukan sebyak 3000 ekor menhadapi masalah.Lebih separuh anak ayam mati. Nak beraya pun jadi x seronok bila memikirkannya. Setelah dikaji dan diselidik rumahnya reban anak ayam telah dilanda garuda huhhuhu...kena tempias hujan.Masa tu hujan lebat sesangat. Anak ayam yang selamat dijaga dengan rapi supaya lebih selamat.Alahmdullih x de dah yang mati lepas tu. Anak anak ayam yang sihat telah pun dibeli oleh penternak yang nak bela dari umur 2minggu. Sebenarna kita boleh berbagaikan produt yang ingin kita jual.Dengan menggunakan creativity bart u kita boleh mencapai kejayaan dan mendapat pulangan yang memuaskan. Selain kita jual ayam kepada perniaga atau pasar kita juga boleh mebina 1 down strem business yang lain. Ini boleh meperbagaikan product dan juga maximize kan profit kita. Sebagai penternak kita juga diketegorikan sebagai Usahawan. kena le kita bijak mencari peluang  
didalam bidamg in kenalan saya di Banting telah membuat sebanyak 11000 ekor.selain itu dia juga menggunakan sistem tertutup. Saya terpegun apabila mengetahui beliau hanya menggunakan wang sendiri tanpa menggunakan modal pinjaman. dari bank.Bukan x nak guna tapi mcm  biasa le, bank mana yang nak bagi pinjaman pada orang melayu.Kalu kaum cina tu diaorg cepat le nak bagilkan. Aku rasa perkara ni semua org yang didalam bidang ternakan ni dan tau bertapa susahnya nak dapat bantuan dari kerajaan.sekadar bercerita dlm website tapi semuanya hampas. Tetapi kalu kita berjaya baru le diaorg ni nak tunjuk muka.Konon nya anak didik mereka le tu. Masa aku dulu pun mcm tu le juga sehingga nak minta pertolongan diaorg dri segi nasihat pun susah. Ada pulak tu siap bagi lemah semnagat lagi.Bukannya nak memabantu malahan cuba memperlemahkan semangat kita lagi. Itu le orang dari Jabatan . Orang yang baru mula langsung x di ambil berat dan diberikan bimbingan. Kalu dah bjaya baru terageh2 nk dtg tunggu muka. Cuba kita panan ggil press datang untuk buat liputan.Baru le diaorg cepat2 datang tunjuk muka. Itu le arena kita sebagai penternak org melayu.Sentiasa dilanda masalah dan ditinggalkan sendirian mencari arah tuju.



CONTOH PELAN KANDANG KAMBING

>PANDUAN PEMBINAAN PERUMAHAN KAMBING

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

* Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.

* Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing

adalah:

* Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
* Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
* Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
* Tidak terkena angin yang kencang
* Terpelihara dari hujan dan panas
* Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
* Ruang makan dan minum mencukupi
* Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG





PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
* tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab
* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

* Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
* Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
* Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
* Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
Kandang Kambing

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.

Kandang Kambing- untuk 250 EKOR



PELAN 1



PELAN 2



PELAN 3



PELAN 4





Penetasan merupakan suatu proses mengeram yang meniru dari induk ayam dengan menggunakan mesin buatan berupa mesin selama 21 hari


A. Bahan dan alat, yang diperlukan berupa :
  1. Telur untuk tetas (mempunyai benih)
  2. Mesin tetas
  3. Alat Candling
  4. Air
  5. Desinfektan
  6. Fumigasi
  7. Egg tray
B. Tahap persiapan mesin tetas
  1. Mesin tetas seharusnya bersih dari kesan-kesan penetasan, dan apabila kotor harus dicuci dengan sabun@antiseptic dan dihapushamakan dengan desinfektan dengan cara pengelapan menggunakan kain yang lembut. Pemerksaan rapi pada alat-alat mesin tetas sebelum mesin tetas mesti dilakukan
  2. Setelah alat-alat itu bersih dan dipasang dengan baik pada tempatnya kemudian mesin tetas dihidupkan untuk memastikan fungsinya menepati spesifikasi alat-alat dalam mesin tetas.
  3. Sebaiknya mesin penetas dihidupkan sehingga ±2 hari agar suhu dan kelembapannya stabil dan konsistan.
  4.  Setelah suhu dan kelembapan mesin tetas stabil dan konsistan, seeloknya dilakukan fumigasi selama ± 15 minit. 
    PANDUAN PENGGUNA

    Halaman ini adalah khas untuk para pengguna produk INCUBATOR.  Harap para pelanggan mendapat sedikit maklumat dan panduan berguna dari halaman ini. Terima kasih.
    1.  PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN


    dscn4580.jpg
    Telur-telur yang ingin dimasukkan ke dalam incubator mestilah sempurna dari segi rupabentuk, permukaan kulit dan saiz.  Telur-telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri.  Telur paling sesuai disimpan di antara 2-7 hari sebelum dimasukkan ke dalam incubator.  Penyimpanan telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulan ke atas dan hujung runcing ke bawah. Ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.
    dscn4583.jpg
    Telur yang telah dikumpul mestilah kering dan bersih, namun begitu aktiviti membasuh telur menggunakan air adalah sangat tidak digalakkan malahan dilarang terus apabila penternak ingin menggunakan incubator sebagai medium penetasan telur.
    dscn4584.jpg
    Sebaliknya untuk membersihkan telur yang telah dikumpulkan, penternak digalakkan menggunakan span atau kain kering untuk mengesat kotoran seperti najis atau tanah yang terdapat di kulit telur.  Kaedah ini adalah selamat kepada telur dan akan menjamin kejayaan penetasan.
    dscn4585.jpg
    Kulit telur mempunyai satu lapisan nipis bahan pelindung semulajadi yang dihasilkan bagi menghalang kemasukan bacteria ke dalam telur. Lapisan ini adalah sangat nipis sehinggakan akan terhapus sekiranya dibasuh atau dibersihkan dengan bendalir. Oleh itu, elakkan membasuh telur dan sebaliknya gunakanlah kaedah alternatif yang telah diajarkan.
    dscn4593.jpg
    Bagi penternak yang sering memasukkan telur ke incubator dari pelbagai peringkat, sila tuliskan tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit telur. Elakkan mengunakan marker atau seumpamanya kerana ia mungkin racun kepada telur sebaliknya gunakanlah pensel biasa sebagai bahan menanda.  Selain tarikh, baka, no. ibu, no. bapa, no. reban dan sebagainya juga boleh ditulis ke atas kulit telur sesuai dengan rujukan para penternak.
    dscn4594.jpg
    Setelah itu masukkan telur-telur ke dalam incubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat, pastikan bulb pengesan suhu thermostat berada betul-betul di atas telur bagi membolehkan ia mengesan suhu sebenar pada permukaan kulit telur.  Perkara ini adalah sangat penting yang mana kebanyakan penternak tidak menyedarinya.
    .
    2.  PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING


    suluh1.jpeg
    .                                                                                                                  Tujuan menyuluh telur adalah bagi memeriksa keadaan emBrio / anak ayam yang ada dalam telur. Dengan cara ini, penternak dapat memastikan incubator sentiasa terlaras dengan betul dan peratus penetasan adalah tinggi.
    Berikut adalah kaedah memegang telur ketika ingin melakukan suluhan telur. Lampu suluh boleh digunakan sebagai sumber cahaya. Objektif aktiviti ini samalah seperti objektif x-ray.
    suluh3.jpeg
    Menyuluh telur mestilah dijalankan di persekitaran gelap contohnya di dalam bilik gelap jika disiang hari atau paling mudah dilakukan pada malam hari dengan memadamkan semua lampu. Ini bertujuan memastikan bayang emrio / anak ayam di dalam telur dapat dilihatj dengan jelas.
    hari1.jpeg
    HARI PERTAMA PENGERAMAN

    Telur kelihatan cerah tanpa tanda-tanda bayangan.  Ini menunjukkan telur dalam keadaan sihat dan segar.
    hari5.jpeg
    HARI KE-5 PENGERAMAN

    Bayangan embrio semakin jelas dalam bentuk jalur-jalur darah dan membesar serta akan semakin aktif bergerak. 
    hari10.jpeg
    HARI KE-10 PENGERAMAN

    Bayangan embrio telah memenuhi separuh ruangan telur, pada tahap ini, tubuh anak ayam telah mula kelihatan dan terdapat pergerakan aktif seolah embrio berenang di dalam telur.
    hari15.jpeg
    HARI KE-15 PENGERAMAN

    Bayangan embrio telah hampir memenuhi ruangan telur, pada tahap ini, tubuh anak ayam telah membesar dan kadar pergerakan semakin kurang dapat dilihat kerana tubuh anak ayam semakin menghimpit cengkerang telur.  Mungkin hanya pergerakan kakinya sahaja yang kelihatan bergetar.  Dalam masa 6 hari telur akan menetas. ( Bagi ayam tempoh pengeraman adalah 21 hari ).
    embriomati.jpeg
    Foto di sebelah menunjukkan contoh embrio yang telah mati di dalam telur.  Emrio ini baru berusia 2-5 hari dan mungkin mati akibat panas lampau atau keadaan telur yang cacat.
    3. PENJAGAAN ANAK AYAM DALAM TEMPOH 14 HARI PERTAMA

    1.       Penggredan Anak Ayam

    Aktiviti menggred anak-anak ayam dijalankan dengan mengasingkan anak-anak ayam kepada beberapa kumpulan yang telah ditetapkan.  Tujuan pengasingan ini dijalankan adalah bagi memudahkan proses pemeliharaan mengikut kualiti anak-anak ayam tersebut. Sebagai contoh, kadar tumbesaran kumpulan anak ayam Gred A adalah lebih cepat berbanding kumpulan anak ayam Gred B.  Oleh yang demikian, dengan pengasingan atau penggredan yang telah dilakukan, keseragaman tumbesaran anak ayam akan diperolehi.  Ini dengan sedikit sebanyak akan dapat meminimakan kos atau modal berulang seperti kos makanan, ubatan, upah pekerja dan bekalan air serta elektrik. 

    Di samping itu juga, ia dapat memudahkan pengurusan semasa penjualan.  Namun begitu, usaha penggredan yang bakal dijalankan perlulah mengambilkira baka yang digunakan, kerana setiap baka kacukan adalah berbeza kadar tumbesaran, daya tahan penyakit dan keperluan pemakanannya.  Secara kesimpulannya, aktiviti penggredan dapat memberikan beberapa manfaat iaitu:

                                                                  i.    Memudahkan pengurusan menternak cth: pemberian makanan, ubatan, kawalan penyakit.
                                                                 ii.      Menjimatkan kos
                                                                iii.      Menjimatkan masa
                                                                iv.      Tumbesaran ayam yang seragam

    Biasanya gred anak-anak ayam kampung dibahagikan kepada tiga iaitu Gred A, Gred B dan Gred C.  Penggredan juga dijalankan hanya kepada anak-anak ayam yang tetas pada masa yang sama dan dengan benih dari baka yang sama sahaja. 

    Berikut adalah keterangan mengenai sifat-sifat anak ayam dalam setiap gred.


    GRED
    SIFAT & KELAKUAN ANAK AYAM
    A
    Saiz badan yang seimbang, mata yang cerah/jernih, paruh yang sempurna, batang kaki yang besar/tegap/berisi, dubur yang bersih dari sisa najis, bulu yang bersinar, mempunyai selera makan yang tinggi dan tiada kecacatan fizikal lain.
    B
    Saiz badan yang seimbang tetapi lebih kecil dan ringan dari anak ayam Gred A, mata yang cerah/jernih, paruh yang sempurna, batang kaki yang kecil/kurang berisi, dubur yang bersih dari sisa najis, bulu yang bersinar, mempunyai selera makan yang tinggi dan tiada kecacatan fizikal lain
    C
    Saiz badan yang seimbang tetapi lebih kecil dan ringan dari anak ayam Gred A, paruh yang sempurna, batang kaki yang kecil/kurang berisi, dubur terdapat kesan najis, mempunyai selera makan yang rendah dan tiada kecacatan fizikal lain

     2.  Penyediaan Tempat Didikan

    Tempat didikan anak ayam boleh dihasilkan daripada kepingan plywood, kotak kertas, akuarium atau bekas plastik yang besar.  Kotak dengan ukuran 1 meter panjang x 1 meter lebar adalah sesuai menempatkan 50 ekor anak ayam yang baru tetas dari berumur 1 hari sehingga 2 minggu. Kotak atau tempat didikan anak ayam mestilah mempunyai ketinggian dinding sekurang-kurangnya 60 cm bagi menghalang kehilangan udara panas dari dalam keluar dan menghalang udara sejuk dari luar masuk ke dalam. 

    Kotak atau tempat didikan anak ayam juga perlu diletakkan di dalam kawasan tertutup tetapi mempunyai pengudaraaan yang baik seperti dalam rumah, dalam reban berbumbung dan dalam bangsal yang mana ia terhindar dari tempias air hujan dan jauh dari sinaran cahaya matahari secara langsung. Elakkan daripada menggunakan kipas terhadap anak ayam dengan tujuan memberikan pengudaraan yang baik kerana ini akan mengganggu suhu badan anak ayam dan menyebabkan selera makannya terbantut. 

    Lampu bulat 60 watt adalah sangat sesuai diletakkan di dalam tempat didikan anak ayam kerana lampu dengan kuasa ini dapat memberikan haba yang mencukupi kepada anak-anak ayam yang baru menetas.  Ini kerana anak ayam yang baru menetas tidak dapat menjaga haba yang tinggi disebabkan tubuhnya yang bersaiz kecil dan tiada lapisan bulu tebal untuk melindungi tubuhnya daripada kesejukan.  Lampu mestilah digantung supaya tidak bersentuhan dengan dinding secara terus bagi mengelakkan kebakaran. Lampu juga mesti jauh daripada sumber lembapan seperti takungan air minuman anak ayam.  Suhu di dalam tempat didikan mestilah di antara 30°C – 32°C bermaksud, terdapat ruang di mana anak-anak ayam akan berlegar-legar dan bermain menunjukkan mereka mendapat bekalan suhu yang sepatutnya. 

    Bekalan lampu 60 watt ini perlu di alihkan setelah hari ke tujuh dan digantikan dengan lampu 25 watt.  Lapisan lantai anak ayam biasanya diletakkan kertas tebal seperti kertas kotak atau lapisan surat khabar lama.  Ini bagi menyerap lembapan daripada najis anak ayam supaya keadaan tempat didikan anak ayam sentiasa kering.  Kelembapan akan menggalakkan pembiakan bakteria dan ada sesetengah ‘bakteria tidak baik’ akan menyebabkan jangkitan kepada anak ayam dan seterusnya mati.  Terdapat juga penternak yang meletakkan pasir, habuk kayu yang mana dikira juga sesuai. Elakkan daripada meletakkan bahan daripada plastik sebagai lantai tempat didikan anak ayam.  Ini kerana plastik diketahui tidak akan menyerap lembapan tetapi akan menyebabkan keadaan dalam tempat didikan basah, becak dan tidak sihat untuk dihuni.  Elakkan juga lantai BRC kerana udara sejuk akan dapat masuk melalui lantainya dan memberi kesan langsung kepada kesihatan anak ayam. 

    Tukar lapisan lantai tempat didikan anak ayam 2-3 hari sekali ataupun bergantung kepada tahap kebersihan lantai tersebut.  Lapisan lantai dikira perlu ditukar setelah najis-najis anak ayam kelihatan melekat pada kuku kaki anak ayam tersebut.  Bagi kes ini, sila tukarkan lapisan tersebut dan bersihkan kuku anak ayam dari najis menggunakan kain atau span basah. Anak ayam sangat sensitif, oleh itu perhatian yang lebih adalah sangat diperlukan bagi memastikan peratusan anak ayam hidup hingga berumur sebulan adalah tinggi.  Ini adalah kerana selepas berumur sebulan, anak ayam akan lebih tahan lasak serta tahap imunisasinya lebih baik dan sudah sedia untuk dipelihara di luar tempat didik. 

    Tempat didikan anak ayam juga mestilah bebas daripada gangguan pemangsa seperti kucing, tikus, ular, biawak dan sebagainya. 



      
    3.       Makanan dan Minuman

    Sediakan empat bekas minuman 1 liter atau dua bekas minuman 1 gelen bagi setiap 100 ekor anak ayam.  Bagi jumlah anak ayam yang kurang daripada 50 ekor, cukup sekadar sediakan dua bekas minuman 1 liter.  Letakkan batu kerikil di dalam air bagi mengelakkan anak ayam terjatuh dan lemas di dalamnya kelak.  Letakkan 3-4 ekor anak ayam di dalam air supaya mereka akan tahu di mana lokasi bekas air.  Tempatkan bekas makanan yang bersaiz sederhana tinggi dan jarakkan daripada bekas air bagi mengelakkan makanan menjadi lembap kesan daripada kaki anak ayam yang basah. 

    Dalam tempoh 1-3 hari setelah menetas, anak ayam masih mampu bertahan tanpa makan dan minum kerana sumber pemakanannya masih lagi diperolehi daripada albumin telurnya dahulu.  Oleh itu, masa tersebut digunakan oleh anak ayam untuk belajar mematuk apa sahaja di sekeliling mereka.  Gunakan dedak halus bergred 201C untuk pemula ayam daging kerana dedak jenis ini diketahui dapat memberikan haba dan antibiotik kepada anak ayam secara berterusan.  Disebabkan dedak ini adalah “panas” oleh itu pastikan air minuman sentiasa tersedia dan bersih.  Tukarkan air yang telah bertukar warna atau berbau.  Masukkan tonic minuman ayam atau vitamin lain bagi menambahbaik sistem imun anak ayam. 

    Elakkan memberi anak ayam makan beras hancur atau bahan makanan lain selain dedak 201C kerana partikel halus beras hancur biasanya akan masuk ke dalam mata anak ayam dan menyebabkan jangkitan.  Bunyi anak ayam adalah salah satu cara bagi mengetahui keadaan kesihatan anak ayam.  Anak ayam akan mengeluarkan nada bunyi yang lembut dan rendah apabila ia sihat, cukup makan, cukup minum dan bersih.  Apabila ia kesejukan, suara anak ayam akan lebih cenderung menciap keras dan nyaring secara berterusan.  2 minggu pertama anak ayam mestilah dijaga dengan baik.  Ini adalah kerana, anak ayam yang menghadapi masalah ketika tempoh ini dikenalpasti akan menghadapi gangguan pertumbuhan dan tumbesaran. 

    Bagi menghasilkan anak ayam yang sihat, anak ayam perlu diberikan ruang yang luas untuk ia bermain, makan dan minum.  Setiap 10 ekor anak ayam yang berumur 2 minggu memerlukan keluasan 1 meter persegi sehingga ia berumur 6 minggu.

    4.       Petua dan Tips Penjagaan 
                         i.      Anak ayam yang menghadapi kemurungan perlu diberikan pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari yang tidak terik, anak ayam yang berkeadaan begini biasanya akan berjemur dengan sendirinya apabila melihat cahaya matahari dan beralih daripada cahaya tersebut apabila telah selesai berjemur. 
                        ii.      Dedak pemula ayam pedaging bergred 201C adalah sangat penting dalam membesarkan anak ayam tanpa banyak masalah, oleh itu jangan sesekali menggunakan bahan makanan lain selain daripadanya.
                      iii.      Persekitaran tempat didikan yang bersih akan menjamin kesihatan dan tumbesaran anak ayam pada masa hadapan.
                      iv.      Arang kayu adalah sesuai diletakkan di dalam tempat didik memandangkan sifatnya yang menyahbau.
                        v.      Elakkan dari menyemburkan racun serangga, nyamuk dan sebagainya berdekatan dengan tempat didikan anak ayam.



Alat Ganti Forced-Air Incubator dan Automatic Forced-Air Incubator

acfan.jpg
Kipas Penghembus AC berkualiti digunakan bagi membekalkan kuasa penyebaran haba yang sempurna kepada semua telur-telur yang dieram.  Kipas Penghembus kini di jual dengan harga RM 50.00. Kos penghantaran adalah PERCUMA.

digitalthermometer.jpg
Digital Thermometer digunakan bagi mendapatkan bacaan suhu yang tepat dan jelas. Selain digunakan di dalam Automatic Forced-Air Incubator, ia juga sesuai digunakan dalam Forced-Air Incubator biasa.  Digital Thermometer dijual dengan harga RM 50.00.  Kos penghantaran adalah PERCUMA.

wh7016e.jpg
Digital thermostat digunakan bagi mengawal suhu kendalian di dalam incubator dengan ketepatan 0.1 darjah Celcius.  Thermostat dijual dengan harga RM 150.00.  Kos penghantaran adalah PERCUMA.

motor.jpg
Low Speed Geared Motor digunakan pada Automatic Forced-Air Incubator bagi menggerakkan tray telur. Motor ini dijual dengan harga RM 100.00.  Kos penghantaran adalah PERCUMA.




Penetasan dan menetaskan telur ayam, bebek atau burung puyuh menjadi popular di tingkat peternak kecil dan menengah dan bahkan di tingkat rumah tangga untuk dijadikan jenis petelur atau pedaging atau untuk menghasilkan unggas unggas yang cantik cantik untuk dipelihara sebagai binatang piaraan.
Akan tetapi, para peternak sampai saat ini masih menggantungkan untuk mendapatkan DOC yang ber-kualitas dari hasil persilangan telur telur galur unggul dan murni dari breeder (perusahaan penetasan telur) besar.
Secara teknis, dasar penetasan telur dan mendapatkan telur dari persilangan galur murni adalah tetap sama, baik untuk breeder besar dengan mesin modern yang full-otomatic ataupun dengan menggunakan mesin sederhana di tingkat hobbiest yang diletakkan di dapur rumah sekalipun. Yang membedakan tinggal hanyalah kualitas DOC yang dihasilkan dan pemenuhan kebutuhan DOC yang diperlukan.
Selanjutnya melalui tulisan ini, kami ingin memperkenalkan kepada para �penetas telur� pemula tentang tata cara menetaskan telur menggunakan incubator dan mengoperasikan peralatan tersebut dengan benar untuk menetaskan ayam (atau jenis unggas lainnya). Yang membedakan dalam penetasan jenis jenis unggas adalah lama waktu penetasan dan prosedurnya.

Management Penetasan Telur

Untuk mendapatkan telur telur yang bagus untuk di tetaskan harus di yakini bahwa telut telur tersebut berasal dari induk induk ayam yang memenuhi syarat sebagai induk yang baik seperti:
  1. Telah di Vaksinasi secara lengkap
  2. Sehat
  3. Mempunyai postur dan bentuk badan yang baik
  4. Berasal dari galur murni
Pemilihan induk untuk menghasilkan telur tetas tersebut juga harus dijaga kualitas pakan dan pemberian vitamin yang cukup dan mereka disatukan dengan pejantan unggul yang telah diseleksi dengan ketat dan hanya yang berpostus baik serta jumlah yang sesuai dengan perbandingan induk betina yang ada, sangat disarankan agar mendapatkan telur telur fertile (dibuahi sempurna) dengan rasio yang tinggi.
Hal ini penting agar tidak menjadi sia sia bahwa setelah beberapa saat (katakan 5 hari) setelah dimasukkan ke dalam incubator ternyata banyak yang kosong (tidak dibuahi), maka hal ini akan menjadi kerugian dan buang waktu percuma.
Besar telur dan jumlah telur hasil persilangan / perkawinan tersebut haruslah mempunyai bentuk dan ukuran serta jumlah yang hampir sama agar didapatkan DOC (anak ayam) yang berukuran sama, sehat dan kuat.
Disamping itu, juga disarankan untuk memisahkan atau �membuang� anak ayam yang cacat, kecil atau kelihatan lemah dari sejak awal mereka menetas agar tetap dapat dipertahankan kualitas anak anak ayam yang dipelihara.
Pemilihan ini memeng memerlukan sedikit ketrampilan dan latihan untuk menentukan dan men seleksi anak ayam yang memenuhi criteria yang diharapkan. Sehingga di kemudian hari, bila mereka akan dijadikan induk, mereka dapat dikatakan bagus dan telah lewat seleksi sejak dini.
Seorang peternak yang cakap haruslah tidak memiliki ayam ayam dengan kriteria dibawah ini :
  1. Paruh yang bengkok
  2. Sayap yang terlipat, miring, turun
  3. Kebutaan pada salah satu matanya
  4. Kaki yang bengkok atau kecil dan jari jari kaki yang melengkung
  5. Atau cacat lainnya yang menyebabkan kesulitan dalam makan, minum atau kawin
Sedangkan syarat yang harus dipenuhi adalah :
  1. Ayam jantan harus agresif
  2. Tegap dan ber perawakan tinggi
  3. Suara yang nyaring, kaki dan jari jari yang lurus sempurna
  4. Sedangkan untuk  betinanya harus bertelur banyak, bentuk telurnya bagus dan sehat
Selanjutnya untuk di kawinkan maka ada 4 cara yang bisa dipakai yaitu (1) kawin masal  (2) kawin dalam kandang kandang kawin  (3) kawin yang di pacokkan dan  (4) inseminasi buatan.
GloryFarm dalam mendapatkan telur tetas yang unggul menggunakan 2 cara pertama yaitu kawin masal dan kawin dalam kandang kandang kawin. Hal ini dilakukan karena lebih mudah dalam pengaturannya dan lebih sedikit campur tangan manusia dan lebih alami. Cara lain seperti inseminasi buatan memerlukan keahlian dan pengetahuan yang lebih untuk melakukannya.
(1) Kawin �Masal� berarti mengawinkan beberapa ayam betina dengan beberapa jantan dalam satu kandang yang cukup luas. Cara ini efektif dipergunakan untuk mendapatkan telur tetas dengan tingkat fertilitas yang tinggi. Sebagai perbandingan, 1 ayam pejantan untuk 6 betina sehingga bila dalam 1 kandang  ditempatkan 4 ayam jantan maka betinanya dapat diberikan sebanyak 24 ekor.
Dalam beberapa buku, memang dikatakan ayam arab adalah dari jenis yang jago kawin sehingga disebutkan 1 ekor jantan sanggup mengawini 8 � 10 ekor betina. Dalam hal ini, kami tetap memakai perbandingan yang �aman� dengan tingkat fertilitas tinggi sehingga diberikan hanya 6 ekor betina untuk 1 ekor ayam jantan dengan hasil baik.
(2) Kawin dalam kandang kawinan berarti memberikan hanya 1 ekor ayam jantan dan beberapa ekor betina untuk setiap kandangnya. Biasanya 1 ekor jantan dan 5 ekor betina. Hal ini dimaksudkan agar lebih mudah mengawasi tingkat fertilitas atau kemampuan kawin seekor pejantan. Tujuan lainnya adalah untuk mendapatkan suatu persilangan yang direncanakan untuk kepentingan pengembangan atau seleksi khusus.
(3) Kawin yang dipacokkan berarti ayam jantan diletakkan dalam satu kandang khusus, selanjutnya betina yang akan di kawinkan dimasukkan dalam kandang pejantan. Bila pejantan telah mengawini maka sang betina dikeluarkan kembali. Hal ini juga kami lakukan terhadap ayam Bangkok sebab bila dipakai cara ke (2) diatas maka telur yang dihasilkan selalu di makan kembali oleh ayam-ayam tersebut. Sehingga, bila betina Bangkok telah dikawin oleh pejantannya, maka betina tersebut dikembalikan ke kandang batere agar bila bertelur akan aman dari dimakan kembali oleh mereka.
(4) Inseminasi Buatan adalah cara yang biasa dipakai untuk mengawinkan ayam ayam dengan beda umur yang cukup jauh, atau untuk mendapatkan persilangan tertentu karena dalam keadaan normal mereka tidak saling / susah untuk kawin seperti misalkan mengawinkan ayam kate dengan ayam Bangkok. Metode ini tidak atau jarang digunakan karena tidak praktis dan memerlukan peralatan dan keahlian serta pengetahuan khusus.
Di dalam mendapatkan telor tetas, seorang peternak ayam harus juga melengkapi kandang kandang nya dengan sangkar untuk bertelur atau setidaknya bila menggunakan kandang postal maka kandang tersebut harus selalu menggunakan sekam yang cukup ketebalannya dan kebersihannya. Hal ini dimaksudkan agar telur tetas yang dihasilkan akan terjaga kebersihannya dari tanah, kotoran ayam atau malah bibit penyakit menular lainnya. Hal ini kembali kami tekankan untuk selalu menjaga sanitasi kandang yang baik, program vaksinasi dan penyemprotan dengan bahan pembasmi kuman dan bibit penyakit untuk menekan tingkat penyakit yang mungkin ada dan terbawa di kulit telur tetas.
Pemberian vitamin dalam air minum yang bersih dan diganti setidaknya 2 kali sehari, makanan dengan komposisi yang seimbang dalam nutrisi dan jumlahnya juga membantu dalam mendapatkan telur tetas yang ber kualitas.

Pemilihan dan Perawatan Telur

Dalam mengumpulkan telur tetas biasanya peternak mengambilnya sekali setiap hari. Tetapi dalam kasus telur telur tersebut akan ditetaskan untuk menghasilkan anak ayam yang ber kualitas, maka pengambilan telur dapat dilakukan lebih sering. Memang disarankan untuk mengambilnya antara 4 sampai 5 kali sehari. Tapi kami melakukan mengumpulan telur sebanyak 3 kali dalam sehari dan ini kami rasa cukup. Mengingat bila terlalu sering masuk keluar kandang juga dapat menyebabkan ayam ayam tersebut menjadi terganggu / stress.
Pengambilan telur juga dimaksudkan agar telur telur yang didapat lebih bersih dari kotoran ayam dan juga tentunya bibit penyakit yang ada di kandang. Telur telur yang agak kotor sebaiknya di bersihkan dengan lap / kain halus sebisa mungkin tetapi tidak menggunakan air. Bila menggunakan air sekalipun maka disarankan untuk menggunakan sedikit air hangat bersih dan tidak dengan menekan kulit telur. Tetapi hal ini tetap dikawatirkan akan merusak selaput pertahanan alami kulit telur dari bibit penyakit. Karena kuman, bakteri, virus atau bibit penyakit yang mempunyai ukuran sangat kecil itu dapat menembus lapisan berpori pada dinding kulit telur.
Juga tidak disarankan untuk mencampur telur yang kotor tadi dengan telur telur yang bersih agar tidak ada perpindahan bibit penyakit. Terutama bila akan dimasukkan dalam incubator yang sama. Karena kekawatiran yang sama seperti diatas.
Tetaskan telur telur dengan ukuran yang seukuran. Telur telur yang mempunyai ukuran raksasa atau lebih besar dari lainnya atau malah terlalu kecil sebaiknya tidak ikut ditetaskan. Juga tidak di sarankan untuk menetaskan telur telur yang cacat atau abnormal seperti, telur yang mempunyai permukaan kasar sekali, tipis kulitnya, aneh bentuknya atau bentuk bentuk abnormal lainnya. Biasanya telur telur seperti ini tidak akan menetas pada akhirnya atau kalaupun menetas biasanya anak ayam yang ada akan lemah.
Singkirkan juga telur telur yang retak karena kalaupun telur tersebut fertile maka dalam perkembangan nya telur tersebut dapat �meledak� atau bocor dan mengotori telur telur lainnya. Juga karena retakan yang ada maka penguapan yang terjadi tidak berjalan semestinya dan pada akhirnya juga embrio yang ada di dalamnya akan mati. Demikian juga dengan telur telur yang ada udara di dalamnya haruslah juga tidak ikut di tetaskan dalam mesin incubator.

Fumigasi

Sanitasi atau pembersihan terhadap telur dan peralatan penetasan dapat menggunakan sistim fumigasi. Fumigasi dngan tingkat yang rendah tidak akan membunuh bakteri dan bibit penyakit tetapi fumigasi yang terlalu tinggi dapat mebunuh embrio didalam telur. Maka amatlah di haruskan untuk memakai ukuran yang tepat terhadap bahan kimia yang akan digunakan dalam melakukan fumigasi.
 Dalam melakukan fumigasi, sebuah ruangan yang cukup atau lemari yang besar diperlukan untuk menampung semua telur telur yang akan di tetaskan dan ruangan atau tempat tersebut juga dilengkapi dengan kipas angin untuk sirkulasi udara didalamnya.
Susun telur telur yang ada didalam ruangan atau lemari dengan rak rak dari bahan berlubang lubang (seperti kawat nyamuk atau kasa) sehingga udara dapat bergerak bebas diantaranya. Bahan kimia yang biasa dipakai untuk fumigasi adalah gas Formaldehyde yang di hasilkan dari campuran 0.6 gram  potassium permanganate (KmnO4) dengan  1.2 cc formalin (37.5 percent formaldehyde) untuk setiap kaki kubik ruangan yang dipakai. Buat campuran bahan bahan tersebut pada tempat terpisah sebanyak setidaknya 10 kali dari volume total ruangan atau lemari.
Sirkulasikan gas tersebut di dalam ruangan atau lemari selama 20 menit dan kemudian keluarkan / buang gas nya. Suhu yang diperlukan selama fumigasi adalah diatas 70oF. Selanjutnya biarkan telur telur tersebut di udara terbuka selama beberapa jam sebelum menempatkannya di dalam mesin incubator.

Penyimpanan Telur Tetas

Hal yang terbaik untuk memperlakukan telur tetas adalah langsung memasukkannya kedalam incubator. Tetapi tentunya cara ini tidaklah mudah dan praktis untuk dilakukan.  Hal yang masih baik dilakukan adalah mengumpulkan telur dan menyimpannya untuk hanya beberapa hari saja dan disimpan pada keadaan yang sejuk dan lembab. Keadaan yang sempurna adalah 60oF dan kelembaban udara 75 %. Tetapi tidak dalam lemari es atau tempat lain yang mempunyai suhu dibawah 40oF karena akan menurunkan daya tetasnya dan biasanya dalam lemari es kelembaban udaranya adalah dibawah 50%. Dikatakan perlu suhu yang cukup rendah tadi disebabkan karena  suhu yang rendah memperlambat perkembangan embrio sampai telur telur siap untuk dimasukkan kedalam ruang incubator, sedangkan kelembaban yang tinggi akan mengurangi kelembaban didalam telur karena penguapan. Untuk akurasi pengukuran maka diperlukan peralatan Termometer (untuk suhu) dan Hygrometer (untuk kelembaban udara).

Temperatur (Wet Bulb) untuk penyimpanan
 
Temperature, oF.
Rel. Humidity
55
60
65
70
55%
47.2
51.4
55.5
60.0
60%
48.1
52.4
56.7
61.2
65%
49.0
53.4
57.8
62.3
70%
50.0
54.5
59.0
63.5
75%
50.9
55.4
60.0
64.6
80%
51.7
56.4
61.0
65.8
Department of Animal Science, the University of Minnesota Extension Service

Setelah telur telur dirasa cukup untuk jumlahnya sesuai kemampuan incubator atau keinginan kita maka telur harus segera dimasukkan kedalam incubator. Kemampuan daya tetas telur fertile masih baik jika penyimpanan sekitar 7 hari dan maksimum 10 hari. Selebihnya maka daya tetas telur akan menurun dan setelah 3 minggu maka telur tidak ada yang bisa menetas atau daya tetasnya 0%.
Syarat lain yang harus dilakukan selain kondisi suhu dan kelembaban pada saat penyimpanan sementara sebelum dimasukkan kedalam incubator adalah telur telur tersebut setelah 3 atau 4 hari disimpan harus diputar pagi dan sore seperti gambar dibawah. Hal ini penting untuk mencegah kuning telur didalam telur tersebut tidak sampai menyentuh kulit telur dan merusak embrionya. Peletakannyapun sebaiknya dalam tray telor (biasanya isi 30 setiap tray) yang dapat dibeli mudah di poultry shop dengan harga sekitar  3.000 perbuahnya, dengan ujung telur yang lebih tajam dibagian bawah kemudian dimiringkan sekitar 30 sampai 40 derajat. Selanjutnya rubah kedudukan telur tersebut pada pagi dan sore hari dengan kemiringan yang berubah ubah untuk tiap waktunya.
Telur telur tersebut selanjutnya secara perlahan lahan harus dihangatkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam incubator. Perubahan temperatur yang draktis atau mendadak akan menyebabkan terjadi pengembunan secara cepat didalam telur dan hal ini akan berakibat buruk untuk daya tetas atau kerusakan struktur kulit telurnya.

Incubator

Pada halaman web yang terpisah, kita ketahui dan telah diterangkan bahwa banyak tipe incubator dengan kemampuannya menetaskan telur mulai dari beberapa butir telur sampai dengan puluhan ribu bahkan ratusan ribu butir telur untuk sekali penetasan. Secara garis besar incubator hanya dikelompokkan menjadi 2 tipe dasar yaitu tipe forced air (dengan sirkulasi udara) dan still air (tanpa sirkulasi udara).
Di Indonesia (Jakarta), kami hanya menemukan tipe still air yang banyak dijual di dengan kapasitas mulai dengan 40, 100, 200 butir telur, walau pada prakteknya yang berkemampuan 100 butir hanya bisa dipakai untuk menetaskan 70 butir agar ada cukup ruang, tidak terlalu padat dan baik daya tetasnya.  Jenis ini membutuhkan banyak penanganan dalam pemutaran telur yang biasanya dilakukan sedikitnya 3 kali sehari secara satu persatu dan dengan cara membuka tutup incubatornya. Suhu penetasannya selalu dibuat 2o sampai 3oF lebih tinggi dari type forced air atau sekitar 102o   sampai 103oF. Hal ini karena panas untuk penetasan dirambatkan melalui udara dari bohlam lampu diatasnya.
Kami juga pernah menghubungi sebuah badan usaha di Jogjakarta yang khusus membuat incubator type forced air dan full otomatik dengan daya tampung telur minimum 7.000 telur tetas. Incubator ini menggunakan system komputer yang terprogram untuk pengaturan suhu dan kelembaban udara. Sedangkan telur tetas di dalamnya di letakkan dalam tray tray didalamnya untuk pemutaran telur secara otomatis berdasarkan program dan perubahan sudut secara periodic 24 jam penuh.
Selain itu sampai saat ini belum ada yang menjual mesin tetas dengan daya tampung 500, 1.000 atau 2.000 butir telur tetas yang dijual di pasaran. Hal ini mungkin berhubungan dengan faktor ekonomis dan kebutuhan pasar.
Kami membuat sendiri incubator sesuai kebutuhan kami yaitu type forced air dengan kapasitas 500 butir, sirkulasi udara panasnya menggunakan motor fan dan pemanan yang bersumber dari bohlam lampu yang diletakkan di ruang bagian belakang incubator. Untuk telur tetas kami juga menggunakan system tray bertingkat tingkat dan semi otomatik, karena pemutarannya tidak dengan motor yang terprogram tetapi dengan tuas yang ditarik dan ditekan untuk membuat perputaran telur telur di tray secara bersamaan untuk semua tray dan kami lakukan perputarannya 5 kali sehari yaitu jam 6, 10, 14, 18 dan 22.  Demikian seterusnya dengan mengandalkan tenaga orang tetapi tanpa membalik telur secara manual dan membuka buka incubator. Jauh lebih praktis tentunya.
Ada 2 buah incubator yang kami pakai, Incubator yang pertama kami gunakan sebagai incubator pengeram karena untuk keperluan kami, kami menggunakan incubator ini secara berkala dengan selalu memasukkan telur tetas setiap 3 hari dengan posisi tray yang bergantian pada 4 tray vertical yang ada di dalamnya. 1 try dalam incubator ini dapat memuat 150 butir telur.
Bila usia telur tetas dalam proses �pengeraman� tadi telah mencapai usia 18 hari, maka kami memindahkannya dan menggunakan incubator yang kedua sebagai �penetas�. Selama 3 hari berikutnya sampai menetasnya telur telur tadi dan membiarkan anak ayam (DOC) tersebut sedikitnya 12 jam dan selamanya 24 dalam mesin penetas ini untuk kemudian dipindahkan ke kandang box. Biasanya 1 tray dengan 150 butir telur tersebut memerlukan 2 tray bertingkat untuk penetasan dalam incubator �penetas� (hatching). Hal ini dimaksudkan agar tersedia cukup ruang untuk DOC dan mempercepat proses pengeringan DOC yang menetas.

Prosedur Penetasan

Semua Incubator  yang digunakan harus diletakkan dalam satu ruang khusus yang terlindungi dari perubahan suhu dan kelembaban udara secara draktis. Lagipula hal ini dimaksudkan untuk pengontrolan yang lebih baik terhadap suhu dan kelembaban udara bila diletakkan dalam ruangan dan ruangan tersebut dilengkapi dengan ventilasi udara.
Kebersihan di dalam ruangan, mesin incubator baik luar dan dalamnya termasuk sanitasinya harus diperhatikan dengan seksama. Mesin incubator harus dicoba dahulu setidaknya 1 � 2 jam dan di kontrol suhu dan kelembabannya sebelum digunakan. Hal ini untuk melihat apakan semua system telah berjalan
Standart untuk suhu dalam incubator �penetasan� tipe forced air adalah 100oF. untuk jenis forced-air incubators dan 102oF. untuk type still-air incubators. Suhu pada incubator penetas (hatching) di set 1o F lebih rendah dibandingkan dengan incubator �pengeram� selama 3 hari sebelum penetasan. 


Keterangan
Ayam
Periode Incubator (Hari)
21
Temperatur (oF)
100
Humidity
65-70
Tidak ada pemutaran telur
Hari ke 18th
Buka Vents tambah �
hari ke 10th
Buka Vents (jika diperlukan)
hari ke 18th

Sedangkan untuk tipe still air, posisi termometer adalah sejajar atau rata dengan tinggi bagian atas telur atau sekitar 5 cm dari dasar telur. Termometer haruslah tidak diletakkan diatas telur atau diluar bidang penetasan tetapi bersebelahan dengannya. Selain itu, mesin incubator juga harus tertutup rapat untuk menghindari hilang panas atau kelembaban udaranya.
Fluktuasi temperatur sebanyak 1 derajat atau kurang tidak menjadi masalah tetapi pengontrolan Temperature secara berkala amat diperlukan untuk menjaga agar suhu tidak ketinggian atau kerendahan dari standart tersebut. Sebagai catatan : suhu sekitar 105oF. untuk 30 menit dapat mematikan embrio didalam telur sedangkan suhu penetasan pada 90oF untuk 3 sampai 4 jam akan memperlambat perkembangan embrio didalam telur.
Pengontrolan kelembaban udara harus dilakukan dengan hati hati. Hal ini diperlukan untuk menjaga hilangnya air dari dalam telur secara berlebihan. Pengukuran dapat dilakukan dengan hygrometer atau psychrometer. Psychrometer atau termometer bola basah (wet bulb) menunjukkan derajat kelembaban udara dan dapat dibaca berdasarkan tabel dibawah ini:

Pembacaan temperatur system bola basah (wet Bulb ) untuk incubator
 
Temperatur, oF.
Rel. Humidity
99
100
101
102
45%
80.5
81.3
82.2
83.0
50%
82.5
83.3
84.2
85.0
55%
84.5
85.3
86.2
87.0
60%
86.5
87.3
88.2
89.0
65%
88.0
89.0
90.0
91.0
70%
89.7
90.7
91.7
92.7

Kelembaban relatif (relatif humidity) untuk mesin incubator �penetas� atau periode 18 hari pertama harus dijaga pada 50 � 55 % atau 83.3 oF � 85.3 oF dengan wet bulb. Dan 3 hari setelahnya (21 hari dikurangi  3 hari) atau pada hari ke 19 � 21 sebelum penetasan, kelembaban udara harus dinaikkan menjadi 60 oF - 65 oF atau 87.3 oF - 89 oF.
Pada saat 3 hari menjelang penetasan dapat dikatakan kita harus lepas tangan �hand-off� karena pada saat ini tidak diperlukan campur tangan manusia sama sekali selain menunggu proses penetasan berjalan sampai selesai dengan sendirinya. Incubator tidak boleh dibuka karena dapat menyebabkan kehilangan kelembaban udara yang amat diperlukan dalam penetasan. Kehilangan kelembaban dapat mencegah keringnya membran pada kulit telur pada saat penetasan (hatching).
Kelembaban yang rendah menyebkan anak ayam sulit memecah kulit telur karena lapisannya menjadi keras dan berakibat anak ayam melekat / lengket di selaput bagian dalam telur dan mati. Akan tetapi kelembaban yang terlalu tinggi dapat menyebabkan anak ayam didalam telur juga sulit untuk memecah kulit telur atau kalaupun kulit telur dapat dipecahkan maka anak ayam tetap berada didalam telur dan dapat mati tenggelam dalam cairan dalam telur itu sendiri.
Pada incubator penetas �hatching�, kelembaban udara bisa diatur dengan memberikan nampan berisi air dan bila perlu ditambahkan busa / sponse untuk meningkatkan kelembaban udara. Sedangkan pada tipe still-air maka menaikkan kelembaban  dengan cara menambah nampan air dibawah tempat penetasan atau pada prinsipnya, menaikkan kelembaban dapat dicapai dengan menambah penampang permukaan airnya.
Adapun cara yang sempurna untuk menentukan kelembaban udara adalah dengan memperhatikan ukuran kantong udara didalam telur bagian atas atau bagian tumpulnya seperti gambar dibawah ini dengan menggunakan teropong telur. Kelembaban dapat diatur setelah peneropongan telur pada hari ke 7, 14, dan 18 pada masa penetasan.
Ventilasi yang cukup adalah penting untuk diperhatikan mengingat didalam telur ada embrio yang juga bernafas dalam perkembangannya dan memerlukan O2 dan membuang CO2. Dalam operasi mesin penetas, lebar lubang bukaan ventilasi harus diatur agar cukup ada sirkulasi udara dan dengan memperhatikan penurunan tingkat kelembaban udaranya.
Pada incubator tipe still-air, buatan Cemani maka bukaan ventilasi ada di bagian atasnya yang dapat diatur untuk mengeluarkan udara bersamaan degan pergerakan udara panas yang ada didalamnya sedangkan sirkulasi udara masuk sudah cukup dari lubang lubang yang ada dibagian bawah dan samping incubator tersebut.
Pada incubator jenis forced-air incubator, jika terjadi lampu mati atau PLN off maka ventilasi harus dibuka lebih lebar dan bila perlu sesekali di buka pintunya agar terjadi pertukaran udara segar dan tetap diusahakan suhu ruangan berada pada kisaran 75oF atau lebih. Sedangkan pada incubator tipe  still-air ventilasi dibiarkan terbuka � atau �  (tidak berubah atau lebih ditutup) agar panas dan kelembaban tidak terlalu terpengaruh.
Pada incubator tipe forced-air seperti kami miliki, telur telur diletakkan pada tray tray pada tempatnya dengan unjung tajam telur menghadap kebawah. Pemutaran dilakukan secara manual dengan menarik dan menekan tuas untuk memindahkan posisi tray didalam mesin incubator agar terjadi sudut 30 � 45 derajat untuk tiap tiap waktu yang ditetapkan secara berkesinambungan dan bergantian sudutnya.
Pemutaran telur sedikitnya adalah 3 kali sehari atau 5 kali sudah lebih dari baik untuk mencegahembrio telur melekat pada selaput membran bagian dalam telur. Oleh sebab itu jangan pernah membiarkan telur tetas tidak dibalik atau diputar posisinya dalam 1 hari pada masa penetasan telur. Pemutaran telur tersebut dilakukan dalam 18 hari pertama penetasan. Tetapi JANGAN membalik telur sama sekali pada 3 hari terakhir menjelang telur menetas. Pada saat itu telur tidak boleh diusik karena embrio dalam telur atau anak ayam yang akan menetas tersebut sedang bergerak pada posisi penetasannya.
Pada incubator tipe still-air, pemutaran dilakukan secara manual dengan ketentuan seperti diatas. Biasanya untuk mempermudah dalam mengetahui posisi terakhir telur pada saat di putar maka telur tetas diberi tanda �O� pada satu sisis dan �X�. pada sisi lainnya,. Selanjutnya putar telur menurut waktu dan tanda secara bergantian dan secara berhati hati terutama 1 minggu pertama dalam incubator.
Ada baiknya juga menuliskan tanggal pada telur menggunakan pinsil untuk menandai beberapa hal seperti: dari kandang mana, jenis ayam, kapan bertelur, kapan dimasukkan incubator. Hal ini untuk mengetahui kapan telur nantinya akan menetas dan menentukan waktu peneropongan untuk penentuan fertilitas, kantong udara dan penentuan pemindahan telur sebelum menetas (- 3 hari).
Biasanya anak ayam (DOC) akan mulai menetas pada usia penetasan ke 20 dan 21 hari pada keadaan mesin penetasan yang bekerja normal dan sesuai prosedur. Anak ayam yang menetas setelah waktu itu atau setelah hari ke 22 biasanya tidak sehat atau lemah.
Setelah menetas, anak ayam dibiarkan beberapa jam didalam mesin incubator sampai kering sempurna. Hal ini dapat dilihat dengan telah lepasnya bulu bulu halus yang menyertai anak ayam waktu menetas dan berganti dengan bulu lembut yang menutupi sempurna seluruh tubuh anak ayam tersebut.
Selanjutnya anak anak ayam tersebut dipindah ke tempat lain (missal : chickguard atau kandang box) dengan diberikan makanan dan minuman. Makanan cukup diberikan dilantai kandang atau pada nampan yang rendah dengan jenis butiran halus agar anak ayam dapat mulai belajar makan. Minuman yang diberikan dapat ditambahkan vitamin seperti amylit dan vitachick. Khusus tempat minum, sebaiknya diberikan gundu atau kerikil kerikil kecil agar anak ayam tidak sampai tenggelam didalamnya.
Sedangkan untuk mesin incubatornya dapat dimatikan dan dibersihkan dari bulu bulu halus, pecahan pecahan kulit telur atau lainnya serta disemprot dengan bahan desinfektan atau dilakukan prosedur fumigasi. Sanitasi yang baik untuk mesin incubator penting untuk menjamin kebersihan dari bibit bibit penyakit.
Pengetesan fertilitas telur adalah suatu hal yang perlu dilakukan. Hal ini terutama diperlukan untuk menentukan jumlah telur yang fertile untuk terus ditetaskan sedangkan yang tidak fertile atau tidak bertunas harus disingkirkan karena tidak berguna dalam proses penetasan dan bahkan Cuma buang buang tenaga dan tempat saja. Padahal tempat yang ada dapat dimanfaatkan untuk telur telur fertile yang lain atau yang baru akan ditetaskan.
Tes fertilitas semacam ini tidak akan mempengaruhi perkembangan embrio telur, malah sebaliknya kita akan tahu seberapa normal perkembangan embrio didalam telur tersebut telah berkembang atau bertunas. Tatapi tetap sebagai hal yang terpenting dalam proses ini adalah mengetahui seberapa banyak telur yang fertile dan dapat menentukan langkah langkah yang diperlukan untuk telur yang tidak fertile terutama jika telur telur tersebut diberikan coretan / tulisan mengenai asal telur dan tanggal di telurkan oleh sang ayam maupun informasi asal kandangnya.
candling eggs
Ada beberapa istilah untuk alat melihat fertilitas telur disebut teropong telur atau tester atau candler. Alat ini mudah dibuat dengan cara menempatkan bohlam lampu dalam sebuah kotak atau silender yang dapat terbuat dari segala macam jenis baik kayu ataupun pralon 3 inch seperti pada gambar.
Cara membuatnya adalah dengan memotong pralon 3 inch sepanjang 20 cm dan menutup kedua ujungnya dengan kayu yang dibuat melingkar mengikuti pralon dan kemudian di mur. Bagian dalam diberikan fitting lampu dan sebuah bohlam lampu yang  cukup terang (missal : 40 watt) dan satu ujung bagian atasnya pada bagian tengahnya diberikan lubang sebesar 2/5 besar diameter telur rata rata atau sekitar 2 cm.
Penggunaannya adalah dengan menyalakan bohlam lampu dan melalui lubang yang ada (pada bagian atasnya) diletakkan telur yang akan dilihat dengan cara menempelkan bagian bawah telur (bagian yang lebih tajam dari telur) ke lubang dan melihat perkembangan yang ada di dalam telur. Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan alat ini pada ruangan yang gelap sehingga bagian dalam telur yang terkena bias cahaya lampu dapat lebih jelas terlihat.
Telur biasanya di test setelah 5 � 7 hari setelah di tempatkan dalam incubator. Telur dengan kulit yang putih seperti telur ayam kampung akan lebih mudah dilihat daripada telur negri atau yang warna kulitnya cokalat atau warna lainnya.
Pada saat test fertilitas, maka hanya telur yang ada bintik hitam dan jalur jalur darah yang halus yang akan terus di tetaskan. Tetapi singkirkan telur telur yang ada pita darahnya, tidak ada perubahan (tetap tidak ada perkembangan), ada blok kehitaman karena mati atau seperti contoh pada gambar berikut:
 Apabila karena kurang pengalaman atau karena ragu ragu seperti missal menurut pengalaman kami perkembangan embrio kadang tidak terlihat jelas di bagian pinggir telur karena perkembangannya ada di tengah telur. Keadaan ini akan tampak seakan akan telur tidak berkembang tetpi nyatanya berkembang dengan baik.
Dalam kasus tersebut maka hal yang bijaksana adalah dengan mengembalikan telur telur tersebut kedalam incubator dan test kembali pada hari ke 10 atau 14 misalnya. Jika ternyata berkembang maka telur terus di tetaskan tetapi bila tidak maka harus dibuang.

Kegagalan Penetasan

Bila karena suatu sebab telur tersebut gagal untuk menetas maka harus dicari penyebab masalahnya. Dalam kasus kasus seperti ini maka klik link berikut untuk mengetahui penyebab dan penang-gulangannya serta memperbaikinya pada kesempatan penetasan berikutnya.
Akhirnya besar harapan kami, anda dapat menetaskan telur menjadi DOC yang berkualitas unggul.



SEKILAS MENGENAI PENETASAN TELUR
Guna Mesin Tetas
Secara alamiah bangsa unggas yang salah satunya adalah ayam,   akan mengerami telur telurnya bila sudah dirasa cukup baginya sebagai bagian dari memperbanyak keturunannya (species nya).
Mesin tetas tentunya memang diciptakan untuk mengambil alih tugas mengerami dari se-ekor induk ayam (atau bangsa unggas lainnya) dalam mengerami telur telur yang dibuahi dari hasil persilangan atau perkawinan dengan pejantan.
Mesin tetas tentunya memang diciptakan untuk mengambil alih tugas mengerami dari se-ekor induk ayam (atau bangsa unggas lainnya) dalam mengerami telur telur yang dibuahi dari hasil persilangan atau perkawinan dengan pejantan. 
Hal ini mempunyai efek positif bila kita mengerti dan memahami prinsip prinsip pengggunaan dari mesin tetas sebagai pengganti pengeraman dari unggas tersebut terutama dalam skala ekonomis. 
Dengan menggunakan mesin tetas, menjadikan induk terus menerus dapat menghasilkan telur, tanpa terpotong oleh masa mengerami selama 21 hari dan membesarkan anak anak ayam setidaknya untuk jangka waktu 30 – 45 hari berikutnya sebelum sang induk betina mulai bertelur kembali. 
Beberapa Jenis Alat Tetas
 Kami mengetahui ada cukup banyak jenis alat tetas atau mesin penetas telur yang dihasilkan oleh kreatifitas bangsa Indonesia sendiri.
Adapun beberapa alat tetas tersebut adalah :
  1. Alat tetas dengan teknologi sekam dan sumber panas matahari
  2. Mesin tetas Listrik dengan lampu bohlam sebagai alat pemanasnya
  3. Mesin tetas dengan menggunakan lampu minyak
  4. Mesin tetas dengan kawat nekelin
  5. Mesin tetas dengan kombinasi beberapa hal diatas
  6. Mesin tetas otomatis.


Mesin Tetas Yang dipakai

  1. Mesin Tetas Otomatis  dengan tipe GQF Hovabator Forced Air Incubator  dengan automatic turner (pembalik telur otomatis) yang kami import langsung dari Moyers Chicks USA.
  2. Mesin tetas telor kombinasi dengan sumber pemanas bohlam lampu dan lampu minyak dengan trade mark Cemani
  3. Mesin tetas telur semi otomatik dengan sumber pemanas listrik / bohlam hasil kreasi kami sendiri dan telah kami pakai selama hampir 10 bulan sampai bulan September 2004 dengan hasil sangat memuaskan. Dan mesin ini menjadi andalan kami dalam menetaskan telur-telur ayam di GloryFarm. Sehingga kami namakan : GloryFarm Incubator  
Selanjutnya, secara terpisah kami akan menerangkan tata cara penggunaan masing-masing sesuai dengan karakteristiknya sendiri sendiri. Seperti perlu diketahui, secara prinsip : memang semua mesin akan mengacu kepada standar yang telah diketahui baik melalui tulisan dibuku ataupun bendasarkan manual instruction (buku petunjuk) yang menyertai penjualan alat penetas telur tersebut. 
Pada prakteknya, memang diharuskan ada beberapa pengesetan terhadap kondisi yang telah dituliskan di buku petunjuk, dan dalam tulisan kami ini, semuanya berdasarkan setting yang kami buat sendiri. 
Perbeda ketinggian dari permukaan air laut ,  musim panas atau penghujan dan daerah (area / ruang) dimana mesin penetas telur tersebut di letakkan akan pengaruhnya terhadap pengesetan yang diperlukan agar tercapai hasil penetasan yang maksimal.




PETUA UNTUK AYAM KAMPUNG

Anda pernah dengar khasiat POKOK MERUNGGAI? tanya orang India, mereka tentu tahu dan mereka suka makan, buah dia macam kacang panjang tapi besar sikit...keras sikit. Banyak tanam dekat kuil

Merunggai ni mudah tanam, cacak batang dalam tanah, insyaallah hidup. Daun dia bila dicantas cepat tumbuh semula...elok untuk kambing, lembu dan ternakan lain...cepat besar...Kelebihannya ialah kerana kadar protin yang tinggi dan faktor antinutrisi yang rendah.

Ayam kampung kalau dah bela banyak tentu terang kawasan reban tu dibuatnya. Langsung tak ada rumput. Pokok-pokok rendah semua tak berdaun. Kalau bagi daun ni adalah juga sumber klorofil (baik kuning telur) Kurang sikit masalah 'makan bulu' dan tinggi pengeluaran telur.

Sedikit fakta tentang daun merunggai

The leaves contains:
4 times as much Vitamin A as carrots
7 times as much Vitamin C as Oranges
Double as much proteins and calcium as milk.
And additionally Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Iron, Zinc, Potassium and many more minerals.


NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.
 

3 comments:

  1. Trobosan baru dengan teknologi baru....
    ayam kampung 28 hari berbobot 7 on

    Lele satu bulan berbobot 7 ekor per kg

    Patin Panen 5 Bulan berat 1 Kg per ekor

    ReplyDelete
  2. assalamu"alaikum wr.wb sya
    cuman mau beritaukan para pecinta togel
    karna sya sudah liat buktinya sendiri 3x jebol
    yang di berikan oleh ki ratmo karna sya dpat
    angkanya 168.juta yaitu 1081 sya sekeluarga sangat bersukur
    atas bantuan ki ratmo karna dulu sya cuman sewa rumah dan sya
    di lilit hutang sya sangat pating kemana cari uang agar anak istri
    sya makan tapi sukur alhamdulillah ada teman sya yg kasih sya nmor
    ki ratmo karna teman sya sudah sukses
    dia sudah membuka usaha kecil kecilan
    jadi para pecinta togel jika ingin merubah
    nasib seperti sya karna ini bukan rekayasa
    tapi nyata karna sya sudah membuktikan
    silahkan hub ki ratmo di nmor
    082 301 367 887
    trimah kasih kpda yg punya room
















    assalamu"alaikum wr.wb sya
    cuman mau beritaukan para pecinta togel
    karna sya sudah liat buktinya sendiri 3x jebol
    yang di berikan oleh ki ratmo karna sya dpat
    angkanya 168.juta yaitu 1081 sya sekeluarga sangat bersukur
    atas bantuan ki ratmo karna dulu sya cuman sewa rumah dan sya
    di lilit hutang sya sangat pating kemana cari uang agar anak istri
    sya makan tapi sukur alhamdulillah ada teman sya yg kasih sya nmor
    ki ratmo karna teman sya sudah sukses
    dia sudah membuka usaha kecil kecilan
    jadi para pecinta togel jika ingin merubah
    nasib seperti sya karna ini bukan rekayasa
    tapi nyata karna sya sudah membuktikan
    silahkan hub ki ratmo di nmor
    082 301 367 887
    trimah kasih kpda yg punya room

    ReplyDelete