Sunday 18 March 2012

PENGUNDI-PENGUNDI BONGAWAN MAHUKAN CALON BARU DARI BONGAWAN DI BERIKAN KEUTAMAAN OLEH BARISAN NASIONAL

KARIM: WAJAR BERI RUANG & PELUANG KEPADA CALON BARU


Kedudukan Datuk Karim Bujang pada PRU 13, masih menjadi tanda tanya rakyat di Bongawan dan Kimanis kerana ADUN BONGAWAN itu dikatakan oleh sebilangan penduduk di kawasan itu agak terlalu lama dan langsung tiada nampak pembangunan ketara yang mampu di bawa oleh Wakil Adun tersebut sepertimana wakil-wakil ADUN kawasan lain yang nampak begitu ketara perubahan pembangunannya sebagaimana di kawasan jiran kita N.24 Membakut, Datuk Haji Mohd Arifin Bin Mohd Arif yang mana wakil rakyat tersebut bukan berjawatan pembantu menteri mahupun menteri.

Ditambah lagi, pada PRU12 yang lepas beliau pernah berkata kepada penyokong-penyokong beliau bahawa itu adalah kali terakhir dalam arena politik bersama BARISAN NASIONAL jika beliau menang PRU12 tersebut. Dan beliau juga menyatakan yang beliau akan dilantik menjadi menteri penuh memandangkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu.

Selepas memenangi pilihanraya umum yang ke 12 itu, beliau dilantik semula sebagai Pembantu Menteri Perlancongan dan perlindungan Alam sekitar yang mana merupakan jawatan beliau pada sebelum ini. Tetapi beliau menolak jawatan tersebut dengan alasan beliau yang dia sudah lama dalam kepimpinan BARISAN NASIONAL dan belum pernah dilantik sebagai Menteri Penuh Sabah. Oleh itu, beliau bersama-sama penyokong-penyokong beliau membuat satu protes agar beliau diberi jawatan menteri penuh dalam kerajaan Negeri Sabah, yang mana perhimpunan di adakan di kediaman beliau sendiri di Kg. Sipanggil, Putatan. Tetapi akhirnya, permintaan beliau tidak ditunaikan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional Negeri Sabah dan jawatan beliau sebagai Pembantu Menteri Perlancongan, Kebudayaan dan Perlindungan Alam Sekitar kini disandang oleh Datuk Bolkiah Ismail ADUN N.3 BENGKOKA. Datuk Karim Bujang juga dikatakan sebelum ini pernah menjawat jawatan Pembantu Menteri Kewangan I, Yang mana kini disandang oleh ADUN N.53 APAS DATUK HAJI TAWFIQ DATUK HAJI ABU BAKAR TITINGAN.

Beliau dikatakan mula menjadi calon sejak berumur 26 tahun dan mula menjadi wakil ADUN BONGAWAN sejak tahun 1979 sehingga kini yang mana beliau merupakan pemimpin USNO pada ketika itu sebelum kemasukan UMNO di SABAH.

Ini membayangkan seolah-olahnya DUN BONGAWAN akan menerima calon baru yang mempunyai ketrampilan dan kepimpinan dari segi pentadbiran dan pembangunan kawasan. Dan penduduk-penduduk Bongawan yang dari sejak tahun 1979 belum pernah merasakan kepimpinan calon dari wakil masyarakat itu yang mana kita sudah maklum bahawa memang ramai wakil orang Bongawan yang mampu untuk menggantikan tempat beliau di ADUN BONGAWAN.
Di sini juga dinyatakan bahawa, UMNO Parlimen Kimanis jika kita amati kedudukannya tidaklah memihak kepada penduduk-penduduk masyarakat bongawan yang jauh terpinggir dari segi perjawatan atasan UMNO itu sendiri.

Berikutan "GERAKAN TRANFORMASI KEIMPINAN" "KEBANGKITAN SUARA RAKYAT" mulai diterima dan mendapat sokongan penuh oleh penduduk-penduduk setempat, segelintir penduduk-penduduk Kimanis dan Bongawan mahukan kempen seperti ini dilakukan bagi memberikan ruang baru kepada Calon Baru bagi menduduki kerusi Adun Barisan Nasional PRU13 akan datang.

Kami generasi baru mahukan cara kepimpinan baru dan calon baru menerajui bersama-sama kami dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan BARISAN NASIONAL di PARLIMEN KIMANIS dan DUN BONGAWAN kekal menjadi milik BARISAN NASIONAL.
GANDINGAN yang serasi seiya sekata demi mebawa kemajuan dan pembangunan di dalam kawasan Parlimen Kimanis baik di Peringkat DUN MEMBAKUT mahupun DUN BONGAWAN

keterangan lanjut juga boleh diperolehi:
facebook: perubahan bongawan page
http://awangdyg.blogspot.com/
http://kelapamawar.blogspot.com/
http://belia3k.blogspot.com/
http://kgsilou.blogspot.com/
http://biskitatah.blogspot.com/
http://kainkapanku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment