Wednesday 28 March 2012

SIJIL ANAK NEGERI

SIJIL ANAK NEGERI, APA MANFAATNYA DI SABAH?



Dua isu paling dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa NCR telahpun lama dibatalkan.

Pemilikkan Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh dimanipulasikan.  Lihat kenyataan Media ini :

KOTA KINABALU: Lem- baga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan pera- kuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment