Wednesday 9 May 2012

ADA KU KESAH

Polemik muzakarah PAS-UMNO sememangnya cukup hangat diperkatakan di segenap lapisan masyarakat.Menyedari ia adalah melibatkan dua parti Melayu terbesar yang berlainan prinsip dengan satunya memperjuangkan ketuanan Melayu manakala yang satu lagi memperjuangkan ketuanan Islam. Semestinya ia menarik perhatian dan melibatkan kemungkinan perubahan politik sekiranya ada hasil daripada muzakarah itu nanti.



Pelbagai andaian-andaian yang sengaja diketengahkan seolah-olah bagi menjawab pelbagai persoalan yang timbul di benak kepala terutamanya di peringkat bawahan.Baik andaian yang membawa teori komplot membabitkan pimpinan tertinggi PAS yang berusaha bukan sahaja mendekatkan jurang malahan memasukkan PAS ke dalam lubang yang diselaputi oleh UMNO sendiri seolah-olah mengulangi peristiwa kemasukan PAS sebelum ini. Tak cukup dengan itu,antara yang dipersoalkan kenapa PAS terhegeh-hegeh nak masuk UMNO?Semestinya hal ini bakal mengundang marah yang amat sangat daripada penyokong-penyokong PAS yang zahir mahupun batin.Kemudian,ada satu lagi pihak lain membawa dakwaan liar yang menyatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan bersama-sama dengan UMNO/BN sendiri. Tak payah saya nak ulas satu persatu perihal ini.Saya cadangkan anda meneliti satu analisis yang cukup baik yang ditulis oleh Ustaz Nik Abduh sendiri yang boleh kita -renungkan.



Saya teringat pengisian yang disampaikan oleh naqib saya sendiri,Ustaz Zulkifli Ahmad Al-Pandani . Saya tertarik dengan kenytaan beliau yang ingin saya quote kan di sini;

"Saya setuju dengan pendapat Tuk Guru Nik Aziz tetapi tidak membantah pendapat Tuk Guru Haji Hadi!"

Fikrah yang cuba ditanamkan oleh beliau ialah kita selaku ahli gerakan yang berintima' sepenuhnya dengan jamaah telah disemai dan dididik dengan sifat wala',intima' dan thiqah.Di sinilah ahli-ahli gerakan teruji dengan propaganda2 yang cuba dimainkan oleh musuh2 Islam sendiri.Apakah kita lupa kerna adu domba para munafiq kepada ummul Mukminin Aisyah R.A. yang mana dakwaan yang mengatakan beliau bermukah dengan seorang shbat baginda ketika mana beliau tercicir daripada tandu beliau dan rombongan Baginda dalam satu peperangan?RasulLullah seperti yang dikisahkan dalam sirah sebulatnya menyerahkan kepada Allah SWT?
Apakah kita lupa?

Dalam hal ini sewajibnya bagi mana-mana ahli gerakan jangan cepat terlatah dan terpengaruh dengan jarum-jarum halus pihak musuh.Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan tahajud dan istikharah Tok Guru Nik Aziz dan TG Haji hadi?Sapalah kita nak dibandingkan dengan kapabiliti dan ketinggian ilmu mereka dalam segenap hal yang ada pada ahli-ahli syura?

Dalam hal ini benarlah seperti yang pernah disabdakan oleh Baginda dalam satu hadis berbunyi;

"Tiada islam tanpa jemaah.Tiada jemaah tanpa pimpinan.Dan tiada pimpinan melainkan dengan ketaatan"

Maka marilah sama-sama kita menguatkan keyakinan kita terhadap pimpinan dan menjalankan kewajipan sebagai ahli dan dalam masa yg sama memanjatkan doa kepadaNya agar Allahlah yang menyelamatkan jemaah di saat-saat seperti ini!Bukankah tangan Allah bersama-sama dengan jemaah!?

Tuesday, July 15, 2008

Pasca Debat Perdana :Satu Perspektif

Seperti yang dijangkakan debat perdana antara Dato' Seri Anwar dan Dato Ahmad Shabery semestinya akan menarik pelbagai respon dan kritikan. Tapi secara keseluruhannya ia telah berjaya menjadi satu anjakan platform pertama penasihat PKR tersebut di media perdana.
Namun demikian secara peribadi saya mempunyai pandangan tersediri terhadap keseluruhan perjalanan debat tersebut.

1. Format debat

Ini merupakan kali pertama saya melihat format debat sedemikian rupa di mana terdapat wakil-wakil daripada kedua belah pihak yang boleh melontarkan soalan-soalan tambahan yang semestinya akan mempertahankan pihak yang diwakili oleh mereka dan menjatuhkan pihak yang yang lain.Seingat saya sepanjang penglibatan saya zaman muda-muda dahulu ia dilakukan antaranya ala parlimen.Yang pastinya memang tiada soalan-soalan tambahan daripada wakil-wakil tersebut.Adakah itu adalah satu mekanisme untuk mengurangkan pengaruh atau 'aura' Dato' Seri Anwar dan menjadi perisai tambahan kepada Menteri Penerangan tersebut?Ataupun ia merupakan satu strategi untuk menambahkan kekuatan kepada menteri penerangan tersebut?


2. Pertarungan peribadi

Apa yang saya lihat antara yang terselit dan diulang-diulang ialah pembongkaran semula kisah-kisah lama yang terbuku dan tersimpan rapi di antara kedua-dua belah individu. Daripada demonstrasi jalanan Anwar dahulu sehinggalah kisah Shabery dalam Semangat 46. Sehinggakan kadang-kadang isu tersebut telah mengalih tumpuan massa kepada isu ataupun topik yang dibincangkan kerana ribuan malahan jutaan rakyat menanti-nanti debat perdana ini. Selain itu, sekiranya diperhatikan DSAI berjaya menjadikan debat ini bukan sahaja medan terbaik membentangkan seluas-luasnya pandangan dan perspektif yang cuba digagaskan oleh penasihat PKR dan PR sendiri, malahan ia adalah satu medan terbaik bagi menguji kekuatan pengaruh dan aura politik Anwar secara langsung. Dengan penyiaran secara langsung yang pastinya ditontoni oleh rakyat Malaysia termasuklah penyokong-penyokong baik dari PR,BN dan kawan-kawan lama Anwar dan mungkin dari luar negara sudah pasti perbandingan secara langsung dapat dibuat.Jelas sekali, professional,ketajaman DSAI dalam berhujah dan mematahkan serangan peribadi secara tenang dan bersahaja dapat diperhatikan. Hal tersebut ditambah lagi dengan tepukan gemuruh hadirin termasuklah penyokong Shabery sediri sedikit-sebanyak memenangkan DSAI secara psikologinya.Di pihak yang lain perasaan dan air muka Shabery agak tertekan dan hilang arah kemungkinan tenggelam dengan kekuatan pengaruh DSAI dalam memenangi hati penonton. Tambahan pula,kelihatan jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau turut lari daripada soalan yang diberikan dan mengundang kekecewaan dan kecemuhan di kalangan penonton.

3. Pendekatan populis?

Antara point yang sering dibangkitkan oleh Shabery ialah pengumuman DSAI dan PR berkenaan penurunan harga minyak ialah satu pendekatan populis iaitu penyataan ataupun boleh dikatakan sekadar gimik politik bagi memenangi hati kebanyakan tanpa melihat kembali kepada realiti semasa dan tidak bersandarkan kepada satu kajian yang menyeluruh. Bagi saya ya,ia memang satu pendekatan yang populis.Tidak dinafikan.Politik adalah bersandarkan persepsi. Persepsi masyarakat dan memenangi hati rakyat menjadi salah satu aspek terpenting dalam politik.Sekiranya Ilat yang begitu digunapakai,pandangan yang mengatakan pendekatan populis ini seharusnya juga dihalakan kepada pihak kerajaan terutamanya ketika musim pilihanraya di mana banyak projek-projek mee segera dilaksanakan dan janji-janji manis dilaburkan.Maka barulah adil namanya!

Walaupun demikian , dalam isu ini DSAI ada melontarkan pandangan beliau. Bagi beliau, wakil-wakil parlimen dipilih oleh rakyat.Seharusnya tindakan yang dilakukan oleh kerajaan akan mengambil kira hal-hal rakyat bukanlah sekadar meletakkan bebanan kepada rakyat. Selain menegaskan semula kiraan kasar beliau mengenai pemberian kembali pemberian PETRONAS kepada kerajaan dalam masa yang sama beliau turut mengungkapkan perihal ketirisan yang timbul dalam pengurusan kerajaan kini.

4. Siapa menang?

Dari sudut psikologi dan pengaruh,kelihatan DSAI lebih ke hadapan dan tidak keterlaluan saya katakan beliau lebih mantap daripada Shabery. Soalan-soalan yang dijawab oleh beliau secara tuntas dan baik serta berkeyakinan amat berbeza sekali dengan Shabery.Ditambah dengan pengalaman beliau dalam kerajaan selaku TPM dan Menteri Kewangan , semestinya kepercayaan rakyat terhadap beliau cukup utuh. Manakala Shabery pula kadang-kadang cuba mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan ada juga yang tersasar. Munasabah sekiranya pada pandangan saya pengalaman dan kekuatan pengaruh beliau tidak cukup untuk memenangi persepsi massa. Jikalau dikira dari gemuruhnya tepukan hadirin, kedua-dua sama kuat. Tidak hairan sekiranya salah satu strategi mereka adalah memasang siap-siap penyokong kedua-dua belah pihak dalam Dewan tersebut. Saya ada ulaskan perihal kepercayaan dalam isu ini.

Tapi yang menjadi persoalan kini;

1. Siapakah hakim dalam menentukan pihak mana yang menang? Sekiranya Shabery mengaku kalah atau dikatakan kalah oleh massa, besediakah beliau mengotakan janji beliau untuk meletakkan jawatan? Sediakah Shabery mengaku kalah?

2. Apakah benar format debat itu merupakan satu strategi mengalahkan atau mengurangkan bisa Anwar?

3. Adakah terdapat kemahuan politik daripada kerajaan untuk menukarkan kembali keputusan mereka terhadap kenaikan minyak?Mahukah mereka?

4. Apakah kesan terhadap perjalanan politik Anwar selepas ini?Apakah beliau akan direlakan menjejakkan kaki ke dalam parlimen oleh BN sepertimana yang beliau umumkan?

5. Adakah kerajaan sudah kelihatan bersikap terbuka apabila debat ini telah disiarkan secara langsung?adakah ini sudah cukup untuk menjadi kayu pengukurnya ?

Saya menyerahkan kepada sahabat-sahabat sekalian untuk merenungkannya.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment