LAIN KALI LAH
Politik
Sabah tidak pernah lekang daripada kerakusan kuasa. Pemimpin tempatan
yang benar-benar berjuang demi rakyat juga semakin kecil jumlahnya
berbanding sebelum Sabah menyertai Malaysia. Pemimpin yang kini silih
berganti dan tampil dengan parti baru, kelihatan seakan tidak mampu
untuk menimbulkan impak besar. Apa tidaknya, pemimpin yang sama juga
menjadi pesaing dengan agenda, ideologi dan parti yang berbeza. Tiada
satu parti pun di Sabah ketika ini benar-benar lahir dan wujud tanpa
calon recycle. Carilah mana satu parti politik yang wujud dan lahir
menjelang ambang-ambang PRU-13 di Sabah ini yang dibarisi oleh muka yang
tidak pernah terlibat dengan arena politik Sabah. Tidak lahirpun walau
satu golongan pemimpin yang membawa gelombang suara ketiga sepertimana
yang wujud di Semenanjung.
Apa yang ada di Sabah hanyalah
pemimpin-pemimpin yang sememangnya terkenal dengan kereaktifan mereka
melompat parti sepertimana pemimpin yang ada pada Parti STAR dan terbaru
SPF. Tidak perlu lagi disebutkan nama Raja Lompat ini, kerana mereka
ini sememangnya telah diketahui umum. Agenda yang dibawa pun tidak
banyak berubah, tunjang utama perjuangan Parti baru yang wujud dan
keluar dari BN ini hanya berkisar kepada, meniupkan sentimen Anti
Semenanjung. Dalam mana-mana sesi ceramah sekalipun, janji yang belum
tentu lagi tertunai Ibarat Janji DSAI kepada penduduk Kg. Buah Pala di
Penang,terus ditabur demi meraih undi popular penduduk setempat yang
kelihatannya masih belum faham dan mengerti nikmatnya berada dalam
Malaysia. Mungkin bukan semua yang masih belum sedar, hanya segelintir
sahaja yang masih mudah untuk dipengaruhi dengan janji manis, dan fitnah
tidak berasas ini.
Terlalu banyak yang boleh
dipersoalkan daripada setiap janji yang ditaburkan, dan mungkin juga
jika soalan ini diajukan kepada puak-puak radikal yang kerjanya menabur
janji ini, silap hari bulan tidak terjawablah agaknya soalan ini. Untuk
pengetahuan kalian, wujud unsur manipulasi saikologi dalam usaha pihak
alternatif Sabah dalam memancing undi daripada pengundi tempatan. Untuk
pengetahuan kalian dan seluruh rakyat Sabah, janji yang ditabur oleh
Parti-parti tempatan yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah,
tidak pernah konsisten walaupun baru beberapa bulan parti-parti ini
ditubuhkan. Contoh paling mudah, Isu Royalti Minyak daripada 5% kepada
20% dan terkini 50%.
Sekilas pandang memang jumlah
tersebut merupakan suatu jumlah yang besar dan Mungkinmampu merubah masa
depan negeri Sabah pada masa akan datang. Namun perlu di ketahui semua,
Kenapa tidak pernah pula diberitahu kepada umum, Apa yang akan rakyat
dapat daripada royalti 50% tersebut?, Bagaimana pula keadaan Sabah jika
memperolehi 50% royalti minya tersebut? Berapa ringgit dan sen yang
bakal rakyat Sabah perolehi daripada 50% royalti minyak tersebut? Apakah
janji ini akan 100% ditunaikan, Apa Buktinya? ada black & white ka?
atau kalau sudah dapat terus senyap dan kroni @ hanya ahli parti yang
dapat manfaat?.
Ini merupakan antara persoalan
yang sepatutnya difikirkan oleh setiap rakyat Sabah. Itu baru soalan
yang berhubungkait dengan royalti minyak yang konon-kononya hak rakyat
Sabah (bakal jadi milik dia dan penyokongnya), Belum lagi isu yang
berhubungkait dengan sentimen anti semenanjung yang pastinya
menjerumuskan rantau Asia Tenggara ke kancah perang saudara semata-mata
untuk merebut hak autoriti ke atas Sabah. Nah! kalau ikut aliran Politik
PKR, Sudah tentu Amerika + Yahudi akan masuk campur, dan akhirnya
janganlah hairan jika kekayaan minyak Sabah untuk Amerika la pula.
Bersediakah Sabah untuk keluar dari Malaysia dari segi ketenteraan dan
ekonomi? sepertimana yang dilaung-laungkan oleh pihak berfikiran sempit
demi kepentingan kaum kerabat dan ideologi bersifat kesukuan.
Pemimpin Recycle seumpama ini
seharusnya ditolak oleh rakyat Sabah. Kalau diri sendiri sudah tidak
betul, janganlah berangan-angan untuk memperbetulkan orang lain, nanti
dikhuatiri lain pula jadinya. Kalau sekadar berjanji dengan air liur
tanpa hitam putih, tidak akan mampu membawa Sabah lebih jauh, sebaliknya
kehancuran yang mungkin tidak terduga oleh kita menjadi cagaran.
Istilah pembangkang Sabah Ini kali lah!!! adalah istilah yang
kelihatannya belum bersesuaian. Apa kata ubah saja istilah itu Lain kali
Sajalah!!! kerna istilah ini jauh lebih sesuai untuk parti yang
janjinya hanya melalui air liur dan bukannya melalui hitam putih.
Renung-renungkan/Dkmsabah.
No comments:
Post a Comment