Friday 11 May 2012

SABAH TANAH AIRKU

KES TANAH DI SABAH SEMAKIN PARAH

Pertelingkahan dan perebutan tanah di Sabah sama ada antara individu dengan syarikat tertentu sudah sampai ke tahap kronik. Suruhanjaya SUHAKAM dalam satu kenyataan menyebut terdapat 153 kes melibatkan tanah di sabah yang dilaporkan kepada suruhanjaya itu.

Laporan Bernama:

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) cawangan Sabah menerima 250 aduan sepanjang tahun lepas dengan majoriti daripadanya berkaitan isu tanah.
Menurut laporan Tahunan Suhakam 2011 yang dikeluarkan di sini, suruhanjaya itu berjaya menyelesaikan 45 kes manakala kes selebihnya masih dalam proses siasatan.
Kes terbanyak yang diadukan kepada Suhakam Sabah ialah hal yang berkaitan tanah iaitu 153 kes, diikuti masalah pekerja migran tanpa dokumen pengenalan diri sebanyak 29 kes, kewarganegaraan 15 kes dan pelbagai kes lain.
Laporan itu menyebut suruhanjaya berkenaan turut menerima empat memoradum sepanjang tempoh itu iaitu berkaitan tanah, bantahan mengenai pemberian geran komunal dan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Mengenai forum dan latihan terhadap sistem perundangan orang asal/asli (FTILS), suruhanjaya itu menyambut baik peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri. (Bernama)

No comments:

Post a Comment