Monday 28 May 2012

kata pemimpin KDM dalam Barisan nasional

SEMANGAT DOKUMEN 20 PERKARA SAH & RELEVEN HINGGA BILA-BILA - ONGKILI 

 

 

Ia termaktub dalam laporan IGC dan Perlembagaan Persekutuan
KOTA MARUDU May 28, 2012: Kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.
Bagaimanapun, apa yang rasmi mengenainya ialah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada majlis sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Timbang Batu, dekat sini semalam.
Namun demikian, kata Ongkili, tidak sampai 10 Perkara yang terkandung dalam 20 Perkara asas itu masih relevan.
“Selebihnya, terutama peruntukan berkaitan kewangan, bahasa, agama dan pendidikan secara rela hati diserahkan oleh para pemimpin kerajaan Sabah sebelum ini kepada kerajaan persekutan atau ia (perkara berkenaan) telah lupus kerana masa.
“Oleh itu, apabila kita bercakap tentang 20 Perkara berkenaan hari ini, kita perlu menyebut secara khusus perkara mana yang kita maksudkan.
“Perhatikan Perkara nombor 4 daripada 20 Perkara itu, yang menyebut bahawa tidak boleh berpisah daripada Persekutuan. Ini menjadikan Malaysia suatu percantuman kekal. Oleh itu, kita perlu bercakap tentang usaha mengukuhkan integrasi wilayah kerana ia merupakan komitmen politik para pemimpin pengasas Sabah mengenai Persekutuan.
Beliau berkata: “Hari ini, ahli politik Sabah, terutama pembangkang, hanya bercakap untuk mengutuk dan mengritik persekutuan dan pemimpin persekutuan tapi tidak banyak bersuara tentang usaha membangunkan negara dan menjadikan Malaysia negara yang lebih baik untuk anak-anak kita.”
Timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata parti itu akan terus berjuang untuk mengekalkan mana-mana perkara yang masih ada dan untuk mengukuhkan kedudukanya yang sah.
“Kami berdiri teguh bersama rakyat Sabah untuk mempastikan kerajaan persekutuan menghormati perkara berkenaan. Pihak yang memperjuangkan 20 Perkara ini ialah parti dalam Barisan Nasional (BN), terutama Parti Bersatu sabah (PBS).
“Parti pembangkang hanya tahu bercakap dan memainkan sentimen, tapi tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan hak rakyat Sabah.
“Jadi, cara paling baik untuk mempertahankan perkara itu ialah dengan memastikan BN terus memerintah Sabah,” kata Ongkili, yang turut menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Ranau dan Kampung Manggaris.

No comments:

Post a Comment