Saturday, 12 May 2012

INGAT 7 PRINSIP!


BARISAN KEPIMPINAN...Najib bersama pemimpin tertinggi Umno  menyanyikan lagu Umno ketika  sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.BARISAN KEPIMPINAN...Najib bersama pemimpin tertinggi Umno menyanyikan lagu Umno ketika sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menggariskan tujuh prinsip yang perlu bermain di minda rakyat apabila mahu membuat penilaian dan pertimbangan siapa paling layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
LAUTAN MERAH...ribuan ahli Umno memenuhi stadium pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sambil berseloroh yang beliau mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah hari ini, Presiden Umno itu berkata, beliau tidak menjangka Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi ‘lautan merah’ penyokong Umno umpama perlawanan akhir bola sepak.
“Umno sudah berusia 66 tahun, hampir tujuh dekad, bahang pilihan raya sudah dirasai dan ramai sudah demam pilihan raya.
“Di sini, saya mahu supaya kita semua berfikir bila sampai masanya nanti, prinsip yang pertama, antara Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang, yang mana satu kepimpinannya boleh dipercayai dan janji ditepati? “Siapa bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), baucar buku, bantuan murid sekolah, bantuan peneroka Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, prasarana negara dan siapa yang buat segalanya kalau bukan BN,” katanya pada Majlis Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, prinsip kedua ketika mahu memilih nanti ialah siapa dapat tentukan bahawa esok lebih baik daripada hari ini.
“Ketiga, siapa yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, kedudukan raja-raja Melayu dan hak kaum lain.
“Keempat, siapa boleh menguruskan ekonomi dengan baik sehingga mencapai pertumbuhan yang memberansangkan,” katanya di hadapan kira-kira 100,000 ahli dan penyokong Umno yang hadir dari seluruh negara.
Najib berkata, prinsip kelima ialah siapa mampu menjanjikan perpaduan dan keharmonian kaum selama ini.
“Keenam, siapa yang melaksanakan pembaharuan, penambahbaikan yang tersusun dan transformasi. Terakhir, siapa yang memakmurkan negara sehingga dengan izin Allah akan menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi,” katanya.
Selain itu, beliau turut menempelak pihak pembangkang kononnya lebih demokratik dan terbuka, tetapi bersikap sebaliknya apabila dikritik pemimpin sendiri.
“Sebenarnya Umno lebih demokratik berbanding pihak sebelah sana, ada namanya parti demokratik tetapi tiada demokrasi pun apabila pemimpin parti yang mengkritik jangan berdemonstrasi tapi lebih baik berhimpun dalam stadium, jawatan senatornya tidak disambung.
“Ada pemimpin parti yang satu lagi, tak peduli ibu kandung sendiri (tetapi) Umno pula dipersalahkan.
“Justeru itu, tuan-tuan jangan kita terpalit sandiwara pihak lawan. Biar putih tulang jangan rakyat dan bangsa berputih mata,” katanya.
Pada majlis itu juga, dua individu dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012 masing-masing Tan Sri Arshad Ayub, 84, dan Khalidah Adibah Amin atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin, 76, atas sumbangan mereka kepada negara.
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mohd Hafizee Mohd Arop

No comments:

Post a Comment