JIKA PAKATAN MEMERINTAH, AKAN TIADAKAH DEMONTRASI DI JALANRAYA?
Ramai penyokong
UMNO hari ini membuat pujian kepada parti itu terutama kepada PM Datuk
Seri Najib kerana dapat mengadakan perhimpunan raksasa berwarna MERAH
malam tadi di stadium Bukit Jalil dan berjaya menghimpunan lebih 60 ribu
orang secara aman dan tidak berlaku insiden kekerasan. Itu kredit bagi
UMNO dan BN kata mereka, berlainan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 dan
BERSIH 3.0 yang juga berjaya menghimpunan ribuan rakyat.Bezanya
perhimpunan BERSIH itu diadakan di jalan raya dan dataran merdeka.
banyak insiden keganasan berlaku.
Tapi saya juga
terfikir jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan apakah mereka akan masih
berarak di jalan raya dan mengadakan demontrasi? Jawapnya tentu tidak
lagi. Dan apakah pula UMNO dan BN yang pada waktu itu sebagai
"pembangkang' akan pula mengadakan Demontrasi di jalanraya? Atau adakah
mereka pula akan TETAP mengadakan perhimpunan di dewan tertutup seperti
yang dilakukan semalam?
Banyak jawapan
yang boleh diberikan, tetapi saya percaya sesiapa juga dan parti-parti
mana juga yang menjadi kerajaan akan nampak lebih "BERSOPAN" dari
sebelumnya. Dan mana-mana parti yang berstatus "pembangkang' akan juga
melakukan benda yang saya yakni menunjukkan Protes dan kemungkinan besar
dilakukan di jalanraya dan premis kerajaan.
Jadi yang
demikian mengapakah minda kita tertutup kononnya, hanya UMNO dan BN yang
menjadi parti bersopan santun di negara ini? Mengapakah juga kita
memikirkan bahawa Pakatan rakyat adalah Pakatan pembangkang yang tidak
bertamadun seperti yang di dakwa oleh PM datuk Seri najib semalam?
Sebagai golongan
yang tidak memihak mana-mana parti baik parti pemerintah dan parti
pembantah, saya melihat kedua-dua senarion perhimpunan UMNO semalam dan
Bersih beberapa hari lepas berisiko tidak menjadi panduan kepada
pengundi dalam memilih pemimpin pada PRU 13 nanti. Dalam politik
semangat dan motivasi harus selalu dipupuk supaya perjuangan dapat
direalisasikan.
No comments:
Post a Comment