Mereka Sertai KEADILAN. SIAPA LAGI SELEPAS INI ???
- Bekas Timbalan Ketua Wanita Mca, Bekas Setiuasaha Parlimen, Ahli Jawatankuasa Pusat Mca Dr Tan Yee Kew
- Bekas Ahli Parlimen Segambut, Bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong - Zaid Ibrahim Merupakan Bekas Ahli Parlimen Kota Bahru Dan Juga Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
- Ketua Pemuda Mic Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
- Bekas Ketua Mca Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
- Timbalan Ketua Bahagian Ppp Teluk Kemang, S Karupusammy, Kekuatan Ppp Negeri Sembilan Ialah Di Bahagian Teluk Kemang.
- Intelektual Berbangsa Cina, Yong Thye Chong, Atau Lebih Dikenali Sebagai Kim Quek Menyertai Parti Keadilan Rakyat (Pkr)
- ADUN bebas bagi kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong, 58 sertai KEADILAN.
- Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
- Bekas Naib Presiden MIC sertai PKR
- Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
PETALING JAYA: Bekas
Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga
Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk
menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ia
diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya
Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
"Saya
menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang
secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya
tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63,
yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.
Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.
"Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.
Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.
"Keputusan
muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau
ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak
dipengaruhi semangat adik-beradik."
Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.
Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.
Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini.
Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru.
Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.
MENYUSUL?
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama."
"Selepas
pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat
ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata beliau yang juga Ahli
Parlimen Kapar.
Tahniah Sahabat, kerana, muncul dengan Blog, Suara Rakyat Kimanis.. teruskan usaha,, saya akan bantu Publis Blog Sahabat..
ReplyDelete