GAGASAN 1MALAYSIA CUMA HANYA RETORIK ATAU CAKAP-CAKAP KOSONG SAHAJA ?
Labels:
aktiviti,
belia,
dasar kerajaan,
infrastruktur,
janji,
jkkk,
kredibiliti,
masyarakat,
menteri pusat,
penduduk,
persepsi,
relevensi

"Jadi kalau ke kampung misalnya kita harus membantu Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan pesawah-pesawah dan petani-petani serta anak-anak kita yang masih belajar untuk maju ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sepetang Mengemping Bersama Masyarakat Kampung Gagu di sini.
Rais berkata usaha melaksanakan gagasan 1Malaysia perlu dilihat dengan usaha yang ikhlas untuk membantu membangunkan masyarakat, dan bukan hanya berdasarkan pada retorik atau cakap-cakap saja.
Ini memerlukan semua pemimpin termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan bertindak mewujudkan sentuhan rakyat yang dapat membangunkan masyarakat dalam usaha menyemarakkan gagasan tersebut, katanya.
Rais berkata pelaksanaan gagasan 1Malaysia ini perlu dielak dari terlampau tertumpu kepada aspek "ceremonial" atau acara rasmi seperti kempen dan ucapan, dan aspek sentuhan rakyat perlu ditingkatkan.

Beliau berkata agensi dan kementerian itu perlu melihat apa saja peluang yang boleh disumbangkan kepada masyarakat dalam menjayakan gagasan 1Malaysia ini dan "1Malaysia bukan tamat apabila pemimpin habis berucap."
No comments:
Post a Comment