KUNING VS MERAH, MENGAPA KEDUA-DUANYA WARNA BENDERA MALAYSIA
Selepas lautan
manusia berwarna Kuning membanjiri dataran Merdeka dan di beberapa
tempat seluruh negara dua minggu lepas, hari ini satu lagi lautan
manusia berwarna "merah' memenuhi stadium Bukit Jalil sempena ulangtahun
UMNO yang ke -66.Jika diibaratkan UMNO itu Manusia, dengan umur 66
tahun rasanya sudah 6 tahun berpencen. Biasanya orang yang berpencen
akan duduk diam di rumah, mengimbau kegemilangan lampaunya sewaktu masih
muda dan bertenaga. Tentu pada benaknya, sudah banyak jasa yang
dicurahkan kepada negara.
Sindrom baju
berwarna mula mewarnai iklim politik di negara ini. Mungkin kerana
pengaruh negara jiran Thailand yang setiap kali mengalami perubahan
kepimpinan, biasanya rakyat akan memakai baju warna tertentu menyatakan
sokongan atau bantahan.
sempena ulang
tahun UMNO, penyokong UMNO memakai baju MERAH sebagai tanda sokongan
kepada parti dan kepada PM Datuk seri Najib Tun Razak. Antara KUNING dan
MERAH kedua-duanya adalah warna jalunbg gemilang. Ertinya kedua-dua
perhimpunan itu tujuan asalnya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia
yang tercinta.
UMNO mahukan
kesinambungan kepimpinan supaya pembangunan dapat diteruskan, walaupun
ia memberi gambaran seolah-olahnya hanya UMNO yang boleh berbuat
demikian. KUNING pula mahukan ketelusan dalam sistem pemilihan
kepimpinan negara, supaya demokrasi tumbuh subur di negara ini.
No comments:
Post a Comment