Kg. Silou Ranau, 26hb. September 2009:
Majlis Penyerahan Peralatan Komputer Terpakai Sumbangan Sabah Energy Corporation
telah di laksanakan di perkarangan Masjid Nur Hikmah Kg. Silou yang di
saksikan oleh En. Japirin Sahadi, Setiausaha Politik kepada Menteri
Pembangunan Luar Bandar Dan Keusahawanan Sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin yang
juga Adun N.31 Paginatan.
Dalam
ucapan alu-aluan Pengerusi JKKK Kg. Silou, En. Mohd. Hasbi Jumin,
beliau telah merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada Sabah Energy
Corporation Sdn. Bhd. (SEC) yang perihatin dan sudi menyumbangkan
peralatan komputer kepada penduduk Kg. Silou, dan juga menyatakan bahawa
salah satu tujuan dan matlamat program ini agar “orang kampung tidak
takut kepada komputer” dan akan lebih terdedah kepada teknologi moden
yang penting ini melalui kemudahan internet strymyx.
Sumbangan
sebanyak 15 buah komputer dan 3 buah printer ini telah disampaikan oleh
Tuan Hj. Harun Bin Ismail, Timbalan Pegawai Eksekutif Sabah Energy
Corporation Sdn. Bhd. (SEC) kepada En. Hasbi Jumin. Dalam ucapan Tn. Hj.
Harun Ismail telah menyatakan bahawa sumbangan ini adalah sebahagian
daripada khidmat masyarakat SEC melalui ahli Kelab Sukan & Rekriasi
Sabah Energy Corporation (KSRSEC) dalam membantu penduduk luar bandar
untuk lebih terdedah kepada teknologi moden melalui pembelajaran
penggunaan komputer yang positif dan mengharapkan sumbangan ini akan
digunakan sebaiknya oleh penduduk Kg Silou.
Dalam ucapan melancarkan Program Celik ICT JKKK Kg. Silou,
En. Japirin Sahadi telah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha
AJK JKKK Kg. Silou yang telah mendapatkan sumbangan peralatan komputer
daripada Sabah Energy Corporation (SEC) dan amat berharap agar usaha
seperti ini diteruskan. Usaha murni untuk mendekatkan golongan yang
kurang terdedah kepada ICT ini adalah amat perlu. Dengan ujudnya program
seperti ini dan dipantau oleh AJK JKKK kampung Silou adalah diharapkan
dapat menangani gejala negatif terutama berkaitan dengan remaja yang
selalu mengunjungi siber cafe di pekan yang mungkin terdedah kepada
perkara kurang sihat.

Ketibaan Tn. Hj. Harun Ismail disambut oleh Pengerusi JKKK En. Hasbi Jumin dan KK Kahidin Jemian

Ahli Kelab Sukan & Rekriasi Sabah Energy Corporation (KSRSEC) sedang memasang komputer

Ucapan perasmian Program Celik ICT JKKK Kg. Silou oleh En. Japirin Sahadi

Majlis
penyerahan simbolik peralatan komputer oleh wakil SEC Tn. Hj. Harun
Ismail kepada Pengerusi JKKK Kg. Silou En. Hasbi Jumin

Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. daripada JKKK Kg. Silou

Penyerahan cenderahati kepada perasmi program En. Japirin Sahadi

Penyerahan cederahati kepada Timbalam Presiden KSRSEC

Perasmian simbolik
Program Celik ICT JKKK Kg Silou oleh En. Japirin Sahadi


No comments:
Post a Comment