Monday, 7 May 2012

KENAL PASTI SUMBER YANG MAMPU MENJANA PENDAPATAN

JKKK DIMINTA KENAL PASTI SUMBER UNTUK JANA PENDAPATAN

image TAWAU, 14 Mei (Bernama) -- Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Sairin Karno mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merancang serta mengenal pasti sumber yang boleh diusahakan bagi menjana pendapatan masyarakat di kawasan masing-masing.
Beliau berkata JKKK perlu memainkan peranan untuk membantu golongan miskin untuk melepasi garis kemiskinan dan membantu merealisasikan matlamat kerajaan untuk mensifarkan kemiskinan tegar menjelang tahun hadapan.
"Pelan pembangunan yang dirancang dengan teratur dan sistematik akan membuatkan hasil," katanya semasa merasmikan kursus perancangan dan pembangunan ekonomi setempat/kampung peringkat Zon Tawau di sini, Khamis.
Kursus dua hari itu di sertai oleh JKKK dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu, Kunak, Sulabayan, Sanalang, Bugaya, Balung, Apas, Sri Tanjung, Merotai, Tg Batu dan Sebatik.
Sairin yakin melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, matlamat itu dapat dicapai dengan jayanya.
Katanya kementerian itu telah menyediakan program penempatan masyarakat sejahtera di lokasi Mesej dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, sebagai agensi pelaksana.
Bagi tempoh 2009 hingga 2010, Program Mesej telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di Kg Sapang, Kunak, Kg Dewata, Lahad Datu, dan beberapa kampung di Tawau.
Kini terdapat 2,987 JKKK/JKDB di Sabah.

No comments:

Post a Comment