Monday 7 May 2012

JKKK PERLU INNOVATIF

JKKK PERLU BUAT PROFAIL KAMPUNG MASING-MASING BAGI MENGGAMBARKAN KEADAAN DAN KEDUDUKAN SEBENAR KAMPUNG

JKKK diarah buat profail kampung masing-masing
0812-p-9a
RANAU: Pemimpin peringkat kampung seperti ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dinasihat supaya menyediakan profail kampung masing-masing bagi menggambarkan keadaan dan kedudukan sebenar kampung dan penduduknya.
Profail kampung sangat penting terutama sebagai asas kerajaan untuk menilai dan merancang segala keperluan pembangunan yang perlu dilaksanakan di kampung berkenaan.
Tanpa penyediaan profail kampung yang lengkap dan terkini, pihak kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk menyediakan peruntukan bagi memenuhi keperluan sebenar yang dikehendaki masayarakat.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin berkata demikian di majlis penyerahan watikah pelantikan 32 pengerusiJKKK peringkat kawasan DUN Paginatan, di Rumah Rehat Ranau, dekat sini.
Menurut beliau, sebagai mata dan telinga kerajaan, JKKK adalah agen sangat penting yang dilantik kerajaan untuk menjalankan tanggungjawab membuat perancangan pembangunan di kampung masing-masing.
Tugas JKKK adalah untuk mengenalpasti, merekod dan melapor segala kekurangan dan keperluan masyarakat di bawah jagaannya kepada kerajaan untuk diproses bagi tujuan kelulusan peruntukan dan pelaksanaan projek.
Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan JKKK bahawa setiap permohonan yang mereka ajukan tidak semestinya dapat diluluskan malah yang mendapat kelulusan pun tidak dapat dilaksanakan serta-merta.
“Ia perlu dinilai secara terperinci mengikut keutamaan dan keperluan mendesak. Itulah sebabnya setiap kampung perlu menyediakan profail bagi memudahkan kerajaan menilai keadaan sebenar,” tambahnya.
Katanya lagi, kelulusan peruntukan diutamakan kepada projek yang boleh memberikan menfaat masyarakat umum serta yang berpotensi menaiktaraf kehidupan dan ekonomi penduduk kampung.
Beliau menambah, tugas lain JKKK adalah untuk melapor mana-mana pencerobohan orang luar khususnya pendatang tanpa izin (PTI) di kampung masing-masing.
Katanya, mereka yang didapati melindungi PTI dalam apa cara sekalipun boleh dikenakan tindakan undang-undang yang telah disediakan.
Turut hadir pada majlis itu, wakil pegawai daerah Lasiman Kumbas, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jefrin Majangki, Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit Kementerian Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, Pegawai kemajuan masyarakat (CDO) Andrew Ladat dan Pegawai Perhubungan Kementerian Japari Yadam.

No comments:

Post a Comment