RAMPASAN TANAH DI KOTA BELUD MENDAPAT PERHATIAN PEMBANGKANG
KG.
TABURON, KOTA BELUD- Pada 23 Oktober 2011 bersamaan dengan hari Ahad
yang lalu, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP dan NGO telah turun
bersama-sama penduduk Kg. Taburon dalam mengadakan demonstrasi rampasan
tanah.
Terdapat tiga buah kampung yang
berhampiran telah menjadi mangsa dek kerakusan dan kezaliman pihak yang
tidak bertanggungjawab. Di antara kampung-kampung yang terlibat ialah
Kg. Taburon, Kg. Dudar dan Kg. Indarason. Seramai 50 orang penduduk
kampung telah berhimpun demi menyatakan hak mereka.
Perjalanan ke tempat tersebut
memakan masa kira-kira 2 jam yang mana rombongan Pakatan Rakyat sanggup
meredah bukit-bukau dan jalan yang belum berturap demi bersama-sama
rakyat dalam mendepani isu rampasan tanah di kampung mereka.
Ustaz Awang Laiman selaku
Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Belud, merangkap Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah menyatakan pendirian tegas beliau
bahawa sebarang bentuk rampasan tanah adalah tidak wajar dilakukan dan
ia merupakan satu kezaliman yang tidak berperikemanusiaan. Di samping
itu, penduduk kampung juga di minta mempertahankan hak mereka dan tidak
takut dengan sebarang ancaman serta ugutan daripada pihak yang sengaja
mengambil kesempatan.
Mendengar ucapan dan penjelasan
daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat dan NGO tersebut telah membuka mata
penduduk kampung bahawasannya wakil rakyat Dun N6 Tempasuk tidak
perihatin langsung dengan kezaliman dan nasib rakyat yang telah
tertindas. Sepanjang program tersebut, penduduk kampung juga sempat
mengajukan berberapa soalan dan mengadu masalah-masalah lain yang
dihadapi kepada wakil rombongan.
Dengan sorakan "HIDUP PAKATAN"
daripada penduduk kampung telah memberikan semangat dan impian baru
kepada mereka sekaligus bertekad ingin memenangkan Pakatan Rakyat pada
Pilihan Raya (PRU-13) akan datang. Justeru itu, penduduk kampung
akhirnya menyedari bahawasannya hanya Pakatan Rakyat sahajalah yang
mampu mengubah nasib rakyat yang tertindas selama ini.
No comments:
Post a Comment