Thursday, 10 May 2012

PERJUANGAN UMNO

Perjuangan UMNO, Perjuangan Sebenar – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 10 Mei  – Ahli UMNO harus mempertahankan perjuangan UMNO selama ini kerana perjuangan itu adalah perjuangan sebenar, perjuangan yang suci berlandaskan tuntutan keadilan, kesejahteraan dan kebahgiaan bagi setiap bangsa Malaysia.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli UMNO harus sedar dalam menghadapi era globalisasi, ia perlu melalui perubahan untuk menjadi sebuah parti yang utuh dan dinamik.
“Kiita pasti sedar dalam menghadapi era globalisasasi sekarang ini, UMNO sebagai sebuah parti politik harus melalui perubahan kerana dia sebuah parti yang sentiasa dinamik dan menyedari tuntutan masyarakat pelbagai di samping itu untuk menentukan negara kita terus terpelihara, rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera  dan makmur
“Untuk itu, penting bagi ahli-ahli parti kita menyedari dan tugas serta tanggungjawab amat mencabar ini, perlu sekali kita lihat bukan apa yang kita lakukan selama ini, kekuatan yang ada pada parti kita, kelemahan yang perlu kita perbaiki supaya rakyat istimewanya orang Melayu untuk melihat UMNO kekal sebagai tunggak kekuatan bangsa dapat kita terus pertahakan,” katanya dalam perutusan sempena Hari UMNO ke 66.
Menurutnya, program trasnformasi yang dilakukan kerajaan adalah untuk meningkatkan apa jua perkara yang bukan sahaja untuk kebaikan orang Melayu tetapi untuk bangsa Malaysia, hasil transformasi yang dilakukan itu dapat diterapkan kepada semua rakyat di semua peringkat.
Mengenai pilihan raya, Muhyiddin berkata Pilihan Raya Umum ke 13 adalah pilihan raya yang paling getir dan mencabar kepada semua parti yang bertanding nanti.
“Kita sedar tidak beberapa lama lagi kita mungkin akan berhadapan dengan satu cabaran yang besar, setiap lima tahun kita akan berhadapan dengan  rakyat jelata, dan kita akan berhadapan dengan pilihan raya dan kita tahu ini sesuatu keadaan yang amat mencabar, kita tidak lupa cabaran getir kita hadapi pada 2008
“Kita menjangkakan pilihan raya umum yang kita hadapi dalam tempoh terdekat dengan lebih getir dan dikatakan antara pilihan raya paling mencabar dalam sejarah negara,” katanya.
Beliau berkata, untuk menentukan UMNO  terus kekal sebagai kuasa utama dalam tampuk pemerintahan Barisan Nasional, pemimpin UMNO di semua peringkat perlu memikul tugas yang amat besar dan melaksanakan program yang membolehkan meningkat kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment