BAKAL PRESIDEN PERANCIS, FRANCOIS HOLLANDE, BERULANG-ALIK KE PEJABAT MENAIKI SKUTER
Labels:
luar negara,
transparensi

Digelar sebagai Mr Normal, Hollande berkempen untuk meninggalkan gaya hidup glamor diamal Sarkozy sehingga tokoh itu mendapat jolokan Mr Bling Bling.
Dalam perisytiharan diterbitkan semalam, Hollande berkata, harta utamanya adalah sebuah rumah seluas 130 meter persegi di perkampungan Mougins di Riviera, selatan negara itu.
Perisytiharan itu menunjukkan Hollande - kini menyewa apartmen di Paris dan kini boleh berpindah ke kediaman rasmi, Istana Elysee - menguasai aset bernilai RM4.6 juta.
Aset lain yang diisytihar Hollande ialah akaun bank bernilai 8,200 euro (RM32,575), insurans nyawa 3,550 euro (RM14,103) dan perabot 15,000 euro (RM59,593).
Dia berulang-alik ke pejabat menaiki skuter kerana tidak memiliki kereta.
Suami kepada Carla Bruni itu memiliki kekayaan bernilai RM10.7 juta, meningkat sedikit berbanding RM8.3 ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai presiden pada 2007.
No comments:
Post a Comment