Monday, 7 May 2012

ELAK RAKYAT TERASA TERSISIH

ELAK ADA RAKYAT RASA TERPINGGIR: SAPAWI

BEAUFORT, 17th May, 2009: Elak daripada adanya rakyat di kawasan masing-masing merasa terpinggir dari sebarang program yang dianjurkan.
image Itulah nasihat Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung pada majlis penutupan program gotong-royong, bumi hijau dan cinta alam di Kampung Teratak Padas Damit dekat sini kelmarin.
Beliau berkata setiap program yang hendak dilaksanakan dipastikan melibatkan rakyat secara menyeluruh khususnya generasi muda.
“Kita mahu program yang dilaksanakan benar-benar sampai ke peringkat akar umbi termasuklah generasi muda.
“Jangan ada yang tertinggal dalam projek yang dianjurkan sendiri oleh JKKK atau pihak kerajaan menerusi jabatan atau agensi,” katanya dan menambah program yang direncanakan itu diharap dapat member manfaat dan keuntungan kepada rakyat.
Menurutnya, amat penting kepada JKKK menjalinkan kerjasama erat dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan untuk rakyat.
Katanya, pemimpin JKKK juga perlu sentiasa proaktif dan kreatif dalam melaksanakan program atau aktiviti untuk rakyat di kawasan masing-masing.
“Hubungan baik dan kerjasama yang ada dengan jabatan serta agensi kerajaan akan membolehkan JKKK menganjurkan pelbagai program untuk manfaat penduduk di kawasan masing-masing,” katanya dan menambah kerajaan sendiri menerusi jabatan dan agensinya sentiasa berusaha untuk membantu rakyat.
Beliau memberitahu kerajaan tidak sekadar menumpukan usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan atau pembangunan material semata-mata tetapi turut berusaha membantu rakyat memperbaiki serta mempertingkatkan pembangunan ekonomi masing-masing.
Menurutnya, kerajaan menyediakan pelbagai peluang tetapi rakyat memerlukan ilmu dan kemahiran untuk bersaing dan merebut peluang tersebut.
Bagaimanapun, Sapawi berkata usaha yang dilakukan oleh kerajaan tentunya terhalang dan tidak sampai ke peringkat akar umbi jika JKKK enggan bekerjasama dan tidak berupaya melibatkan rakyat secara menyeluruh.
“Kerajaan tidak mahu perkara ini berlaku kerana kerajaan tidak ingin melihat akan adanya rakyat yang terpinggir,” katanya lagi.
Majlis anjuran Kawasan JKKK Kampung Teratak, Zon Padas Damit turut dihadiri oleh wakil Rakyat Lumadan, Kamarlin Ombi; Pemimpin Kemajuan Rakyat, Ahmad Mumin; Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Ismail; Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Beaufort, Samson Saad dan Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang, Matbali Musah.

No comments:

Post a Comment