Wednesday, 9 May 2012

KRITIK DAN IKHLAS

Belajar Cara Kritik Dan Ikhlas

Daripada Tasawur Asasi Gerakan Islam oleh Al-Ustadh Fathi Yakan menyatakan ada beberapa syarat-syarat untuk memberi kritikan sebagai individu-individu dalam harakah iaitu;
  1. Siasat kebenaran
    Gesaan kepada semua muslim untuk menyelidiki sebarang berita ataupun info sebelum mengkritik dan mengkaji sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin dan kata-kata yang diterimanya.Kebanyakan khabar-khabar angin adalah palsu dan tidak benar.Demikian juga kata-kata orang.

     RasuluLlah SAW bersabda;
    "Sesuatu khianat itu menjadi besar apabila engkau bercakap kpd saudara engkau tentang sesuatu percakapan,ia percaya benar kepada engkau sedangkan engkau berbohong kepadanya"(Al-Bukhari)
    Makanya sesuatu kritik hendaklah tidak berasaskan pada dzan,sangkaan dan syak akan tetapi hendaklah didatangkan sekali dengan dalil dan bukti-bukti yang jelas.

    2. Siasat tujuan untuk memberi kritikan
    Hendaklah kita mengkaji faktor-faktor yang mendorong seseorang itu mengkritik kerana kita takut dia dipengaruhi oleh hawa nafsu semata-mata seperti hendak membalas dendam,menghina ataupun ada tujuan-tujuan lain..Sekiranya rangsangan tersebut tidak jelas dalam dirinya maka hendaklah saudara Muslim itu segera menghentikan kritikannya itu.Termasuk jugalah sekiranya ia tidak merasa puas hati ataupun tahu bahwasanya perbuatannya itu didorong semata-mata mencari keredhaan Allah,kepentingan Islam ataupun irihati pada orang lain.

    Al-kahfi: 110

  3.  Bersemuka dengan individu tersebut
Kita jua disuruh menyelidiki terlebih dahulu cara-cara ataupun kiat-kiat terbaik dan ungkapan paling baik dalam memberi nasihat.Syarat untuk memberi peringatan ialah nasihat-menasihati pada kebenaran dan bukan pada kebatilan


Al-Asr:3
 
 
 
Adalah lebih baik sekiranya nasihat itu diberikan secara keseorangan kerna itu lebih berkesan dalam dirinya dan lebih selamat dari dimasuki oleh syaitan.
Benarlah sepertimana kata-kata Saidina Ali RA;
"Nasihat di hadapan orang ramai adalah paluan"
    Saudara yang memberi nasihat itu jua hendaklah dengan cara bersopan,beradab dan merendahkan suara.Berapa banyak perkataan yang tidak dapat diterima oleh manusia terus menjadi dendam dan permusuhan yang berakhir dengan putusnya hubungan persaudaraan selama-lamanya.Ingatlah saudara-saudara bahaya kegelinciran lidah dan seperti mana disebutkan oleh RasuluLlah SAW;
"Tidak menjadi lurus iman seseorang hamba sehinggalah hatinya lurus,tidak menjadi lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya
Kasar dan lepas cakap dalam kritikan hanyalah membawa kepada penutupan hati dan telinga.Sementara lemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan membawa kesan di dalam jiwa.
4. Siasat Tajuk
Saudara yang memberi nasihat hendaklah ia mengemukakan dalil syara' sebagai penguat hujahnya serta nasihatnya.Perbincangannya dengan saudaranya itu hendaklah dengan tajuk yang sesuai dan sederhana jauh dari menyimpang dan keterlaluan supaya perkara itu tidak bertukar kepada pertengkaran dan perbahasan serta dikongkong pula oleh perasaan dan nafsu serta dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga pecah jalinan persaudaraan.
Al-Syura 10

5. Berlapang dada dan sabar
Yang memberi dan menerima hendaklah bersikap sabar dan berlapang dada.Hendaklah menjadi pemandu dalam dua pihak tadi ke arah mendapatkan keredhaan Allah Rabbul A'lamin lebih-lebih lagi dalam berpegang teguh pada kebenaran.sama sekali tidak boleh memenagkan satu pihak dan menjatuhkan satu pihak yang lain.saudara-saudara hendaklah mendengar apa yg sering diulangkan oleh Saidina 'Umar al-Khattab RA;
"Orang yang paling aku sukai ialah orang yang dapat menunjukkan kesalahan"
Hal ini juga turut disebut sebagai situasi menang-menang ataupun win-win situation oleh Stephen Covey dalam bukunya Seven Habits of Highly Effective People.Dengan paradigma seperti ini dapat menjana kefahaman sesama individu yang terlibat seterusnya mengelakkan perpecahan ataupun bertentangan dengan kefahaman machiavilisme yang mengangkat falsafah siapa yang paling kuat akan menang.
    
Ikhlaskah kita?
Ikhlas kepada Allah adalah bermaksud segala amal adalah melulu kepada Allah.
Bagaimana sekiranya kita menganjurkan satu majlis sambutan hari raya tetapi dalam masa yang sama dengan niat menunjukkan yang PAS pun boleh buat sambutan raya seperti ini,adakah kita dikira ikhlas kepada Allah?
Suka saya memetik jawapan naqib saya,Ust Zulkifli Ahmad..Jawabnya cukup mudah.Apa-apa kerja yang kita buat (selagi mana tidak bertentang dengan syara') bertujuan agar syiar Islam naik makanya ia dikira ikhlas di sisi Allah.Perbezaan yang sedikit sahaja di sudut niat sudah boleh menentukan di manakah nilai amal kita di sisinya.Itulah niat..
Bagaimana pula dengan isu kronisme ataupun nepotisme yang dikatakan berlaku di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat khususnya PAS selaku sebuah gerakan Islam?Adanya perlantikan di kalangan ahli keluarga sendiri untuk menjawat jawatan-jawatan tertentu di kalangan organisasi kerajaan dsbg?
Mari kita menyoroti sirah Baginda RasuluLlah SAW dan sahabat-sahabat baginda.Bukankah khalifah pertama umat islam,saidina Abu Bakar RA merupakan mertua dan sahabat kepada Nabi SAW?Umar pula merupakan sahabat baginda?Usman selain sahabat baginda juga merupakan menantu RasuluLlah SAW sebanyak dua kali dilantik menjadi khalifah?Saidina Ali juga sepupu Baginda Nabi turut dilantik sebagai Khalifah yang ke-empat.
Eh,mereka itu sahabat-sahabat nabi.Mana boleh disamakan dengan pimpinan masa kini.Memang betul mereka sahabat-sahabat nabi.Mereka adalah golongan yang terbaik seperti mana yang diakui dalam satu hadis nabi
Nabi Salallahualaihiwasalam bersabda melalui riwayat Aisyah ra : "Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)"
(Hadith Sahih, riwayat Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 50)
Memang mereka hebat.Mereka adalah golongan awwalun dan golongan yang dijamin masuk syurga.Akan tetapi adakah boleh pada zaman kini kita mendapat kualiti seperti mereka ?Mencari 'ahli syurga' bagi menjadi pimpinan kita ?Persoalan yang paling besar siapa yang dapat menjamin yang mereka itu adalah ahli syurga spt jaminan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW?
Maka disinilah panduan yang ditinggalkan Baginda RasuluLlah SAW iaitu Al-Quran dan As-Sunnah bagi memilih pemimpin.Saya rasa semuanya sudah maklum berkaitan perbahasan pemilihan pimpinan yang boleh dirangkum kepada dua perkara yakni Al-Quwwah dan Al-Amanah.
Kualiti yang dicari ialah kekuatan dan kebijaksanaan.Maka itulah kualiti yang dicari di samping bertaqwa kepada Allah SWT.Makanya itulah kualiti yang menjurus kepada kualiti seorang ahli syurga seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain.Jadi yang paling penting ialah kualiti quwwah &..... serta bertaqwa perlu ditekankan dalam pemilihan walaupun itu merupakan kronisme sebab di zaman nabi sudah berlaku kronisme.Tetapi pemilihan mereka disebabkan KELAYAKAN mereka sebagai seorang pemimpin di dunia yang membawa masyarakat ke kesejahteraan akhirat.
Tiada masalah kronisme dalam pemilihan pimpinan selagimana mereka itu adalah layak seperti mana yang disebut di atas.
Wallahua'lam
 

No comments:

Post a Comment