Monday, 7 May 2012

JKKK PERLU LEBIH TELUS

"SAYA MAHU MEREKA (JKKK DAN KETUA KAMPUNG) DI DAERAH INI SENTIASA TURUN PADANG UNTUK MENINJAU DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ORANG YANG AMAT MEMERLUKAN BANTUAN. "JIKA PERLU MEREKA HARUS MENGAMBIL GAMBAR RUMAH-RUMAH PENDUDUK YANG DIKATEGORIKAN MISKIN TEGAR UNTUK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA,"

Mesti telus senarai golongan miskin - Bolkiah
PITAS 29 Jan. - Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung di daerah ini diminta bersikap telus dalam menyenaraikan golongan miskin tegar yang perlu diberikan bantuan.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Bolkiah Ismail berkata, sikap amanah dalam menjalankan tugas itu penting bagi memastikan hanya golongan yang layak menerima bantuan kerajaan.
"Saya mahu mereka (JKKK dan Ketua Kampung) di daerah ini sentiasa turun padang untuk meninjau dan mendapatkan maklumat tentang orang yang amat memerlukan bantuan.
"Jika perlu mereka harus mengambil gambar rumah-rumah penduduk yang dikategorikan miskin tegar untuk diambil tindakan segera,"
"Sebelum ini terdapat rungutan mengenai senarai dalam e-Kasih untuk golongan miskin tegar dimana golongan yang tidak layak turut disenaraikan.
"Saya berharap perkara ini tidak berulang lagi, malah kalau perlu senarai nama dikenalpasti diserahkan kepada saya atau jabatan berkaitan untuk dikemaskini,"

No comments:

Post a Comment