Monday 7 May 2012

JANGAN TUNGGU BILA DEKAT PILIHANRAYA UMUM

SEGALA PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT HENDAKLAH DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN DI PERINGKAT AKAR UMBI BUKAN MENUNGGU SEHINGGA TIBANYA PILIHAN RAYA UMUM. - NAJIB

Ketua Kampung Serta Anggota JKKK Penghubung Antara Rakyat Dan Kerajaan
PEKAN, 29 Mei (Bernama) -- Ketua-ketua kampung dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta memelihara hubungan yang baik dengan kerajaan supaya harapan serta tuntutan rakyat sampai kepada kerajaan dan dapat disalurkan kepada mereka secepat mungkin.
"Bagi kami di pihak kerajaan atau wakil rakyat, salah satu perkara yang dilakukan adalah merasai denyutan nadi rakyat melalui pandangan, cadangan dan rumusan yang boleh disampaikan melalui ketua kampung dan ahli JKKK yang juga jentera nadi rakyat.
"Jika jentera nadi rakyat ini berfungsi dengan baik, kami sebagai wakil rakyat akan sentiasa memperoleh pandangan dan informasi tetap tentang apa saja isi hati rakyat,"
"Saya harap ketua kampung boleh meringankan beban yang terpaksa saya pikul, jadi janganlah masalah kecil yang boleh diselesaikan peringkat bawah juga diletakkan atas bahu saya,"
"Jangan jaga sanak saudara atau kroni kita saja tapi tolong jaga semua anak buah kita. Bila saya jadi Perdana Menteri, banyak laporan yang sampai kepada saya (jaga orang tertentu sahaja) jadi saya harap selepas ini peranan ketua kampung dapat diperbaiki lagi,"
"Apahal jadi ketua kampung di Pekan tapi duduk di Kuantan... duduklah di kampung sendiri sebab itulah cara terbaik sekiranya kita mahu jadi ketua kampung yang cemerlang,"

No comments:

Post a Comment