SIAPA KATA ORANG MUDA TOLAK UMNO/BN SABAH?
Bagai nak rak, cybertrooper pakatan pembangkang di laman sosial
mengatakan generasi x dan Y sudah muak dengan pemerintahan kerajaan BN
sabah. Konon dikatakan telah membiarkan negeri bebas ini dijajah oleh
kerajaan persekutuan. 20 tahun bertapak di negeri di bawah bayu ini
sudah membuatkan kononnya negeri kaya telah menjadi negeri miskin papa
kedana menanti muflis.Ada pula dengan gah mengatakan bahawa sudah tiba
masa kerajaan diktaktor ini ditukar kerana generasi baru Sabah bencikan
penyeksaan yang mereka rasakan. kononlah. tapi......
YAB Ketua menteri Sabah disambut smangat gelombang Biru dan Pink memenuhi dewan |
hakikatnya. dalam usia 20 tahun. setahun sahaja lagi anak kelahiran
Sabah yang dilahirkan tahun 1992. menerima pelbagai kemudahan sejak
dalam perut sehingga mereka tamat persekolahan di bawah kerajaan BN
Sabah. Pu3 tak akan sentuh sebelum 20 tahun kerana nak melihatkan bahawa
selama kerajaan BN memerintah dan kemasukan UMNO di bumi bertuah ini.
telah menambah pembangunan dari 20 tahun yang lalu. tidak seperti yang
digambar gemburkan oleh LIDAH PANIK pembangkang .
Warna pink semangat juang dan ceria bertahan. |
Pu3 nak kongsi 1 petikan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua
Puteri UMNO Malaysia) yang menarik dan mendapat sambutan spontan yang
hadir dalam dewan Masyarakat Tawau semalam (18hb Mei 2012)
PINK BIRU memenuhi segenap dewan suara bergema BN PILIHAN KAMI |
" ....... pilihanraya
umum ke-12 meninggalkan kesan buruk kepada kita semua. Pihak
pembangkang berpandangan ianya petunjuk tentang terhakisnya sokongabn
rakyat terhadap BN, ada yang beranggapan bahawa BN yang menjadi tunjang
kekuatan politik akan tinggal dalam lipatan sejarah dan mereka
meramalkan ianya merupakan titik permulaan kepada berakhirnya hanyat
sebuah parti yang gah, kuat dan hebat...... Pembangkang kata TALKIN
KITA. Meraka kata ORANG MUDA MAHU MESEUMEKAN KITA. SIAPA PILIHAN ORANG
MUDA??"
Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah menyahut; BN!!!!!!!!!!!!
YAB Ketua Menteri membuat PC setelah selesai Majlis pelancaran BN Pilihan Orang Muda Sabah |
Perkara yang selalu dicanangkan sebelum ini sebenarnya hanya sebagai
COVER-COVER mereka nak sangat memerintah Sabah. Jangan nak temberanglah.
Pengundi Sabah bukan jenis yang buta minda. akal cetek. Mereka jauh
berpengalaman. Dapat membezakan penipuan dan pembohongan yang dilakukan
oleh pembangkang. Bunyi yang kuat tin kosong tu hanya mulut longkang
yang ada hati nak berKUASA. bila tak dapat memegang kuasa, mereka LOMPAT
KATAK ke kumpulan baru untuk tujuan sama. Tak dapat lagi, LOMPATAN
LEBIH TINGGI diusahakan agar mimpi indah tak menjadi ngeri. mereka ini
jenis manusia yang mementingkan diri sendiri
AYUH ORANG MUDA. Berjuanglah BN TETAP PILIHAN ORANG MUDA
No comments:
Post a Comment