AMARAN DAN NASIHAT RASULULLAH S.A.W. SEBELUM WAFAT
Ali bin Abi Talin r.a. berkata:
"Setelah turun Surah Idza ja'anashrullahi wal fath, baginda Rasulullah
SAW ketika itu sedang sakit, dalam sakit itu baginda Rasulullah SAW
keluar dengan kepala yang diikat iaitu pada hari Khamis, beliau memasuki
masjid lalu naik ke atas mimbar dan beliau duduk di atas mimbar.
Muka baginda Rasulullah SAW
yang pucat dan dengan mata yang mengalirkan air mata,
baginda Rasulullah SAW pun memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh Bilal
berseru di Madinah bagi mengumpulkan orang ramai bagi mendengar wasiat
baginda Rasulullah SAW yang terakhir.
Apabila Bilal melaksanakan
seperti yang diperintahkan oleh baginda SAW, maka berkumpul lah semua
penduduk Kota Makkah yang terdiri dari budak-budak, orang dewasa lelaki
dan perempuan. Kesemua mereka keluar dengan terbuka dan begitu juga
dengan pasar menjadi kosong. Bersesaklah masjid sehingga penuh. Kemudian
baginda Rasulullah SAW berkata kepada para jemaah: "Berilah peluang
kepada orang-orang yang di belakang supaya masuk ke dalam."
Setelah itu
baginda Rasulullah SAW pun bangun berdiri sambil menangis beliau
mengucap: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un." Baginda Rasulullah SAW
bersyukur kepada Allah SWT sebagaimana lazimnya dan membaca selawat utk
semua nabi dan diri baginda sendiri.
Selepas itu baginda SAW pun
bersabda : "Sesungguhnya aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
bin Hasyim dari bangsa Arab Makkah dan tiada nabi sesudah aku, wahai
semua manusia dengarlah bahawasanya diriku telah diberitakan akan mati,
dan telah terlalu dekat akan meninggalkan dunia ini, dan aku juga telah
rindu kepada Tuhanku, dan sedihnya aku meninggalkan umatku. Apakah yang
akan mereka katakan pula sepeninggalanku, Ya Allah
selamatkan,selamatkan."
Sabda baginda Rasulullah
SAW : "Wahai sekalian manusia dengarlah wasiat terakhirku kepada kamu
semua dan ingat-ingatlah serta sampaikanlah kepada mereka yang tidak
hadir kerana ini adalah wasiatku yang terakhir. Wahai manusia, Allah SWT
telah menjelaskan kepada kamu semua dalam kitab al-Quran yang
diturunkannya tentang yang halal dan yang haram, yang harus kamu semua
lakukan dan yang harus kamu semua tinggalkan, oleh itu hendaklah kamu
semua gunakan yang halal dan tinggalkan yang sama sekali haram dan
percayalah pada yang musyabih dan lakukalah yang muhkam (tegas) dan
jadikan ia sebagai peringatanmu yang berupa contoh-contoh itu."
Setelah itu Rasulullah SAW
memandang ke langit sambil berkata : "Ya Allah, sesungguhnya aku telah
menyampaikan maka saksikanlah."
Bersabda Rasulullah SAW
lagi : "Wahai manusia awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat yang
menyesatkan yang jauh dari tuntutan rahmat Allah SWT dan syurga bahkan
ianya dekat kepada neraka. Oleh itu hendaklah kamu semua menjaga jama'ah
(kumpulan) dan hendaklah istiqamah (tetap jujur dan lurus) kerana ini
akan mendekatkan diri kepada Allah dan syurga dan yang menjauhkan dari
api neraka. Sabda baginda SAW lagi : "Ya Allah, aku telah menyampaikan.
Wahai manusia, takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah
dalam menjaga agama dan amanat yang telah diamanatkan kepada kamu.
Takutlah kepada Allah. Takutlah kepada Allah dalam memelihara
hamba-hambamu, hendaklah kamu memberi mereka makan dari apa yang kamu
makan, begitu juga dengan pakaian, hendaklah kamu memberi mereka pakaian
dari apa yang kamu pakai dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan
sesuatuyang mereka tidak kuat untuk melakukan, kerana mereka itu juga
dijadikan dari daging dan darah, yakni makhluk yang sama dengan kamu.
Dan ingatlah mereka yang aniaya pada mereka (hamba-hambamu) maka akulah
lawannya pada hari Kiamat nanti dan Allah SAW hakimnya."
Baginda SAW menyambung lagi
: "Takutlah kamu kepada kepada Allah dalam memelihara isteri, tepatilah
mahar yang telah kamu janjikan pada mereka dan jangan menganiaya
mereka, nescaya kamu akan diharamkan dari hasanat-hasanatmu pada hari
Kiamat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia hendaklah kamu
menjaga dirimu dann keluargamu dari api neraka, dan hendaklah kamu
mengajar mereka akhlak sopan santun, sebab mereka itu adalah bagai orang
tawananmu dan amanat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia
patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari
keturunan Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir
itu beerti taat kepadaku, dan sesiapa yang taat kepadaku beerti taat
kepada Allah, dan sesiapa yang menentang mereka beerti menentang aku,
dan mereka yang menentang aku beerti maksiat kepada Allah. Ingatlah
jangan keluar dari mereka, dan jangan memutuskan janji-janjimu pada
mereka, ingatlah saya telah menyampaikan."
Rasulullah SAW menyambung
lagi : "Wahai manusia, hendaklah kamu cinta kepada keluargaku, ahli-ahli
Qur'an dan para ulama-ulamamu, jangan sekali-kali kamu membenci atau
hasad dengki pada mereka, jangan kamu menghina mereka, ingatlah sesiapa
yang cinta pada mereka beerti cinta kepadaku dan sesiapa cinta kepadaku,
maka Allah cinta kepadanya, dan sesiapa yang membenci pada mereka
bererti membenci padaku, dan sesiapa yang benci padaku maka benci pada
Allah. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia jagalah solat
lima waktu dengan menyempurnakan wudhunya dan menyempurnakan ruku',
sujudnya. Wahai manusia keluarkanlah zakat hartamu, ingatlah sesiapa
yang tidak mahu mengeluarkan zakat maka tidak dikira (anggap) solatnya,
dan siapa yang tidak dikira (anggap) solatnya, maka dia tidak beragama,
dan tidak dikira puasa dan hajinya dan juga jihadnya. Ya Allah saya
telah menyampaikan."
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji keatas orang
yang berkuasa perjalanannya dan sesiapa yang tidak mahu melaksanakannya
maka bolehlah dia pilih apakah dia akan mati seperti Yahudi atau
Nasrani atau Majusi kecuali yang uzur kerana penyakit atau kerana raja
yang zalim. Ingatlah bahawa mereka tidak akan mendapat syafaatku dan
tidak akan minum dari telagaku. Ingatlah sayan telah menyampaikan. Wahai
manusia sesungguhnya Allah SWT akan mengumpulkan kamu semua pada hari
Kiamat disuatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan,
pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang
menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik,
ingatlah saya telah menyampaikan."
Rasulullah SAW bersabda
lagi : "Wahai manusia, jagalah lidah kamu, keluarkan airmata kamu,
tundukkan hatimu dan letihkanlah badanmu serta berjihadlah melawan
musuhmu, makmurkanlah masjidmu dan ikhlaskan imanmu. Nasihatlah
teman-temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu dan jagalah kemaluanmu,
bersedekahlah dari hartamu, jangan hasut-menghasut nescaya akan hilang
hasanatmu (pahala), jangan ghibah (mengumpat) nescaya binasa kamu.
Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia berusahalah kamu dalam
memerdekakan budak-budakmu (hamba-hamba), dan berbuatlah kebaikan untuk
kekuranganmu dan hajatmu. Wahai manusia jangan menganiaya, sebab Allah
sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang menganiaya, dan kamu juga
yang akan menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali,
Allah tidak rela jika kamu melakukan maksiat. Wahai manusia sesungguhnya
sesiapa yang berbuat kebaikan maka untungnya itu adalah untuknya
sendiri, dan sekiranya sesiapa melakukan kejahatan maka kejahatan itu
akan ditanggungnya sendiri dan Allah tidak akan menganiaya pada
hamba-hambaNya, oleh itu jagalah dirimu dan hari dimana kamu dihadapkan
kepada Allah, dimana setiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya
dan mereka tidak akan dianiaya.
Akhir sekali baginda
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai manusia sesungguhnya aku akan menghadap
Allah SWT dan aku telah diberitahu akan kedatangan kematianku, maka aku
serahkan kamu semua kepada Allah iaitu agama dan amanatmu. Wassalamu
alaikum warah matullahi wabarakatuh."
Setelah selesai sabdaan
baginda maka baginda SAW pun turun dari mimbar dan terus masuk kedalam
rumah dan tidak keluar lagi selepas itu.
Wallahu A'lam
(Di adaptasi dari penulis Salman Al-Farisi)
*************************************************************************
Dalam kisah ini
dapatlah kita mengkaji dan meneliti sebab-sebab mengapa Rasulullah SAW
begitu mengambil berat masalah umat baginda, sebabnya baginda SAW adalah
seorang nabi dan rasul yang tidak menyayangi diri sendiri tetapi beliau
sayangi semua umat beliau, dan perjuangan Rasulullah SAW adalah
semata-mata untuk membawa umat beliau semua kesyurga Allah.
Cuba kita lihat kasih
sayang seorang ibu atau bapa dengan kasih sayang Rasulullah SAW dengan
kita. Apabila seorang ibu atau bapa menyayangi anak-anak mereka maka
mereka akan membeli apa sahaja barang yang diminta oleh anak-anak
mereka, tetapi dalam hal kasih sayang antara anak dan ibu bapa ada
batasnya, apabila seseorang ibu atau bapanya itu berasa gembira dengan
pencapaian anaknya dalam bidang pelajaran dan tidak mahu mengajar
anaknya itu dengan pendidikan Islam maka ianya bukan dikatakan seorang
ibu atau bapa itu sayang kepada anaknya.
Sebabnya yang akan
menjaminkan anak itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat adalah
dengan mengajar anak itu dekatkan kepada Allah, kalau anak itu cuma
dididik dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu cuma dididik
dengan mempelajari pelajaran lain maka anak itu akan jadi pandai dalam
hal itu dan tidak tahu langsung tentang agama. Apabila ini berlaku maka
inilah yang dikatakan seorang ibu atau bapa itu cuma sayang anak itu
kerana dia menjadi pintar dalam bidang yang dipelajarinya.
Dalam masa itu
haruslah seorang ibu atau atau bapa itu sedar bahawa anak yang mereka
tidak didik dengan cara Islam sebenarnya mereka tidak sayang kepada anak
itu, seorang ibu atau bapa hanya dikatakan sayang kepada anaknnya
apabila dia memelihara anak itu mengenal Allah dan rasul serta
mendekatkan diri pada Allah, sebab yang dikatakan demikian adalah kerana
Allah SWT telah terangkan kepada kita bahawa kita akan dibangkitkan
kembali ke satu alam yang disebut alam Akhirat dimana di sana kita akan
disoal satu demi satu, dan mereka yang tidak mengerjakan suruhan Allah
akan dicampak ke dalam api neraka yang sangat pedih siksanya.
Kalau seorang ibu
atau bapa sayang kepada anaknya apakah dia akan membiarkan anaknya itu
membesar tanpa mengenali Allah dan Rasul, apakah seorang ibu atau bapa
berasa gembira apabila melihat anaknya tidak sembahyang, tidak berpuasa,
tidak mahu mengeluarkan zakat, dan lebih suka hidup cara Yahudi dengan
mengamalkan budaya-budaya karut dan fahaman-fahaman karut.
Seorang ibu dan bapa
juga dikatakan pengkhianat kalau hanya mereka sahaja yang mengamalkan
agama tanpa mempedulikan tentang anak-anak mereka,padahal mereka itu
adalah penentu kemanakah mereka hendak membawa anak itu, sama ada dekat
kepada Allah atau dekat kepada neraka. Kalau ibu bapa bergembira
anak-anaknya mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang besar dan mereka
tidak mendidik anak-anak itu dengan agama Allah, dan apabila mereka
(ibubapa) itu telah tua dan telah sedar mati itu terlalu dekat maka
mereka tidak pedulikan anak uang mereka banggakan dahulu, sebaliknya
mereka memulakan solat dan mengingati Allah, jadi dalam hal ini yang
dikatakan pengkhianat ialah kedua ibu bapa kalau hendak berdakwah dengan
anak rasa malu sebab diawal-awal lagi dia tidak diajar mengenali Allah
dan Rasul. Ini bukanlah dikatakan sayangnya ibu bapa pada anak-anak
mereka.
Cuba kita lihat pula
bagaimana Rasulullah SAW menyayangi umat beliau, baginda berdakwah demi
untuk umat beliau suapaya smeua umat beliau memasuki syurga Allah,
walaupun beliau cedera dalam menyampaikan dakwah tetapi beliau tetap
berjuang hingga ke akhir hayat untuk mendekatkan umat beliau kepada
Allah SWT.
Rasulullah SAW telah
mengajar segala yang perlu kepada kita supaya kita mengikut cara beliau
dalam semua bidang, ini bertujuan supaya kita mendapat kejayaan didunia
dan akhirat, kita juga harus mempelajari semua bidang yang perlu, sama
ada bidang sains, bidang perniagaan atau bidang-bidang lain dengan
syarat ianya tidak lari dari ajaran Islam.
Cinta Rasulullah SAW
pada kita adalah yang unggul dan tidak berbelah bagi, sebab itu
Rasulullah SAW menyuruh kita membuat perkara-perkara yang dituntut, dan
Rasulullah SAW sangat sayang pada kita dan baginda tidak sampai hati
untuk melihat umat baginda berada dalam penyiksaan Allah di akhirat
nanti. Sebab itulah walau pun baginda telah tahu ajal baginda telah
dekat namun baginda menggunakan masa yang ada sedikit itu dengan memberi
amaran dan nasihat terakhir, inilah yang dikatakan sayang dan sejati.
Saudara-saudariku,
hidup kita ini tidak akan kekal, satu hari nanti kita juga akan mati,
oleh itu ingatlah segala pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan
dekatkanlah diri kita kepada Allah, janganlah kita tangguh-tangguh lagi
kerana mati itu terlalu dekat pada kita dan ia adalah perkara yang PASTI
akan berlaku.
Ya Allah peliharalah
kami semua dari godaan dunia, peliharalah kami dari dunia yang penuh
dengan muslihat, pimpinlah kami ke jalan yang lurus ke jalan yang Engkau
redhai. Amin.
Terima kasih atas meluangkan masa membaca tinta ana......
No comments:
Post a Comment