MEMBASUH DOSA PEMIMPIN DENGAN PPRT?
Labels:
aktiviti,
alam sekitar,
blog,
dasar kerajaan,
demokrasi,
doa,
ekonomi,
hak asasi,
ibubapa,
internet,
isu tanah,
jkkk,
kebangsaan,
kesihatan,
ketua kampung,
krisis,
luar bandar,
MACC,
malaysia,
mangsa,
MP SABAH,
pejabat daerah,
pembangunan,
penduduk,
persepsi,
peruntukan,
pictures,
pilihanraya,
politik,
sabah,
SDC,
sejarah,
siber,
skandal,
Stratagem,
survival,
tahniah,
visi,
yb sabah
LAPAR.... Kanak-kanak ini kelaparan kerana belum bersarapan pagi
walaupun sudah jam 1.15 petang kerana bapa mereka, Muhammal baru pulang
daripada menjala ikan.
BISKUT.... Setelah 46 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang
belum menjamah sarapan pada jam 3.30 petang ketika kebanyakan orang
sudah asyik menikmati Hi-Tea di Hotel terkemuka.
BERASAP.... Dapur mereka hanya berasap jika Muhammal mempunyai hasil untuk membeli beras kerana kehidupan yang begitu melarat.
WAJAH.... Wajah kemiskinan yang merantai kehidupan Jalilah belum mampu dilukiskan di kanvas kehidupan.
BESAR... Keluarga besar Muhammal yang menjaring mimpi untuk keluar
daripada kepompong kemiskinan yang merantai kehidupan mereka selama ini.
SENYUM.... Jalilah masih mampu tersenyum sekalipun disula kemiskinan
tegar di gubuk buruk yang menjadi sangkar kehidupannya selama ini.
GABI.... Percayakah anda Jalilah dan keluarganya hanya mengalas perut
mereka dengan air suam kosong sebagai hidangan makan malam kerana
suaminya tidak memperoleh tangkapan ikan siang tadi.
TANGKAPAN.... Jika nelayan sungai Segama seperti rakan Muhammal ini
mampu menangkap sepuluh ikan lampan jawa sebesar ini sehari, mereka
mampu keluar daripada penjara kemiskinan.
WARIS.... Sampai bila bapa mewariskan anaknya dengan kemiskinan
sedangkan kerajaan mewar-warkan Miskin Tegar Sifar pada 2010 iaitu enam
bulan dari sekarang?
TERPAL....Apakah layak saya menggelarkan diri saya Wakil Rakyat jika
membiarkan Abdul Salleh sekeluarga hidup dalam kemiskinan sedangkan
mereka turut menyumbangkan undi memenangkan saya pada pilihanraya umum
lalu?
ZING.... Bantuan 50 keping zing ini hanya untuk meringankan beban
mereka sementara menunggu pembinaan rumah PBR mereka yang memakan masa
yang agak lama.
DAIF.... Kehidupan Wohraya begitu daif sehingga anaknya tidak dapat
melanjutkan pelajaran menengah kerana dibelenggu kemiskinan.
USANG..... Rumah keluarga malang Wohraya ini sudah terlalu usang dan akan menyembah bumi pada bila-bila masa.
RUMAH.... Saya menunaikan Janji Datuk Nasrun yang disarkan di akhbar
Cina ini untuk memberi sebuah rumah PPRT kepada Khairunnisa pada 2004
demi menjaga maruah UMNO.
MARUAH....Saya terpaksa menyelamatkan maruah Nasrun untuk membela nasib
keluarga malang miskin tegar Cina ini yang terletak hanya 100 meter di
belakang rumah Nasrun.
ASAS.... Masih ramai penduduk luar bandar bergantung kepada air hujan
sedangkan kerajaan membenarkan konsesi bekalan air membuang berjuta
liter air sehari ke longkang kerana bekalan melebihi permintaan!
TUMPAH.... Berapa baldi air mata yang harus ditumpahkan oleh rakyat
miskin tegar untuk membasuh dosa pemimpin terdahulu yang hanya tahu
berjanji namun gagal menunaikan janji?
BERAT.... Tugas membasmi kemiskinan tegar bukanlah mudah, namun walau seberat mana, saya terpaksa memikulnya.
MEDIA.... Kenapa hanya akhbar Cina yang berani menyiarkan realiti
kemiskinan sedangkan akhbar arus perdana seolah-olah kehilangan
sentuhan?
TURUN....Kerajinan Jabatan Kebajikan turun padang membantu saya mencegah kemiskinan tegar terus merantai kehidupan mereka.
RUMAH.... Saya hanya dapat meluluskan rumah baru kepada keluarga miskin
tegar ini, namun bagaimana mereka mahu mengeluarkan diri mereka
daripada kemiskinan sedangkan mereka tidak mempunyai pendapatan?
GEDUNG....Sungai adalah gedung harta bagi nelayan sungai, namun kerajaan gagal memastikan gedung harta ini daripada pencemaran.
TELAGA.... Inikah balasan atas undi mereka yang masih bergantung kepada air telaga untuk kegunaan seharian?
Sekian, Salam Hormat! YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam.
No comments:
Post a Comment