JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DAN KETUA KAMPUNG JANGAN MENGANIAYA PENDUDUK MISKIN - KURUP
Labels:
jkkk
Usah abai penduduk miskin layak diberi bantuan
Sebaliknya, mereka harus menyempurnakan tugas menyenaraikan penduduk miskin sebagai golongan yang layak menerima bantuan secara ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.
"Pemimpin di peringkat akar umbi perlu mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan bagi membolehkan maklumat mengenai mereka dikemukakan kepada kerajaan.
"Kita harus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat kerana kita diberi mandat oleh kerajaan sebagai perantara dengan anggota masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Tinagalan, Sook kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.
Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Sook, Peter Beaty dan Ketua Daerah Sook, Yunus Kimin.
Sehubungan itu, Kurup menggesa anggota masyarakat gigih berusaha meningkatkan sosioekonomi melalui sektor pertanian dan kraf tangan dengan menyertai kursus dan seminar keusahawanan.
Sejurus selepas itu, beliau melawat seorang warga emas, Siningga Sibah, 80, yang hidup sebatang kara dalam pondok usang di kampung berkenaan.
No comments:
Post a Comment