Kenyataan Parti Pembangkang: Rakyat Atau Bernard Dompok Yang Keliru?
Sekadar Pandangan Penulis

Beliau berkata kebanyakan kenyataan mereka tidak mencerminkan gambaran sebenar dan maklumat penuh tentang dasar dan program pembangunan yang
Sehubungan dengan kenyataan Bernard Dompok itu, memang tidak dapat dinafikan sejak sekian lama parti pembangkang menyuarakan protes atau pun rasa tidak kepuasan hati melalui pelbagai saluran media massa alternatif dan ceramah.
Mereka luahkan laungan ini berasaskan tidak tanduk kerajaan BN yang seringkali membelakangkan masaalah utama rakyat (antara lain) dari aspek saperti berikut;
- Kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang tidak terkawal.
- Masaalah PTI,PATI, PATAI, Mykad dan RCI
- Infrastruktur asas yang teruk di luar bandar Sabah
- kemiskinan dan pengangguran berterusan
- Rampasan Tanah NCR berlanjutan
- Perancangan pembangunan yang tidak seimbang dikalangan daerah
- Hak-hak negeri Sabah yang dipingirkan sejak penubuhan Malaysia

Dari apa yang kita tahu, beliau banyak menghabiskan masa nya sama ada di Penampang (tidak jauh dari Kota Kinabalu) atau pun di Ibu Kota Kula Lumpur.
Dalam konteks ini, selain dari menegak benang yang basah atau beliau seakan-akan takut pada bayang-bayang sendiri.
Dalam isu itu, apa yang jelas parti-parti pembangkang hanya menyampaikan hasrat rakyat dan kebenaran berlaku disebalik tabir kenyataan Bernard Dompok bahawa selama ini kerajaan telah berjaya melaksanakan program pembangunan untuk kebaikan rakyat.
Berita BERNAMA Sepenuhnya...

Beliau berkata kebanyakan kenyataan mereka tidak mencerminkan gambaran sebenar dan maklumat penuh tentang dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat.
- "Apa akan jadi apabila rakyat disajikan dengan laporan tidak tepat. Mereka akan menjadi keliru. Dikelirukan dengan laporan yang tidak betul sehingga mereka tidak dapat membuat pilihan yang tetap (terutama dalam pilihan raya umum)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Sepakat Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Buhavan Square, Penampang, Sabtu malam.
- Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata rakyat kini 'dibanjiri maklumat' yang disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk media baru, blog dan laman sosial yang adakalanya mempengaruhi pemikiran rakyat.
- Oleh itu, beliau berharap Komuniti 1Malaysia di bawah naungan Jabatan Penerangan dapat membantu kerajaan menangkis isu negatif yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.
No comments:
Post a Comment