SERAH PROJEK KEPADA JKKK DISOKONG PENUH: RUFUS
Labels:
jkkk,
pembangunan
Katanya, JKKK memerlukan kewangan untuk tabung selain membayar keperluan utama seperti bekalan elektrik dan air bangunan kerajaan.
“Melalui penyaluran projek-projek pembangunan kerajaan di bawahRM25,000 kepada JKKK dapat menampung segala keperluan dan bayaran-bayaran lain,” katanya
Beliau berkata, pada masa ini terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti balairaya yang lampu dan air dipotong akibat ketiadaan tabung untuk membayar keperluan asas ini.
“Selain itu, kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan dan pembaikan projek dalam kampong tidak membayar sesen pun kepada JKKK untuk tabung badan ini sedangkan segala permohonan projek adalah dibuat oleh JKKK,” katanya kepada media di sini pada Isnin.
Rufus menyokong penuh saranan agar peruntukkan di bawahRM25,000 tidak dimasukan untuk cabutan undi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) sebaliknya menyalurkan pelaksanaan projek itu kepada JKKK.
Beliau mengulas kenyataan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang memohon kepada SDO supaya mengkaji semula pemberian projek RM25,000 ke bawah yang kini dijalankan mengikut cabutan undi kepada kontraktor bagi melaksanakan projek di peringkat kampung.
Jainab berkata, projek berharga RM25,000 ke bawah itu seharusnya diberikan kepada JKKK untuk melaksanakannya di peringkat kampung seperti yang dilakukan dahulu.
“Badan JKKK juga perlu diberi peluang dan peranan untuk mengendalikan projek-projek kampung kerana badan ini lebih arif tentang keperluan projek pembangunan di peringkat kampung,” katanya.
Sementara itu, Rufus ketika mengalu-alukan saranan itu berkata, ia adalah satu kebenaran di mana ramai penduduk di sini yang tidak berminat untuk menjadi Pengerusi JKKK berbanding menjadi Ketua Kampung.
Katanya, kalau dahulu Pengerusi JKKK jadi rebutan tetapi pada masa ini ramai tidak berminat memandangkan beban tugas selain elaun yang rendah juga kos perbelanjaan mengurus turut menjadi beban kepada mereka tambahan lagi projek-projek yang dipohon dibuat oleh kontraktor luar tanpa memberikan sebarang tabung untuk badan ini selepas projek yang dilaksanakan siap.
Beliau berharap agar kerajaan memandang serius mengenai perkara ini agar tidak ada JKKK yang bermasalah terutama pembayaran bekalan elektrik dan air di bangunan-bangunan kerajaan di bawah jagaan JKKK.
Pada masa sama, beliau juga meminta kerajaan agar dapat mempercepat pembayaran elaun Pengerusi JKKK kerana terdapat di kalangan mereka yang masih belum menerima elaun sejak lebih tiga bulan lalu.
Elaun Pengerusi JKKK pada masa ini katanya, adalah RM200sebulan.
No comments:
Post a Comment