KEPIMPINAN ISLAM:
KONSEP DAN AMALANNYA
KONSEP DAN AMALANNYA
Oleh:
Nurhelmi bin Hj. Ikhsan
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (Istinbat)
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Pendahuluan.
Allah s.w.t. mencipta manusia, melengkapkan mereka dengan keupayaan intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi. Di samping kejadian manusia, Allah juga mencipta makhluk-makhluk dan kejadian lain sebagai sesuatu yang berguna kepada manusia. Dalam mencipta kejadian-kejadian ini, Allah membekalkan dua prasarana kepada manusia untuk memakmurkan muka bumi iaitu kebolehan mengurus (skill) dan sumber-sumber (resources). Tanggungjawab memimpin dan mengurus sekumpulan individu atau sesuatu masyarakat untuk mencapai objektif atau matlamat terletak kepada bahu pemimpin.
Kejayaan dan kemajuan sesuatu bangsa bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin mereka dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab oleh pemimpin dan seterusnya menggerakkan masyarakat menuju keredhaan Allah. Islam telah menyediakan garis panduan yang jelas dalam soal kepimpinan yang boleh dipraktikkan untuk kesejahteraan masyarakat. Konsep kepimpinan Islam perlu difahami dan diterapkan dalam bentuk yang komprehensif sesuai dengan maksud Islam sebagai cara hidup (nizam al-hayah).
Definisi Kepimpinan.
Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: ‘Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua’. Terdapat pelbagai definisi diberi tentang ‘kepimpinan’, antaranya:
1. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu;
2. Tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama; dan
3. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan.
Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti ‘khalifah’, ‘imamah’, ‘qiyadah’, ‘za’mah’, ‘ri’ayah’, ‘ri’asah’ dan ‘siyadah’. Semua istilah ini menunjukkan wujudnya hirarki dalam kepimpinan Islam dan boleh dilihat dalam beberapa ayat al-Qur’an, antaranya :

Surah al-A’raaf , ayat 142.
Maksudnya: Dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat). Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan. Surah al-A’raaf , ayat 142.

Surah al-Baqarah, ayat 124.
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu), Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantik kamu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku) jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonan mu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.
Kepimpinan seringkali dikaitkan dengan seni membimbing, mendidik, memujuk, mempengaruhi, mengajak, menuntun dan sebagainya. Justeru itu, umat Islam digesa supaya sentiasa sedar tentang keperluan dan kepentingan kepimpinan kerana kepimpinan yang cemerlang akan melahirkan masyarakat yang cemerlang.
Cabaran Membentuk Pemimpin dan Kepimpinan.
Kepimpinan dari perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi terutama pemimpin-pemimpin negara. Cabaran untuk membentuk kemahiran kepimpinan dalam setiap individu Muslim adalah cabaran utama yang perlu difahami.

Mengikut hadis Rasulullah s.a.w.,
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah kepimpinannya seperti sabda Baginda yang bermaksud
‘Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab
kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya’ .
Berdasarkan hadis ini, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum, seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki kepimpinan meningkat setahap demi setahap - bermula dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukan kepimpinan seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti dipikul olehnya.
Pemimpinlah sebenarnya yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin. Banyak nas syara’ yang menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut,

misalnya firman Allah s.w.t.:
Surah al-Baqarah, ayat 257.
Maksudnya: Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Setiap Muslim mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam lingkungan tanggungjawabnya. Ini kerana kepimpinan bukanlah sesuatu yang statik atau kaku dan tidak berkembang tetapi ia sebenarnya dinamik, boleh berubah kepada tahap yang lebih baik dengan melalui beberapa proses tertentu. Memang ada penulis yang beranggapan seorang pemimpin berpengaruh memang telah dilahirkan dengan beberapa sifat yang melayakkan dirinya sebagai pemimpin. Dengan erti kata lain

mereka ‘born to be a leader’ atau memang mereka dilahirkan untuk menjadi pemimpin. kata Jaafar Muhammad, 1988.
Bagaimanapun, pemimpin yang berpengaruh diakui perlu juga melalui beberapa proses atau latihan yang boleh membentuk personalitinya sebagai seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang mencurahkan seluruh pemikiran dan tenaganya bagi memastikan pengikut-pengikut memperolehi manfaat yang banyak dari kepimpinannya, dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang besar kata Ahmad Ibrahim, 1991.
Dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
‘Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam (pemimpin) yang adil dan yang paling dibenci Allah ialah imam yang zalim’.
Cabaran Melaksanakan Tanggungjawab Kepimpinan.
Kepimpinan mengikut perspektif Islam bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan Abu Dzar al-Ghifari yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya yang bermaksud:
‘Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggungjawabkan’.
Amanah menunaikan tanggungjawab bukan sahaja terhenti kepada menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada pengikut-pengikut, tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah menyempurnakan amanah kepada Allah.

Ibn Taimiyyah (Ibn Taimiyyah, Siyasah al-Syar`iyyah (1988).) menekankan bahawa kriteria penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai sesuatu jawatan ialah memastikan mereka mempunyai dua sifat penting iaitu quwwah (keupayaan mentadbir dan mengurus) dan amanah. Menariknya, Ibn Taimiyyah sendiri, yang menulis buku berkenaan kira-kira 800 tahun dahulu, juga turut mengakui bahawa sukar memperolehi pemimpin yang mempunyai kedua-dua sifat ini sekaligus.
Islam amat mementingkan kesejahteraan masyarakat dengan menentukan beberapa kriteria dalam pembentukan kepimpinan. Pemimpin yang sentiasa menjaga amanah kepimpinannya akan memiliki rasa tanggungjawab (sense of responsibility) yang tinggi dan seterusnya mendorong dia mengambil berat apa yang benar-benar berlaku kepada pengikutnya.
Saidina Umar al-Khattab r.a. contohnya, digambarkan sering memeriksa kehidupan rakyatnya, adakalanya di waktu malam, untuk mendapat informasi yang benar dan direct tanpa bergantung kepada laporan pegawainya semata-mata (Naceur Jabnoun, 1994). Dengan informasi berkenaan, beliau dapat bertindak cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sebahagian besar masa dan kerja pemimpin berkait rapat dengan urusan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengikut di samping mewujudkan interaksi dengan para pengikut. Lima tanggungjawab utama kepimpinan dalam Islam yang perlu dipenuhi iaitu:

(Mohd. Amin Saleh, 1990)
1. Menegakkan Kebenaran Islam.
Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan dan kesukaran.

Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ‘Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit’. Begitu juga Allah s.w.t. berfirman:
Surah al-Ahzab, ayat 39.
Maksudnya: (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka).
2. Memelihara Karamatul Insan.
Manusia yang dicipta Allah mempunyai nilai yang tinggi di sisi-Nya. Kemuliaan manusia bergantung kepada kemurnian akhlak yang diterjemahkan di dalam kehidupan, menjaga kehormatan diri, memelihara moral dan keunggulan peribadi dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ia akan merendahkan martabat insan.
Syed Muhammad Naguib al-Attas menjelaskan tentang hakikat manusia dengan menyatakan bahawa - ‘Man has a dual nature, he is both soul and body, he is at once physical being and spirit’. Oleh kerana kerana manusia dicipta untuk menyembah Allah, tugas itu perlu dilakukan kerana ianya sesuai dengan fitrah penciptaan manusia.
Dengan keupayaan intelegence dan huda (petunjuk) yang dibekalkan, manusia mesti dipandu supaya menjadi makhluk yang mulia, yang tahu menggunakan akal untuk mencari dan menemui kebenaran. Nafsu haiwan manusia yang rendah kedudukannya perlu dikawal dan pemimpin perlu memastikan para pengikut bukan sahaja dibentuk dalam konteks sosio-ekonomi, tetapi juga memenuhi tabii kemanusiaan yang asal.
3. Memakmurkan Bumi-Nya.
Memakmurkan bumi Allah dalam ertikata membangunkan ekonomi negara, membangunkan sahsiah penduduknya dan menjaga keharmonian dan kesejahteraan adalah tanggungjawab utama pemimpin. Segala urusan berkaitan pembangunan negara hendaklah dipertimbangkan dari segi kemaslahatan umum, bukannya hanya terhad kepada kelompok atau kumpulan tertentu.
Pengagihan kekayaan negara hendaklah dilakukan secara adil dengan memberi hak kepada yang berhak menerimanya dan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk membina kehidupan di dunia dan tidak melupakan kebaikan di akhirat.
4. Menjalankan Urusan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.
Menjadi tanggungjawab utama pemimpin mengarahkan dan melaksanakan perkara-perkara yang baik dan berusaha mencegah kemungkaran untuk memastikan para pengikut sentiasa berada di dalam kesentosaan dan memperoleh nikmat secara maksima dalam kehidupan.
Lubang-lubang kemungkaran perlu ditutup untuk mengelak merebaknya wabak keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Firman Allah s.w.t.:

Surah al-Anbiya’, ayat 73.
Maksudnya: Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; dan mereka sentiasa beribadat kepada Kami’.

5. Islah (memperbaiki) Masyarakat Melalui Guna tenaga yang Patut.
Menjadi tanggungjawab pemimpin mengorganisasi bidang-bidang kehidupan para pengikut, terutama dengan menurunkan kuasa kepada yang layak. Penyusunan bahagian-bahagian, unit-unit dan sebagainya di dalam struktur organisasi kepimpinan mesti dipandu supaya melakukan islah dengan segala kemampuan yang ada.

Firman Allah s.w.t.:
Surah al-Qasas, ayat 26.
Maksudnya: Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.

Cabaran Melaksanakan Hak Pemimpin dan Pengikut.
Kualiti kepimpinan memang diutamakan oleh Islam. Bagaimanapun, kualiti berkenaan tidaklah semata-mata terletak kepada pemimpin tetapi juga pengikut. Pengikut yang berkualiti akan melahirkan pemimpin yang berkualiti. Kualiti kepimpinan yang dilihat oleh Islam berhubung rapat dengan menunaikan amanah tanggungjawab kepimpinan.
Dalam hal ini, pemimpin mesti bersifat terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah tanggapan negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut atau rakyat. Islam turut menggariskan hak-hak pemimpin dan yang dipimpin dan ia perlu dilaksanakan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

Satu yang perlu difahami dalam kepimpinan Islam ialah ungkapan bahawa ‘Pemimpin yang baik juga adalah pengikut yang baik’. Kenyataan ini adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji kepimpinan merujuk kepada seorang pemimpin yang berkesan di mana dalam masa yang sama dia juga menjadi pengikut yang baik.
Oleh kerana tugas memimpin merupakan satu amanah yang penting lagi berat, Islam turut menggariskan hak-hak yang wajar diterima oleh pemimpin dari pengikut-pengikutnya. Kalau pemimpin diminta melaksanakan urusan kepimpinan dengan penuh amanah dan dedikasi, Islam juga meminta para pengikut melaksanakan tugas mereka kepada pemimpin. Terdapat sekurang-kurangnya tiga hak yang wajar dinikmati oleh pemimpin dari pengikut iaitu mendapat kepatuhan dan taat setia, mendapat kerjasama dan memperolehi teguran serta nasihat.
1. Mendapat Kepatuhan dan Taat Setia.
Kepatuhan dan taat setia dari para pengikut akan menentukan segala urusan berkaitan dengan kemasyarakatan berjalan lancar dan memastikan organisasi kepimpinan tidak kucar-kacir.

Allah s.w.t. berfirman:
Surah an-Nisaa', ayat 59.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan (sunnah) rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya.
Perlu dijelaskan bahawa ketaatan bukan hanya sekadar meliputi kepada perkara-perkara yang disukai, tetapi merangkumi juga perkara-perkara yang mungkin dibenci. Ini kerana dari segi fitrahnya, manusia mudah taat kepada perkara yang disukai, tetapi sukar mentaati perkara yang tidak disukai.
Perintah ketaatan kepada pemimpin bagaimanapun tidaklah mutlak sebagaimana perintah ketaatan orang mukmin kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana Rasulullah s.a.w. menghadkan ketaatan kepada pemimpin hanya kepada perkara-perkara yang ma’ruf seperti sabda Baginda yang bermaksud: ‘Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara-perkara ma’ruf’.
Islam juga menekankan bahawa ketaatan kepada pemimpin bukan kerana kehebatan personaliti atau kerana takut dan bimbang kepada sesuatu bentuk tindakan yang mungkin akan berlaku, tetapi ketaatan diberikan adalah kerana jawatannya yang dianugerahkan Allah untuk mentadbir urusan umat.
2. Mendapat Kerjasama.
Selain memberi ketaatan, para pengikut juga wajar memberi kerjasama dan memastikan sesuatu perancangan atau program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya mencapai objektifnya. Pemimpin yang memimpin dalam lingkungan syariat wajar mendapat kerjasama sepenuhnya dari para pengikut. Kerjasama kepada pemimpin boleh dimanifestasikan dalam berbagai bentuk - dari berbentuk pengorbanan, mempertahankan kewibawaan pemimpin dengan lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada pengorbanan harta dan keringat.
Kerjasama dari pengikut bagaimanapun hendaklah timbul dari rasa tanggungjawab terhadap pemimpin yang menunaikan amanahnya seperti yang diperintahkan oleh Allah dan bukannya didorong oleh kepura-puraan atau kerana ada kepentingan lain.

3. Memperolehi Teguran dan Nasihat.
Hak ketiga yang wajar dinikmati oleh pemimpin ialah mendapat nasihat dan teguran yang baik dari para pengikut. Menyedari akan hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah perfect, Islam meminta umatnya menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka.
Dalam hal ini pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran dan nasihat. Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang membuka ruang kepada rakyat supaya beliau ditegur seperti disebut dalam ucapan dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah Islam pertama menggantikan Rasulullah s.a.w., katanya yang bermaksud: ’Jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah aku, dan jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku’.
Saidina Umar al-Khattab r.a. berpendapat bahawa khalifah tidak boleh menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu yang membezakannya dengan rakyat jelata sehingga tidak ada orang yang berani menegur. Ini akan membawa kepada kekacauan dan kemusnahan negara dan menyebabkan hubungan kasih sayang antara pemimpin dengan rakyat menjadi jauh.
Sikap keterbukaan pemimpin amat penting kerana ia boleh mencipta suasana yang harmoni antara pemimpin dengan para pengikut dan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka. Kerana itu Islam juga mengajar supaya pemimpin tidak menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang membezakan dirinya dengan para pengikutnya.

Di sisi Allah, ukuran perbezaan di antara manusia adalah ketakwaan mereka, bukannya kedudukan dan kemewahan harta benda. Oleh kerana wujud sikap keterbukaan pemimpin, umat Islam tidak ragu-ragu memberi nasihat, kerana menganggap agama itu adalah nasihat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
‘Agama itu adalah nasihat. Kami (para sahabat) berkata kepada siapa, ya Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w. Kepada Allah, kepada rasul-Nya, kepada Kitab-Nya, dan kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan masyarakat mereka’.
Sistem teguran yang dianjur oleh Islam dianggap unggul kerana ia tidak memihak kepada pemimpin sepenuhnya dengan mengorbankan kepentingan ummah dan ia tidak pula memihak kepada kumpulan atau ummah dengan mengorbankan kepentingan pemimpin. Ia menjelaskan di antara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu pihak dan tugas dan tanggungjawab pengikut di satu pihak yang lain.
Sementara itu, para pengikut juga berhak memperolehi manfaat dari pemimpin iaitu memperolehi perkhidmatan (service) yang terbaik. Pemimpin perlu meletakkan diri mereka sebagai orang yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan dan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-pengikut seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ‘Pemimpin umat itu ialah khadam kepada mereka’.
Keputusan-keputusan dalam mengendalikan kepimpinan mesti berorientasikan kemaslahatan pengikut dan pemimpin perlu banyak meransang, mengambil inisiatif mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber yang ada untuk mencapai objektif. Kepimpinan yang positif dari pemimpin akan menghasilkan budaya kualiti dan kehidupan cemerlang para pengikut.
Penyelesaian - Mewujudkan Kepimpinan Berkesan.
Untuk melahirkan kepimpinan Islam yang berkesan, caranya adalah pelbagai. Namun yang paling penting ialah apa yang dinyatakan oleh Ibn Taymiyyah (meninggal 728H) dalam bukunya al-Siyasah al-Syar’iyyah. Beliau memulakan perbincangan tentang keberkesanan kepimpinan dengan merujuk kepada ayat al-Qur’an yang menekankan tentang sifat amanah dan adil seorang pemimpin seperti yang disebut dalam al-Quran seperti berikut:

Surah an-Nisaa’, ayat 58.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.
Bersifat amanah dan adil adalah dua sifat utama yang menjadi kayu ukur menentukan keberkesanan seorang pemimpin. Kedua-dua sifat tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan ketakwaan pemimpin kepada Allah s.w.t. Manifestasi dari sifat amanah dan adil seorang pemimpin memberi kesan kepada pengikut-pengikut terutama untuk mencapai kepada matlamat as-sa’adah atau kebahagiaan sebenar di dalam kehidupan.
Pembentukan sifat amanah dan adil seorang pemimpin tidak diperolehi hanya melalui warisan tetapi perlu diusaha, antara lain melalui pendidikan, pembelajaran dan pengalaman yang dilalui dalam tempoh tertentu. Pengukuran keberkesanan seorang pemimpin mengikut pandangan Islam dilihat bermula dari perspektif peribadi pemimpin itu sendiri dan kemudian barulah menjalar kepada masyarakat dan negara keseluruhannya.
Seorang pemimpin yang memimpin sebuah negara besar umpamanya, tetapi terlibat dalam kesalahan moral seperti peminum arak dan sebagainya, tidak dianggap berkesan dan berjaya pada pandangan Islam, walaupun mungkin dianggap berkesan jika diukur dari segi prestasi kerjanya.
Di kalangan para sarjana yang membuat kajian lapangan dengan meneliti perilaku seorang pemimpin yang berkesan dan penerimaan oleh pengikut telah mendapati, tidak ada sifat-sifat khusus yang boleh dikatakan secara pasti atau mutlak untuk menentukan tahap tertinggi kredibiliti dan keberkesanan seorang pemimpin. Ini kerana ada sifat-sifat tertentu yang adakalanya tidak sesuai atau serasi dengan kumpulan tertentu tetapi serasi kepada kumpulan lain.
Seorang sarjana Islam pernah berkata: ‘Bukan semua pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu kerana terdapat juga ramai orang yang memiliki kebanyakan atau semua sifat tersebut dan orang ini bukan semua terdiri daripada golongan pemimpin belaka’.
Walaupun begitu, umumnya dipersetujui bahawa terdapat sifat-sifat yang amat diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan seperti mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk memimpin dan berkeupayaan mentadbir dan mengurus organisasi dari segi perancangan, perlaksanaan dan pengawalan untuk mencapai kepada objektif yang ditentukan.
Justeru itu, di kalangan para ulama’ Islam, mereka cuba menyenaraikan beberapa sifat kepimpinan yang dianggap perlu ada pada seorang pemimpin Islam. Seorang pemimpin yang berada di barisan hadapan memimpin ummah memerlukan kualiti yang tinggi dari segi kehebatan fizikal dan juga spiritual.

No comments:
Post a Comment