Semua parti komponen BN perlu hormati KM
KOTA
KINABALU: Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib, berkata
menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri
menghormati Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai pemimpin
negeri ini.
Katanya,
beliau (Musa) adalah Ketua Meneteri dan pemimpin Negeri yang telah
diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak, untuk menerajui kepimpinan kerajaan dan BN di
negeri ini.
“Semua
parti komponen BN wajar menghormati beliau(Musa) dan jangan sama sekali
membuat kenyataan yang kurang sopan khususnay kepada Ketua Menteri
kerana ini akan menjejaskan kekuatan BN sebagai satu keluarga yang besar
di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas ucapan Timbalan Presiden Parti Liberal
Demokratik (LDP), Senator Datuk Chin Su Phin dan Ketua Wanita parti
itu, Nancy Lim pada persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu
yang dilaporkan menggesa Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman,
mengundurkan diri.
James
yang juga Pengerusi BN Bahagian Beluaran berkata, adalah tidak wajar
untuk menggambarkan kepada rakyat seolah-olah ada kepincangan dan
pergeseran di kalangan parti-parti komponen BN khususnya di Sabah.
“Jika ada
rasa tidak hati mengenai sesuatu perkara atau isu, ianya hendaklah
disalurkan secara sopan berdasarkan saluran dan platform yang sedia
ada,” tegasnya.
James
berkata, hormat-menghormati adalah lebih baik daripada mengkritik secara
terbuka rakan-rakan dalam BN yang boleh menyakiti hati orang lain.
Sehubungan
itu, beliau menggesa semua pihak dalam BN supaya menghayati ucapan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa merasmikan
Perhimpunan Agung LDP pada Ahad lalu.
Muhyiddin
yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat dalam ucapannya berkata, BN
sentiasa mengambil langkah berhemah bagi memastikan sesuatu masalah yang
timbul terutama melibatkan pergeseran di dalam diselesaikan segera.
Beliau
menegaskan, setiap ahli komponen BN perlu mengelak daripada suka cakap
belakang kerana sikap itu menjadi punca kepada kelemahan sesebuah parti.
Sementara
itu, Umno Bahagian Kudat turut kecewa dan kesan dengan kenyataan yang
tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh pemimpin LDP itu yang jelas
melanggar semangat setia kawan dalam BN.
Ketuanya,
Datuk Bolkiah Ismail berkata, pemimpin LDP khususnya Timbalan
Presidennya, Senator Chin Su Phin telah berulang kali membuat gesaan itu
dan ianya telah melukakan hati ahli-ahli Umno di negeri ini.
“Beliau
(Musa) ada pemimpin Umno Sabah dan telah diberi kepercayaan oleh pucuk
pimpinan negara, khususnya Perdana Menteri untuk memimpin kerajaan
negeri dan BN di negeri ini, semua pihak dalam BN harus dan wajar
menghormatinya,” katanya.
Menurutnya,
pemimpin LDP itu harus membuka mata dengan lebih luas untuk melihat
terhadap pencapaian cemerlang Musa dalam memimpin negeri ini termasuk
rizab kewangan negeri yang kukuh dan juga pembangunan yang semakin pesat
di seluruh negeri ini.
No comments:
Post a Comment