Ucapan Anwar Ibrahim di Kinabatangan
KINABATANGAN ; Rakyat bukanlah kuli penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, hak rakyat mesti dijaga oleh pemimpin termasuklah mendapatkan maklumat adil dan bebas.
“Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan.
"Kekayaan
Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat”
Katanya pada sambutan Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang
KEADILAN Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong.
Turut
serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini.
Mengulas
isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang
memanipulasi sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat
dirampas dan diserah kepada syarikat kroni.
“orang
kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap
kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai
peguam untuk memastikan hak mereka terbela.
"Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut nadi rakyat” tegasnya.
Sebelum
ini, Pengerusi Biro Tanah KEADILAN Sabah yang juga bekas Exco Kerajaan
Sabah, Datuk Kong Hong Ming mendedahkan bahawa leih 32,000 kes rampasan
tanah berlaku di Sabah.
Namun tidak didedahkan media selain kurangnya pengetahuan undang-undang dalam diri pemilik tanah.
Oleh itu,
beliau berharap rakyat Sabah rajin mengambil tahu isu semasa selain
membandingkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri pimpinananya dan
pentadbiran Umno BN di Sabah.
Menurutnya,
pentadbiran Umno BN kekal melingkari rasuh dan pemborosan berbanding
pemerintahan Pakatan Rakyat yang bersifat berkebajikan untuk rakyatnya.
Beliau
memberi contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya
memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000,
meninggal dunia RM2,500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan
hak rakyat.
"Kita baru perintah tiga tahun, sudah beri macama-macam.
"Kerajaan Negeri Sabah hanya beri air hujan percuma," Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
Oleh itu,
Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan berani melakukan
perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memastikan
undi hanya untuk Pakatan Rakyat.
“Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN.
"Buat
diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat.
Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat.
“Kita
jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan
harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan,
diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti
dimartabatkan” Gesa Anwar.
Anwar
turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian
besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.-Sabah
Kita-
No comments:
Post a Comment