8.3 JUTA RAKYAT MALAYSIA MISKIN MENJELANG 2020.ANWAR
Datuk
Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP)
Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih
daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin
menjelang 2020 jika ETP berterusan.
Anwar
menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan
berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8
peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak
benar sama sekali.
Ini kerana
berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan
rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data
Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4
peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.
“Jika
pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti
jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang
berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun,” kata Anwar dalam satu
ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk ‘Debunking ETP: Widening Income
Gap’.
Analisa
tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National
Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009)
yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia
mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700
sebulan.
“Jika ini
diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus
tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700),” kata
beliau.
ETP
sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia
akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata
Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa
Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI)
RM48,000 setahun adalah palsu.
“Jika
inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang
lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan
datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun
hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP,” kata Anwar, yang juga
bekas menteri kewangan.
Mengenai
tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata
angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang
berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang
perit.
“Rakyat
Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka
nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah
satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan
budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan
majoriti,” kata Anwar.
Anwar
turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan
keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah
ETP.
“Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu,” tegas Anwar.
No comments:
Post a Comment