Monday 7 May 2012

KELAYAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN AKAR UMBI

SABAH BELUM TETAPKAN KELAYAKAN AKADEMIK PENGERUSI JKKK

pairinTAMBUNAN, 13 April (Bernama) -- Kerajaan Sabah belum bercadang menetapkan kelayakan akademik bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata sebaliknya tumpuan kerajaan ialah memperkasa organisasi dan peranan JKKK agar menjadi sebuah agensi kerajaan peringkat akar umbi yang berkesan.
"Apa yang penting sekarang ialah kita mahu JKKK membantu kerajaan melaksanakan program pembangunan yang dirancang untuk rakyat dan memperjelaskan dasar kerajaan,"
kata Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri ketika merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK bagi kawasan Tambunan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sedia mengkaji semula peranan JKKK dan menetapkan bidang kuasa khususnya dalam soal pentadbiran bagi memastikan ia dapat membantu menjayakan pelaksanaan program Koridor Pembangunan Sabah terutama di wilayah pedalaman.

No comments:

Post a Comment