DATUK SAIRIN BUAT LAPORAN POLIS.
KENINGAU
(Sabah Malaysia): Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Karno, pada Isnin,
membuat laporan polis terhadap kenyataan yang paparkan di Facebook,
bahawa beliau mengedarkan 2,000 Kad Pengenalan (KP) kepada orang asing.
Tuduhan
itu diterbitkan melalui sebuah group Facebook yang berpengkalan di
Keningau, yang menyatakan Sairin menjadi dalang di sebalik pengedaran KP
kepada seramai 2,000 orang berbangsa Bugis di Liawan pada 10 Feb, 2012
yang lalu.
Dakwaan itu berbunyi;
‘ MENURUT
SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI,,,PEYERAHAN I/C AKAN DI LAKSANAKAN PADA HARI
INI 10hb, 02, 2012,,, DI dun LIAWAN SEBANYAK 2000 KEPADA orang2
bugis,,,,SAYA HARAP MASYARAKAT KENINGAU DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN
TENTANG PERKARA INI,,,,INI BERLAKU KERANA KEPENTINGAN POLITIK SESORANG
lebih2 lagi,,,PRU semakin hampir,,,’
Seramai
tujuh orang yang mengakses group Facebbok itu, memberi ulasan yang
mengambarkan Sairin seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab,
seperti komen berikut:
Ben Nick shit betul ba c sairin karno ne.....dia punya angkara la semua 2.....
Seorang pengakses lain dalam group itu kemudian menambah;
Amanda Dud
kerna pangkat sangup berbuat apa saja....kerana politik sanggup berbuat
apa saja....yg meranah adalah org2 tempatan....yg untung org2 yg bukan
tempatan(PTI)....saya yakin 5thun dr skrg org2 tempatan di bawah
pemerintaan org2 asing(PTI)....siapa yg mampu menentukan?.....klo bukan
sekarang bila lagi?....
Sairin
yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
memberitahu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang ke atas mereka, dan berkata;
"Saya
dengan ini membuktikan kepada orang ramai yang kenyataan yang dibuat
oleh tujuh orang individu bertanggungjawab, yang nama mereka telah
berjaya dikumpul, adalah semata-mata fitnah dan tuduhan liar.
Datuk Sairin diapit oleh Hj. Jasni Rahmat dan Amelia Ajun
"Kita akan
lihat, selepas penyiasatan, sama ada ianya perlu untuk saman pelaku
yang kami telah senaraikan, kerana, apa yang kita dapat lihat sekarang
adalah bahawa ini akan mencemarkan reputasi peribadi saya," katanya.
Sairin
berkata diharapkan dengan laporan polis yang dibuat oleh beliau,
pengguna internet akan menghalang diri mereka daripada menyalahgunakan
internet untuk tujuan yang salah, dengan menyebarkan pembohongan yang
boleh mengancam keselamatan negara.
"Laporan
polis dibuat supaya semua pengguna Facebook, blogger dan lain-lain,
tidak hanya membuat apa-apa tuduhan serta perlakuan lain yang akan
mendatangkan mudarat kepada perpaduan dan keharmonian.
"Kami
membuat laporan polis bagi mencari kebenaran bahawa semua mereka yang
bertanggungjawab terhadap perkara itu dengan menuduh kita membuat
perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, dibawa ke muka
pengadilan.
"Kami
percaya bahawa ini adalah sesuatu hasutan serta imaginasi politik usang
yang perlu dihentikan serta merta kerana jenis fitnah seumpama ini
adalah lebih kejam berbanding membunuh," katanya
Sairin
kecewa apabila dia mengetahui bahawa melalui laman yang sama, integriti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dipersoalkan, selain daripada dituduh
juga terlibat sama dalam pengedaran KP berkenaan.
Dengan
laporan polis, beliau menggesa PDRM untuk mengambil penyiasatan segera
dengan membawa individu yang terlibat dan kenyataan mereka direkodkan,
untuk tindakan yang perlu bagi membersihkan namanya.
Datuk Sairin (tengah) menunjukkan salinan report bersama para pemimpin bahagian
Menyertai
Sairin ketika membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengahari itu ialah
Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Tuan Haji Jasni Rahmat, Ketua
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Keningau Amelia Ajun, Ketua Pergerakan
Pemuda Umno Bahagian Keningau Azman Ruslan serta kira-kira 20 orang Ahli
Jawatankuasa parti itu.-bORNEO dIGEST
No comments:
Post a Comment