Thursday, 10 May 2012

Gaya Politik Perkauman Guan Eng Amat Menjelekkan – Arif Shah

KUALA LUMPUR, 10 Mei – “Kita rasa kadang-kadang amat jelik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sengaja apabila melihat kaum-kaum India mula menyokong Barisan Nasional (BN) khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia sengaja bawakan isu-isu perkauman.
“Sehinggakan di dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini… (dia) sengaja untuk membakarkan satu semangat perkauman yang  berbau hasutan menyatakan bahawa apabila UMNO memerintah banyak kuil-kuil akan terancam dan sebagainya,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online  di sini.
Katanya, tindakan Guan Eng adalah sesuatu yang harus diambil tindakan kerana orang yang seperti Lim Guan Eng ini adalah orang yang sengaja mendapatkan kejayaan melalui memainkan isu-isu yang berunsur perkauman dan sebagainya.
“Saya sendiri berbahas di dalam dewan (DUN) dengan menyatakan bahawa UMNO terutamanya dalam kawasan saya, begitu banyak kuil yang kita perjuangkan termasuk saya sendiri pernah mempertahankan kuil yang hendak dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan sebagainya,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng telah mencelah ucapan perbahawan usul Tanasekharan Audherapady (DAP-Bagan Dalam) dengan menyatakan bahawa ‘Sekiranya UMNO  kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam’.
Kenyataan Guan Eng ini telah menyebabkan kesemua 11 ADUN (BN) bertindak keluar dewan sebagai membantah kenyataan Guan Eng yang disifatkan menghasut dan berbaur perkauman.
“Jadi, kita berpendapat bukan sahaja Lim Guan Eng ini bersikap perkauman tetapi sehinggakan Speaker juga bersikap tidak adil apabila kita kalau mengikut ‘standing order’ mengusulkan satu usul mengikut apa yang telah tercatit iaitu seorang cadang dan 10 orang menyokong telahpun kita patuhi tetapi Speaker tidak memberi peluang untuk kita berbahas.
“Dan ini adalah sesuatu yang tidak adil yang menunjukkan sikap berat sebelah Speaker yang sengaja ingin menyokong dan bersubahat dengan Guan Eng dan kita merasa amat kecewa sebab itulah pada hari persidangan tersebut ke 11 kami ADUN-ADUN (BN) keluar dewan kerana membantah sikap dan perkataan yang menghasut yang dibawa oleh Lim Guan Eng iatu seorang ketua Menteri yang perkauman,” jelasnya lagi.
Tambah Arif Shah, Guan Eng pernah menafikan kononnya dia pernah mengatakan bahawa undi India tidak diperlukan kerana cukup untuk parti DAP mengharapkan undi dari satu kaum sahaja iaitu kaum Cina dan sedikit dari kaum Melayu.
“Malah Guan Eng pernah juga mencabar hingga mungkin memberi telur kosong semua calon-calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan sebagainya.
“Tapi hakikatnya dia sendiri adalah seorang pemimpin yang lebih bercakap ke arah kepentingannya sendiri dan perjuangan untuk bangsa-bangsa lain itu digunakan sebagai nasi tambah untuk menunjukkan ada perjuangan dan kita berpendapat sikap Ketua Menteri seperti ini kalau dibiarkan berterusan di Pulau Pinang ini, maka bukan sahaja orang Melayu, India dan bangsa-bangsa lain akan menghadapi masalah tetapi bangsa Cina juga akan menghadapi masalah.
“Ini kerana pentadbiran yang dilakukan oleh Guan Eng adalah lebih kepada komersial iaitu tertumpu kepada golongan-golongan perniagaan daripada membela nasib golongan-golongan rakyat,” terang Arif Shah.
Semenjak Guan Eng memerintah, telah banyak yang menunjukkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang sering mengatakan perkara berbentuk propaganda dan perjuangan kononnya ke atas semua bangsa. Tetapi semua itu adalah retorik termasuklah dalam isu telah memperbanyakkan peruntukan untuk agama Islam.
“Sebenarnya peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri terdahulu di bawah BN adalah lebih dan dibantu oleh Kerajaan Pusat. Seterusnya dia juga sebenarnya tidak memperjuangkan secara saksama sehinggakan rumah murah sehingga hari ini kalau menggunakan dana kerajaan negeri tidak ada langsung dibina sebaliknya cuba mengubah pandangan rakyat supaya lebih menerima rumah berbentuk mampu milik yang harganya RM72 ribu ke atas. Ini akan menyukarkan khususnya generasi-generasi muda jika mengikut gaji minima RM900 untuk memilik rumah dan sebagainya.
“Kita berpendapat Lim Guan Eng ini adalah seorang yang lidah bercabang dua yang hanya mengatakan sesuatu untuk kepentingan parti atau kepentingan kerajaannya tetapi tidak melaksanakan. Banyak pembohongan yang dilakukan,” tambahnya lagi. –MediaUMNO

No comments:

Post a Comment