JKKK MINTA JALAN RAYA KE RUGADING RANAU-HOT SPRING DI NAIK TARAF SEBAGAI MENYOKONG USAHA KERAJAAN NEGERI TERUTAMANYA DALAM MEMPROMOSIKAN SABAH SEBAGAI NEGERI PELANCONGAN DI MATA DUNIA
Labels:
dasar kerajaan,
infrastruktur,
jkkk,
luar bandar,
pelancongan,
sabah,
visi
RANAU 26th November, 2010: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rugading, Ranau, Irin Kulangas menggesa pihak berwajip terutamanya kerajaan negeri untuk meneliti permohonan mereka supaya jalan raya yang menghubungkan kawasan air panas Rugading (Rugading’s hot Spring) dinaiktaraf sesuai dengan potensi kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan sekiranya dikomersilkan.
Irin berkata, perkara tersebut (naik taraf jalan) amat penting bagi memudahkan pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke tempat tersebut untuk keluar dari kawasan Sungai Liwagu-Rugading setelah menjalankan aktiviti “rafting”.
“Ianya juga sebagai menyokong usaha kerajaan negeri terutamanya dalam mempromosikan Sabah sebagai negeri pelancongan di mata dunia,” tegasnya.
“Sebenarnya, sejak Sungai Liwagu dibuka untuk orang ramai melakukan aktiviti rafting, Rugading’s Hot Spring menjadi sering kali menjadi tumpuan persinggahan pelancong memandangkan ia sebagai satu-satunya tempat yang terdapatnya mata air panas untuk mereka berendam sesudah puas bermain rafting. Sukan rafting di Sungai Liwagu ini merupakan yang ketiga dibuka di Sabah selepas Sungai Padas dan Sungai Kiulu” tambah Irin.
Aktiviti rafting mula menjadi popular di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini. Dari tempat permulaannya di Sungai Kenisir yang terletak 3 kilometer dari pekan Ranau, ianya menyelusuri secara teknikal sungai deras dan berakhir di kampung Nabutan sejauh 45 kilometer.
Tetapi, ianya khas untuk mereka yang gemar bermalam semasa aktiviti rafting, manakala bagi yang tidak bermalam, mereka boleh menghabiskan cabaran rafting mereka di kawasan Rugading’s Hot Spring dalam jarak 12 kilometer dari ‘tempat permulaan”.
Irin menegaskan, Rugading’s Hot Spring yang terletak kira-kira 6 kilometer jauhnya dari kampung Rugading, dan 16 kilometer dari pekan Ranau dilihat berpotensi dijadikan kawasan riadah dan pelancongan yang baru, memandangkan ianya memiliki mata air panas yang segar. Di samping mata air panas, terdapat juga air terjun yang berhampiran dengan kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment