MEMPERAKUI DOKUMEN ORANG YANG TIDAK KENALI ADALAH KESALAHAN BESAR MALAH SATU PENDERHAKAAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA - NASIR
Labels:
akauntabiliti,
jkkk,
keselamatan,
menteri negeri,
pati,
rakyat,
warga asing
SEMPORNA, 27 Dis (Bernama) -- Pemimpin masyarakat terutama Ketua Kampung dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum mengesahkan sebarang dokumen berkaitan permohonan sijil anak negeri dan sijil kelahiran.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata sikap itu perlu menjadi amalan pemimpin masyarakat bagi memastikan mereka tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Jika
dokumen yang mereka tandatangani itu adalah jelas dokumen penduduk di
kawasan yang mereka pimpin maka itu adalah tanggungjawab mereka untuk
berbuat demikian. Tetapi jika mereka memperakui dokumen orang yang
datang dari luar kawasan mereka atau orang yang mereka tidak kenali, itu
adalah satu kesalahan besar malah satu penderhakaan kepada bangsa dan negara kita," katanya.
Nasir
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program
Seminar Sehari Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri,
Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina Semporna di sini hari Isnin.Beliau turut meminta pemimpin masyarakat supaya terus berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka kepada rakyat bagi merealisasikan segala dasar dan program yang ditetapkan pimpinan negara.
Katanya pemimpin masyarakat perlu menjadikan langkah kerajaan meningkatkan elaun bulanan mereka, yang diumumkan dalam Bajet 2011, sebagai rangsangan untuk melipat gandakan azam berkhidmat lebih cemerlang.
---
Be Careful When Validating Birth Certificate Applications - Nasir
SEMPORNA, Dec 27 (Bernama) -- Community leaders, especially Village Development and Security Committee (JKKK) chiefs, are reminded to be more careful when validating documents related to applications for native certificates and birth certificates.
Minister in the Chief Minister's Office Datuk Seri Nasir Tun Sakaran said community leaders must practise caution to avoid mistakes when carrying out the responsibilities entrusted to them.
"It
is okay if the documents they sign are clearly those of residents in
their area, but if they certify documents of people from outside their
area or those they do not know, then it is an offence and even a threat to the country."
Nasir
was speaking to reporters after closing a seminar involving district
chiefs, native chiefs, native chief representatives, village heads and
heads of the Chinese community, on Monday.He also urged community leaders to strive to provide better services for the people so that all programmes and policies mapped out by the country's leaders could be realised.
He said the government's move to increase community leaders' monthly allowance, as announced in the national budget, should serve as motivation for them to work harder.
No comments:
Post a Comment