Monday, 7 May 2012

PENGERUSI JKKK PERLU JADI ROLE MODEL

PENGERUSI JKKK, JKDB PERLU JADI 'ROLE MODEL'

Pengerusi JKKK, JKDB perlu jadi 'role model'
1102_p2c_new
11th February, 2011 KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejehteraan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi ‘role model’ kepada rakyat yang mereka pimpin.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Ebin, berkata mereka perlu mengamalkan prinsip integriti yang tinggi dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Perkhidmatan yang berpegang kepada prinsip cekap dan amanah dengan sendirinya akan mendorong rakyat setempat untuk terus mendokong dan menghormati badan JKKK dan JKDB,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan kursus pengurusan dan pentadbiran JKKK/JKDB bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Inanam di sini, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau meminta pengerusi JKKK dan JKDB supaya tidak leka terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan kampung masing-masing.
“Isu-isu keselamatan seperti kehadiran pendatang tanpa izin (PATI), gejala lepak dan penyalahgunaan dadah perlu diberikan perhatian khusus dan dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat bulanan JKKK dan JKDB,” katanya.
Ewon juga meminta supaya para belia dapat dilibatkan sama dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti JKKK danJKDB.
Menurutnya, program meningkatkan keterampilan dan jati diri seperti pelaksanaan kursus-kurus kemahiran dan peningkatan ekonomi perlu dipergiatkan.
Ini katanya, secara tidak langsung memberi ruang untuk mendekati golongan muda ini dan mengenal pasti keperluan dan aspirasi mereka.
Turut hadir pada majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad yang juga Adun Karambunai dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.

No comments:

Post a Comment